Showing posts with label ilmu ghaib. Show all posts
Showing posts with label ilmu ghaib. Show all posts

terlampau risau...

Risau itu perlu supaya kita lebih berhati-hati dan berwaspada tetapi tidak sepatutnya menghalang kita melakukan sesuatu yang baik.

"Tak nak la baik sangat, nanti orang kata apa pulak. nanti orang ingat ajaran sesat pulak."
"Isyk..nanti orang kata alim pula."
"Aku ni dah kira baik dah ni. dah ok la tu. "
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada di hati manusia. Adakah kita lebih rela dicerca di dunia berbanding di akhirat? di akhirat kelak hanya ada permbahagian yang haq dan bathil. yang haq itu jelas, yang bathil itu jelas. tiada separuh2. siapa yang mengambil agama Allah separuh-separuh sama seperti meninggalkan keseluruhannya kerana Islam itu menyeluruh. Bukan separuh-separuh.

Sedihnya mendengar orang berkata begini. seperti dia mengatakan tak perlulah masuk syurga, mulamula masuk neraka dulu pun takpe, nanti masuk syurga juga. Nauzubillah. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita ucapkan itu. Rasulullah punyalah berdoa supaya dipercepatkan hisab ke atas umatnya sebab menanti itu sahaja sudah cukup menyiksakan tapi kita pula boleh berlagak macam takde apa-apa. Astaghfirullah. Semoga Allah mengampuni kejahilan diri.

"Bahaya ni pegi drive sorang-sorang."
"Tak nakla. Nanti...."
"eh, semua perempuan ke? takde lelaki. tak bahaya ke?"
"Dunia sekarang ni dah tak selamat. Tak nak la pegi"
Adakah ini bermakna kita tak perlu keluar rumah? jadi tak perlu la pegi bekerja? Adakah kerja lebih penting dari belajar ilmu Allah. kedua-duanya sama penting berdasarkan pada niat. InsyaAllah kalau mati di tengah jalan dengan niat pegi kerana Allah, kedua-duanya pun boleh dapat pahala jihad. Tapi kita masih boleh pegi bershopping,

Adakah kita dapat menghalang bencana yang bakal melanda kita?

Dari Abul Abbas Abdullah bin Abbas r.s berkata, "Suatu hari aku berada di belakang Nabi s.a.w lalu beliau bersabda,'Nak, aku ajarkan kepadamu beberpa patah kata, jagalah Allah nescaya Dia akan menjagamu, jagalah Allah nescaya Dia akan sentiasa bersamamu. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah pertolongan Allah dan bila engkau minta pertolongan, mintalah pertolongan Allah. ketahuilah jika semua umat manusia bersatu padu untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu, dan jika semua umat manusia bersatu padu untuk mencelakakanmu nescaya mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali dengan suatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu. Pena telah diangkat dan catatan-catatan telah mengering." (Hadith riwayat Tarmizi)- Hadith hasan sahih.


Allahlah yang paling layak memelihara kita tak kira di masa bersendirian. Ramai yang bila ditimpa kesusahan mula mencari kekasih hati dengan harapan dia dapat membantu. tapi pernahkah terbaca kisah seorang perempuan yang dirogol di depan kekasihnya? pada masa itu lelaki itu dipegang dan diikat sehingga tidak mampu berbuat apa-apa. dan selepas kejadian itu lelaki itu meninggalkan 'kekasih yang disayanginya' itu kerana kejadian ngeri di depan mata itu.

benar kita perlu berhati-hati. Rasulullah sendiri melarang seorang sahabat yang membiarkan untanya tidak berikat. ikat itu hanyalah usaha, natijahnya Allah yang tentukan. bergantunglah pada Allah sepenuhnya kerana hanya Dia yang Maha Berkuasa. Janganlah menjadi hamba yang sombong. yang tidak mahu mendengar kata, yang tidak bergantung sepenuh padanya tapi bila sekali mohon bantuan terus mengharap bantuan tiba dengan segera. Dan bila dapat apa yang diingini terus lupakan Allah. Bongkaknya kita, wahai manusia.

[+/-] Read more...

Baca Horoskop,Solat tidak diterima 40 hari

Pagi ni dapat email kat bawah ni. rasa tertarik untuk post kat sini..

Pagi tadi aku menerima email ini dan aku agak terkejut dengan yang dimaksudkan oleh email tersebut. Email tersebut mengandungi isu yang telah dibincangkan melalui sebuah rancangan di TV9. Lebih mengejutkan aku lagi apabila salah sorang panel tersebut memaklumkan bahawa membaca horoskop walaupun suka-suka maka solatnya tidak diterima selama 40 hari.
Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku selalu jugak membaca ruangan tersebut terutama seawal pagi sebelum memulakan kerja. Berikut aku masukkan kandungan email tersebut untuk rujukan dan renungan kita bersama.
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.
Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang. Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
"Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan. Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.

"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya. Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.
Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi.. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib. Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.
Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah. Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.

"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit. Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya. Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanaka.

sedangkan jin pun tak tau perkara ghaib, contohnya masa Nabi Sulaiman meninggal. dia tak sedar pun sampai anai2 memakan habis tongkat N.Sulaiman dan N.Sulaiman jatuh. tapi sekarang ni, kita pula yang nak ikut telunjuk jin yang tak berkuasa tu??

[+/-] Read more...