Showing posts with label short entry. Show all posts
Showing posts with label short entry. Show all posts

usia..

Tidak akan tergelincir kedua kaki anak Adam pada hari kiamat nanti melainkan dia akan ditanya dengan lima soalan; mengenai umurnya ke mana dihabiskan; masa mudanya bagaimana dipergunakan; hartanya dari mana diperoleh dan ke mana pula dibelanjakannya; dan ilmunya apakah ia diamalkan.” (Hadis riwayat Tirmizi, Tabrani dan Ibnu Asakir)

[+/-] Read more...

ingat kembali...tujuan hidupku...

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada tujuan) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Surah Al-Mu’minun 23: 115)


Iman ada naik turunnya. Terkadang diri terleka dengan arus dunia. Terleka dengan fantasi dunia. Apakah diri diciptakan hanya untuk bermain-main dan bersuka-ria? Apakah yang menyebabkan diri angkuh pada Maha Pencipta? Layakkah?

[+/-] Read more...

Bacalah-renungilah-kemudian terus beramal

  1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara baik ataupun amalkanlah zikrullah. jangan sama sekali membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah
  3. berusahalah sedaya upaya bertutur dalam bahasa arab yang betul
  4. janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi apa jua kebaikan.
  5. janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. janganlah bergurau berlebihan kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara
  7. janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengarnya kerana percakapan yang nyaring itu resminya yang sia-sia malah menyakiti hati.
  8. jauhilah mengumpat peribadi, mengecam pertubuhan dan bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
  9. berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara muslim meskipun tidak diminta kerana asas dakwah kita ialah berkasih-sayang dan berkenal-kenalan.
  10. kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada. oleh itu, tolonglah saudaramu tentang cara menggunakan masa dengan berfaedah.

[+/-] Read more...

Sakit...

Sakit itu ujian... sabarlah menghadapi kesakitan. perkara yang sering-kali kita dengar. dan kita juga tahu perkara tersebut. tapi tak ramai yang sedar kesakitan itu untuk menyucikan diri. kesakitan itu tanda cinta Allah pada hambaNya. dah la tengah sakit, ada pulak orang kata sakit tu tanda cinta? Bila kita sakit dan bersabar, Allah gugurkan dosa2. Allah nak sucikan jiwa kita dengan kesakitan yang diberi. moga di sana nanti kita berpuas hati dengan apa yang kita dapat di sini...

[+/-] Read more...