Showing posts with label tafsir. Show all posts
Showing posts with label tafsir. Show all posts

halal dan haram



Jika anda seorang muslim, tentunya persoalan pemakanan merupakan topik yang sangat penting sehari-hari lagi-lagi apabila berkaitan dengan halal dan haram. Sudah menjadi lumrah, seorang muslim akan senantiasa mencari makanan yang halal dan daripada sumber yang halal kerana itulah ajaran yang di sampaikan oleh Rasulullah saw. kepada kita. Bahkan kadang-kadang pantang untuk kita melihat makanan atau minuman yang haram hinggakan sesetengah mungkin akan loya tekak atau merasa kurang senang apabila ternampak kedai atau makanan yang tidak halal.

Tetapi adakah batas halal dan haram hanya sekadar terhadap makanan dan minuman?

Ini merupakan persoalan yang penting untuk kita jawab kerana inilah bentuk berfikir yang ada dalam masyarakat kita.

Umum mengetahui rahsia di sebalik perintah Allah terhadap Babi yang hukumnya memang jelas haram di makan. Dan banyak lagi rahsia yang terdapat dalam perintah Allah ini contohnya haram memakan makanan hasil curian atau yang bukannya bukan milik kita.

Dan sesungguhnya ruang lingkup halal dan haram ini juga terdapat di dalam pelbagai lagi sudut dalam kehidupan kita seorang muslim. Dalam komik kali ini kita bercerita tentang couple – halal @ haram. Ada yang halal dan ada yang haram. Dan sememangnya hakikat pengabdian kepada Allah ini semestinya ada rahsia-rahsianya yang melindungi manusia daripada kerosakan.

Maka dengarlah wahai belia-beliawanis Islam semua, segala suruhan Allah s.w.t andainya anda semua beriman denganNya, Allah telah berfirman dalam al-Quran melalui surah al-Nur, ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Ketahuilah bahawa kain tudung yang dimaksudkan Allah dan dalam firmanNya yang bermaksud: “Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya”(al-Nur: 31) bukanlah terhenti di bahagian kepala sahaja, malahan menutupi bayangan mutiara yang tersisip di dada juga disuruh. Sesiapa yang mendedahkan bahagian kepala atau bahagian dadanya, maka sudah jelas, ia bukan dari seorang yang menghormati suruhan Allah s.w.t. Akibat dari kecuaian dan kelalaian tersebut sudah pasti seseorang itu menerima azab yang pedih di hari akhirat kelak.

Allah s.w.t tidak ketinggalan untuk memerintah kaum lelaki supaya mereka memelihara penglihatan mereka daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan. Larangan tersebut terdapat di dalam firmanNya yang bermaksud: “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: Hendaklah mereka memelihara (menahan) pandangan dan memelihara kemauluannya…….”(al-Nur: 30) (dakwah.info/komik)

sumber : http://komik.dakwah.info/2009/06/couple-dan-makanan-halal/

[+/-] Read more...

Surah Masa

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Surah Al-Asr)

menulis tentang surah ini dientry sebelumnya membuatkan diri ini ingin berkongsi tafsir surah yang pendek dan nampak simple ini tapi sebenarnya sangat bermakna. satu surah ini sahaja sudah cukup menceritakan tentang Islam keseluruhannya. ringkas tapi padat. Ayat 3 sahaja sudah cukup melengkapi peranan seorang muslim.

Surah ini dimulakan dengan sumpahan Allah. seperti surah2 lain yang dimulakan dengan sumpah. menunjukkan betapa pentingnya surah ini sampai Allah bersumpah menggunakan masa. Manusia juga bersumpah bila ingin menunjukkan kesungguhan yang memang bersungguh-sungguh.

Seterusnya surah ini menyatakan bahawa semua manusia by default berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang menjalankan 4 perkara di bawah.
1) Beriman
2) Beramal soleh
3) Saling berpesan dengan kebenaran
4) Saling berpesan dengan kesabaran

keempat-empat ciri di atas disambungkan dengan DAN bukannya ATAU. jadi setiap orang muslim yang tidak mahu berada dalam kerugian perlu melakukan keempat2 perkara di atas. bukan cukup sekadar no 1 dan 2. beriman dan beramal soleh, alhamdulillah dua perkara ini agak mudah dilakukan sebab melibatkan diri sendiri. Aku beriman, kau tak mahu beriman sudah. Aku solat, kau tak mahu solat sudah.

TAPI itu sahaja tak cukup. masih perlu berpesan dengan kebenaran. kebenaran itu perlu ditegakkan.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada
yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah...(Surah
Ali Imran:110)

Ayat yang lebih kurang sama. berpesanlah dengan kebenaran dengan menjalankan amar ma'ruf nahi munkar. Islam bukan agama individu. kalau islam itu agama individu tentu Rasulullah tak perlu sampaikan pada sahabat2nya dan sahabat takkan dapat sampai kepada seterusnya. lalu apa akan jadi pada kita? Adakah Allah akan menghukum kita dan kita akan rugi sedangkan kita tidak mengetahui. bukankah Allah zalim kalau begitu? nauzubillah..

Allah tidak zalim sebaliknya kita yang menzalimi diri sendiri. Allah sudah beri petunjuk tapi kita yang sombong dan bongkak tidak mahu mengikutinya. kemudian menyalahkan Pencipta? bukankah suatu yang pelik di situ.

akhir sekali berpesanlah dengan kesabaran. Dalam berjuang banyak dugaan yang akan ditempuhi, bersabarlah. malah pesanlah pada yang lain supaya bersabar. no 3 dan 4 Allah gunakan perkataan saling pada kedua-duanya. bermakna, kita bukan hanya layak untuk menegur malah ditegur. sempurna sangatkah kita sampai merasakan diri tidak layak untuk ditegur. malah ada yang menganggap buat hal sendiri sudah, kubur masing-masing. adakah kau yang akan memandikan, menyolatkan, menggali dan menanam mayatmu sendiri?

Surah yang ringkas tapi padat. Syed Qutb menghuraikan surah ini sebanyak 14 muka surat dalam Fil Zilal hanya untuk menerangkan surah yang terdiri dari 3 ayat ini. kita sering membacanya tapi tahukah kita kandungannya? tahukah kita tugas yang besar menanti disebalik surah yang sering-kali diulang baca ini? Adakah kita insan yang berada dalam kerugian atau sebaliknya?

Semoga tulisan ini bermanfaat dan diberikan hidayah pada yang membacanya. Tegurlah diri ini andai terleka dan tersilap kata.

[+/-] Read more...

Ayat seribu dinar




"Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. "


Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilatnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah swt.hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.

Ayat di atas nampak ringkas tapi penuh padat dan bermakna. Hayatilah maksudnya, lafazlah dengan setulus hati. Ayat ini bukan sekadar untuk dijadikan hiasan di dingding-dinding atau digantung di kereta tapi ianya untuk diamalkan. Tidak bermanfaat satu pun ayat Quran jika hanya dijadikan perhiasan.

Perhatikanlah baik-baik ayat ini. Di saat kita perlukan bantuan carilah Allah. Allah akan memberi jalan keluar. Bila kita buntu, dengan izin dan kekuasaan Allah ternampak ada satu ruang kecil untuk kita melepaskan diri dari cengkaman kebuntuan.

Di saat kita lemah tak tahu mana arah hendak dituju, Allah berikan rezeki dari tempat yang kadang-kadang tak pernah terfikir oleh akal kita untuk mendapat bantuan sedemikian rupa. Bila diri merasakan tidak cukup, Allah mencukupkan keperluan kita.

Teringat kisah seorang akhwat yang membelanjakan hampir kesemua hartanya di jalan Allah sehinggakan pada suatu hari dia tak mempunyai wang untuk membeli beras dan untuk keluar di jalan Allah lagi. Namun semangat juangnya yang yakin Allah akan membantu bila niatnya betul. Akhwat tersebut bersiap-siap untuk keluar sambil memikirkan bagaimana dia nak mendapatkan wang untuk keluar berjuang, tiba-tiba loceng pintu dibunyikan. Seorang gadis jepun terpacul di muka pintu dan memulangkan wang yang pernah dipinjam dahulu. Subhanallah. Maha Suci Allah. Allahu akbar.

Masih kisah di bumi Jepun. Seorang anak muda yang mula mencari jalan kebenaran. Tiba-tiba diuji dengan biasiswanya ditarik balik. Dengan bantuan keluarga dan kerja part-time, beliau cuba mengagahkan diri terus menuju ke jalan kebenaran. Alhamdulillah, wang yang dirasakan tidak cukup tak pernah surut. Malah, masih boleh wang lebih yang boleh diinfakkan. Allah Maha Besar. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya.

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai..." (Surah Al-Imran:103)

[+/-] Read more...