A.N.T.Z

Tajuk di atas adalah nama kumpulan masa pegi camping ari tu. Pikir punya pikir nak letak nama apa pastu ada sorang cadangkan semut. Sebab semut ni banyak ciri-ciri yang boleh dicontohi. Rajin, bersatu-padu, sentiasa bersedia dan macam-macam lagi la. Pastu ada pulak yang cadangkan buat dalam bahasa inggeris jadi ant. Dalam Quran pun ada satu surah nama semut(An-Namlu) menceritakan kisah Nabi Sulaiman dan semut. Semalam pula ada terbaca satu blog iman semut vs iman manusia tapi dah tak jumpa pulak blog tu. Nanti la paste lain. Pastu datang pula idea dalam kepala ni nak buat macam slogan.

Jadi aku pun mencadangkan :
A : Allahu ghayatuna
N : Nasrullah
T : Taufik wal hidayah
Z : Zikrullah
Dan sangat suka dengan cadangan sendiri ni(macam perasan tak?) dan semoga betul-betul dapat laksanakan slogan ni dalam hidup dan beriman dengannya sepenuh hati. Meh nak explain satu-satu.

Allahu ghayatuna (Allah matlamat kami)
Tak sure matlamat kami ke saya. Maaflah tak berapa tahu sangat bahasa arab. Tapi apa-apa pun yes, Allah matlamat kita. Matlamat yang paling besar sekali. Melebihi matlamat kepada syurga. Pernah dengar ada hadith yang kata ada orang-orang tertentu akan jumpa Allah di hari akhirat ataupun semua orang yang masuk syurga dapat berjumpa Penciptanya. Tapi tak pasti sebab tak jumpa cari hadith tu. Tapi siapalah yang tak nak jumpa Raja segala raja, Pencipta segala pencipta dan Yang Maha Hebat di antara yang hebat.

Analoginya macam ni…ada seorang insan biasa yang takde sape pun kenal tiba-tiba ada orang yang sangat dipuja kata nak jumpa. Mestilah happy kan. Kalau ikut orang sekarang ni kalau ada peraduan dapat jumpa artis berpuluh ribu borang yang dihantar mengharap supaya dalam ribu-ribu yang dihantar tu borangnya akan diterima dan dia dapat jumpa artis tersebut. Pastu bila dapat jumpa pulak rasa macam tak percaya, macam nak pengsan pun ada(siap ada yang pengsan pun kan). Itu baru artis (yang banyak dosa terang-terangannya yang kita boleh nampak) yang kita tak dapat apa-apa manfaat pun bila jumpa dia. Macam undi Mawi tu, ada ke dia bagi korang pinjam kereta yang dia dapat? Atau bagi sket duit kat korang hasil korang hantar sms banyak-banyak tu? Memanglah kita kena bantu orang secara ikhlas tapi bantu dalam hal kebaikan ye, bukan kemungkaran dan kemaksiatan. Mawi tu tak boleh pun tolong kita masa kat akhirat nanti.

Nasrullah (Pertolongan Allah)
Seperti yang dapat difahami dari tafsir surah an-nasr, sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat. Dan Allah membantu mereka yang menolong agama Allah. Bukan bermakna Allah perlukan kita, dia tak perlukan pun kita untuk bantu agama dia tau tapi dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah itu dia nak kasi juga pahala kat kita.

Kalau tengok masa kisah tentera Abraham nak serang Mekah dulu boleh nampak jelas yang Allah tak perlukan sesiapa pun untuk bantu dia. Orang Quraisy masa tu dihalau keluar oleh Allah dengan mencampakkan rasa takut pada hati mereka. Jadi Allah tu memang tak perlukan kita pun sebaliknya kita yang perlukan Allah. Kalau kita tak nak bantu Allah, Allah akan ganti dengan ramai lagi orang yang lebih baik. Tapi takkanlah kita nak sia-siakan peluang yang Allah dah bagi. Mungkin ramai orang yang tak nampak atau tak rasa pertolongan Allah tu sebab dia rasa bila Allah bagi kesenangan, kegembiraan tu baru maksud Allah tolong. Tapi bila Allah bagi ujian sikit tu maknanya Allah tak tolong, tak sayang.

Rasa kalau siapa yang ada anak tentu fahamkan. Takkan la seorang ibu tu nak marah anak dia saja-saja. Kalau buat salah kena la ditegur dan didenda. Cuma cara Allah menegur tu takde la sama macam cara kita. Sebab cara Allah penuh hikmah hanya untuk mereka yang berfikir.

Taufik wal hidayah
Dah tukar sendiri sesuka hati dan ditambah inayah. Sbb 3 benda ni mmg berkait rapat. Hidayah…ramai orang yang kata dia tak dapat hidayah lagi. Sedangkan dia tak faham pun apa maksud hidayah tu. Hidayah tu bila kita tau tentang sesuatu, itu adalah hidayah. Contoh kita tau yang pakai tudung tu wajib. Jadi takde alasan untuk kata tak dapat hidayah untuk pakai tudung sedangkan hidayah tu dia dah dapat.

Lain pulak dengan taufik. Taufik tu bila kita buat baru boleh kata diberi taufik. Maksudnya kalau contoh di atas bila kita mula pakai tudung baru boleh kata yang telah diberi taufik. Inayah(penjagaan Allah) pula bila kita istiqamah(berterusan) dalam buat sesuatu. Contoh; terus pakai tudung hingga akhir hayat. Ni contoh yang paling simple la tapi rasa semua pun dah tau yang pakai tudung tu bukan untuk tutup rambut sahaja tapi ada diterangkan cara menutup aurat yang betul.

Tapi ketiga-ketiga benda ni takkan datang bergolek. Ia perlukan usaha. Kalau orang tu memang dari kecik dia tak tau pun yang sembahyang tu wajib, dia tak pernah dengar langsung ada sorang pun sebut kat dia dan tak pernah pun baca quran. Mungkin dia belum berusaha mencari tentang benda tu. Al-Quran tu kan guide untuk hidup kita. Semua benda ada dalam tu. Usahalah baca dan memahami. Kalau tak boleh nak faham, cubalah cari ustaz/ustazah untuk mendalami ilmu. Sebab mendalami ilmu agama tu wajib. Bukan cukup sekadar belajar sekolah agama di sekolah rendah. Tapi ianya berterusan hingga akhir hayat. Kalau ayat quran tu tak paham lagi setiap satunya tu, jangan cakapla dah complete belajar agama. Dan kalau dah abis belajar semua tapi tak amal jangan cakapla dah lengkap belajar agama. (Ganas tak ayat. huhuhu. peringatan pada diri sendiri juga.)

Zikrullah(Mengingati Allah)
Macam ada dalam Surah Al-Imran:190-191, Allah suruh kita ingat dia sepanjang siang dan malam, dalam keadaan macam mana pun.

Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ALLAH s.w.t berfirman: "Sesungguhnya, Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik (iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). Apabila hambaku mendekatiku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari."

Subhanallah. Maha Pemurahnya Allah ni. Meh nak bagi analogi(suka betul buat analogi). Katakanlah kita ni orang yang miskin, yang memang takde sape la pun kenal dan ingat tiba-tiba Agong atau PM ingat kat kita. Dan dia pun dok sebut-sebut la nama kita depan menteri-menteri. Dah kalau disebut nama takkan la menteri nak duduk diam kan. Mestila akan cuba juga bantu kita yang miskin ni. Takkan la kita tak nak camtu kan. Tapi realitinya manusia ni kalau kita tak bagitau yang kita ingat kat dia, dia takkan tau. Tapi berbeza dengan Allah, kalau kita ingat dalam hati ke masa sorang-sorang ke semua pun Allah tau. Dan bila usaha dekatkan diri pada Dia, Dia pegi lagi dekat dengan kita.

Dalil ni pun boleh guna jugak untuk hidayah, taufiq dan inayah tadi. Bila kita usaha mencapai tiga-tiga tu Allah akan permudahkan dan bantu kita mendapatkan benda tu.

Harapnya benda ni dapat terus menjadikan ia motto hidupku dan mengamal serta meyakininya sepenuh hati.

0 comments: