Surah Masa

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati
supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.
(Surah Al-Asr)

menulis tentang surah ini dientry sebelumnya membuatkan diri ini ingin berkongsi tafsir surah yang pendek dan nampak simple ini tapi sebenarnya sangat bermakna. satu surah ini sahaja sudah cukup menceritakan tentang Islam keseluruhannya. ringkas tapi padat. Ayat 3 sahaja sudah cukup melengkapi peranan seorang muslim.

Surah ini dimulakan dengan sumpahan Allah. seperti surah2 lain yang dimulakan dengan sumpah. menunjukkan betapa pentingnya surah ini sampai Allah bersumpah menggunakan masa. Manusia juga bersumpah bila ingin menunjukkan kesungguhan yang memang bersungguh-sungguh.

Seterusnya surah ini menyatakan bahawa semua manusia by default berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang menjalankan 4 perkara di bawah.
1) Beriman
2) Beramal soleh
3) Saling berpesan dengan kebenaran
4) Saling berpesan dengan kesabaran

keempat-empat ciri di atas disambungkan dengan DAN bukannya ATAU. jadi setiap orang muslim yang tidak mahu berada dalam kerugian perlu melakukan keempat2 perkara di atas. bukan cukup sekadar no 1 dan 2. beriman dan beramal soleh, alhamdulillah dua perkara ini agak mudah dilakukan sebab melibatkan diri sendiri. Aku beriman, kau tak mahu beriman sudah. Aku solat, kau tak mahu solat sudah.

TAPI itu sahaja tak cukup. masih perlu berpesan dengan kebenaran. kebenaran itu perlu ditegakkan.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada
yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah...(Surah
Ali Imran:110)

Ayat yang lebih kurang sama. berpesanlah dengan kebenaran dengan menjalankan amar ma'ruf nahi munkar. Islam bukan agama individu. kalau islam itu agama individu tentu Rasulullah tak perlu sampaikan pada sahabat2nya dan sahabat takkan dapat sampai kepada seterusnya. lalu apa akan jadi pada kita? Adakah Allah akan menghukum kita dan kita akan rugi sedangkan kita tidak mengetahui. bukankah Allah zalim kalau begitu? nauzubillah..

Allah tidak zalim sebaliknya kita yang menzalimi diri sendiri. Allah sudah beri petunjuk tapi kita yang sombong dan bongkak tidak mahu mengikutinya. kemudian menyalahkan Pencipta? bukankah suatu yang pelik di situ.

akhir sekali berpesanlah dengan kesabaran. Dalam berjuang banyak dugaan yang akan ditempuhi, bersabarlah. malah pesanlah pada yang lain supaya bersabar. no 3 dan 4 Allah gunakan perkataan saling pada kedua-duanya. bermakna, kita bukan hanya layak untuk menegur malah ditegur. sempurna sangatkah kita sampai merasakan diri tidak layak untuk ditegur. malah ada yang menganggap buat hal sendiri sudah, kubur masing-masing. adakah kau yang akan memandikan, menyolatkan, menggali dan menanam mayatmu sendiri?

Surah yang ringkas tapi padat. Syed Qutb menghuraikan surah ini sebanyak 14 muka surat dalam Fil Zilal hanya untuk menerangkan surah yang terdiri dari 3 ayat ini. kita sering membacanya tapi tahukah kita kandungannya? tahukah kita tugas yang besar menanti disebalik surah yang sering-kali diulang baca ini? Adakah kita insan yang berada dalam kerugian atau sebaliknya?

Semoga tulisan ini bermanfaat dan diberikan hidayah pada yang membacanya. Tegurlah diri ini andai terleka dan tersilap kata.

0 comments: