Tingkatkan keimanan dengan ujian

Tiada manusia yang tidak diuji dengan dugaan tekanan. Sama ada di rumah, pejabat atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan itu dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia sebagai hamba ALLAH

Bagaimanapun, Rasulullah SAW memberikan penawar untuk berdeoan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup keranan tidak ada satu bencana sama ada keranan terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan meningkatkandarjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan denagn kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut” [riwayat al-Hakim]

Ingatlah setiap ujian itu selalu seiring dengan perjuangan kita.Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqomah. Ujian dijadikan Tuhan adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba itu kepada ALLAH dan seluruh ajaranNya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hatta terhenti setakat di mulut sahaja.

Seperti mana yang kita ketahui, umat islam akan diuji denagn lima perkara iaitu saudara seagamanya yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya. Semua ini menuntut kesabaran dan di dalamnya terhadap ganjaran pahala yang besar dari ALLAH

Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan melemahkan semangat dan menerbitkan kekecewaan serta putus asa sedangkan ALLAH berfirman:

“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"
[Surah al-Insyirah : 6]

Kesimpulannya apa yang penting, sering disematkan di dalam hati adalah, tanpa masalah atau ujian, tidak akan lahir kematangan kerana pengalaman dalam meyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan. Selain itu juga, meningkatkan keimanan kepada ALLAH kerana dengan ini, seorang hamba itu akan sentiasa muhasabah diri dan setiap tindakan mereka dikaji dan diperbatasi.

Setiap perjalanan kita sekali manapun dirundung pelbagai perkara yang menyakitkan dan sebagainya ia adalah satu ujian dan dugaan ALLAH yang memaparkan kaih sayang ALLAH kepada hambaNya dan setiap apa yang berlaku itu pasti akan ada hikmahNYA.

Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

p/s- copy and paste from other page.

1 comments:

Anonymous said...

tq for the good advice=)