Bacalah-renungilah-kemudian terus beramal

  1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara baik ataupun amalkanlah zikrullah. jangan sama sekali membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah
  3. berusahalah sedaya upaya bertutur dalam bahasa arab yang betul
  4. janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi apa jua kebaikan.
  5. janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. janganlah bergurau berlebihan kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara
  7. janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengarnya kerana percakapan yang nyaring itu resminya yang sia-sia malah menyakiti hati.
  8. jauhilah mengumpat peribadi, mengecam pertubuhan dan bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
  9. berkenal-kenalanlah dengan setiap saudara muslim meskipun tidak diminta kerana asas dakwah kita ialah berkasih-sayang dan berkenal-kenalan.
  10. kewajipan kita lebih banyak dari masa yang ada. oleh itu, tolonglah saudaramu tentang cara menggunakan masa dengan berfaedah.

0 comments: