pesta buku

Alhamdulillah..sabtu lepas sempat ke pesta buku di PWTC. terus menuju ke booth yang menarik perhatian dan cuba untuk cepat kerana mengejar masa. Alhamdulillah, dapat jumpa dan beli buku yang terfikir di kepala.

Di dalam kesibukan sempat terjengah ke sebuah booth yang sedang mempromosi buku adik Nik Nur Madihah. Tak ingat nama booth dan nama buku, cuma ada adegan yang menarik sehingga mencuit hati untuk menulis. ramai yang berhenti di depan booth sambil mengambil gambar dan meminta tanda tangan. rasanya perkara biasa yang terjadi di malaysia. agak kurang pasti kenapa rakyat malaysia suka ambil gambar orang-orang yang ada keluar tv dan surat khabar. untuk menunjuk-nunjuk? sebagai sumber insprirasi? dapat menambahkan iman? wallahua'lam.

tapi bukan itu yang menarik perhatian diri. terkejut dan menggeleng kepala bila beberapa pelajar datang (yang mungkin muda sedikit sahaja dari adik nik nur madihah) datang bersalaman dan cium tangan. dan ada beberapa ibu bapa yang suruh anak mereka untuk bersalam dan cium tangan untuk dapat berkat. menggeleng kepala dalam diam. nampak adik nik nur madihah pun kurang selesa dan cepat-cepat menarik tangan sebelum sempat dicium.

satu lagi peristiwa yang agak menyentuh hati adalah dalam satu booth dalam manusia bertolak2 ada seorang adik yang mungkin sekolah hira' melihat dari pakaiannya berjalan dengan tenang walaupun ditolak. dari hujung booth adik itu pegi ke kaunter untuk bertanya buku yang dicari, walaupun dia ditolak dia tetap jalan dengan tenang dan menurut arus. sampai ke sana dia terpaksa berpatah balik ke hujung booth untuk mencari buku yang diingini. tak ingat buku apa yang dicapai tapi cukup membuatkan diri ini malu pada diri sendiri. subhanallah, maha suci Allah yang telah mengingatkan diriku dalam suasana yang sesak dan tidak selesa. adik, semoga dirimu terus istiqamah malah menjadi lebih baik hingga dewasa, hingga ajal datang menjemput.

0 comments: