1) “Puan, kami dah terima surat permohonan (berhenti kerja) Puan. Sayang ye, Puan berhenti di zaman orang lain berebut-rebut mahu bekerja makan gaji,”sinis bicara seorang pekerja di Kementerian Pelajaran.
2) “ Aslina, kenapa adik awak menangis tiba-tiba ni. Gila ke ?” kata seorang guru lelaki kepada adik kembar saya ketika kami masih berusia sangat muda, lapan tahun. Baru darjah dua!
3) “ Saya nasihatkan isteri awak dapatkan rehat secukupnya. Tiap-tiap tahun beranak, awak tak sayang isteri ke ?” ujar seorang doktor perempuan kepada sepasang suami isteri yang baru menimang cahaya mata ketiga.
Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, tanpa sedar atau tidak kita juga pernah berkata ‘ayat kedua’(yang berwarna merah) yang tidak perlu. Kata-kata yang hanya menghadirkan duka di jiwa, bukan penawar yang menyembuhkan luka. Walaupun perkataan yang keluar itu berunsur nasihat dan ingatan, namun jika terselit ‘ayat kedua’ tadi ia tetap membekas di dalam hati umpama parut dari luka yang telah sembuh.
Lantaran itu di dalam hadis Rasulullah SAW terdapat banyak seruan yang menyuruh kepada berkata yang makruf dan baik sahaja. Jika tidak mampu untuk melakukan itu, diam adalah lebih baik dari berkata-kata yang menyakitkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Di dalam hal ini, harus difahami bahawa isi yang baik tetapi jika diterjemah kepada kata-kata dan ayat yang tidak baik, bukan mendatangkan kesan positif, malah bimbang kesan negatif yang akan hadir lebih dulu.
Kerana itu, berfikir dengan zikir sebelum berkata adalah rasional paling baik agar perkataan yang terbit dari bibir berisi peringatan yang lunak dan baik, mengandungi hikmah yang sarat dengan nasihat agar pendengar yang ditujukan kata-kata itu menerima dengan senang hati dan tenang jiwanya.
Sifat orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya, tentu gerun dan takut kepada azabNya. Sebaliknya dia mengharapkan pahala dengan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan laranganNya. Oleh kerana itu, aspek paling penting untuk melaksanakan semua itu ialah menerusi kawalan seluruh anggota badannya kerana kelak dia akan dipertanggungjawabkan ke atas perbuatan anggota tubuh badannya, sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
sumber:http://ummuhusna99.blogspot.com/2009/06/yang-pertama-dan-kedua.html

“Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Di dalam hal ini, harus difahami bahawa isi yang baik tetapi jika diterjemah kepada kata-kata dan ayat yang tidak baik, bukan mendatangkan kesan positif, malah bimbang kesan negatif yang akan hadir lebih dulu.
Kerana itu, berfikir dengan zikir sebelum berkata adalah rasional paling baik agar perkataan yang terbit dari bibir berisi peringatan yang lunak dan baik, mengandungi hikmah yang sarat dengan nasihat agar pendengar yang ditujukan kata-kata itu menerima dengan senang hati dan tenang jiwanya.
Sifat orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya, tentu gerun dan takut kepada azabNya. Sebaliknya dia mengharapkan pahala dengan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan laranganNya. Oleh kerana itu, aspek paling penting untuk melaksanakan semua itu ialah menerusi kawalan seluruh anggota badannya kerana kelak dia akan dipertanggungjawabkan ke atas perbuatan anggota tubuh badannya, sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan dimintai tanggung jawabnya”. ( Surah Al Isra’ : 36)
sumber:http://ummuhusna99.blogspot.com/2009/06/yang-pertama-dan-kedua.html
0 comments:
Post a Comment