Manusia itu hamba..

Manusia yang tak menghambakan diri pada Tuhan akan menghambakan diri pada sesuatu yang lain kerana manusia bersifat kehambaan.


Kadang-kala, di luar sedar kita telah menyembah/menghambakan diri pada sesuatu yang lain. Pada cinta, pada tv, pada keluarga, pada lelaki/perempuan, pada hiburan dan banyak lagi dengan mengutamakan ia melebihi yang lainnya. dan kadang-kala sehingga mengenepikan Tuhan. Kita sering teringat dan sanggup melayan kerenahnya sehingga melampaui apa yang Allah telah tetapkan.

Manusia akan sentiasa menghambakan diri. cuma pada apa atau siapa? Adakah pada yang selayaknya? Apakah pada yang menciptakan dirinya? Atau pada makhluk yang sama-sama lemah seperti dirinya? Atau pada objek yang tidak dapat berbuat apa-apa untuk dirinya.

Matikah jika sehari tidak mendengar muzik? Tapi mati jiwa dan iman bila sehari tidak membaca surat cinta dari Yang Esa. Pernahkah terfikir? Terlampau mengagungkan manusia...terlampau mengagungkan objek..sehingga sanggup habis beribu-ribu. Akhirnya? Apakah pengakhirannya?

Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allahlah tempat bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,dan tidak ada suatu pun yang setara dengan Dia."

3 comments:

Syafiqah Najib said...

Salam kak hanis,
saye rindu at-tariq..
tarbiyah dzatiah saye slalu tewas..
sgt tewas
sgt2 tewas
sgt3 tewas
sgt4 tewas

huhuhu....

i1 said...

salam... bru tau yg ni blog naqibah at-toriq... ish...

salam taaruf...

Hazu~ said...

Salam...

memang susah tarbiyah dzatiyah. lebih2 lagi dengan suasana dan keadaan yang kurang membantu. mungkin ini boleh membantu
1)banyakkan berzikir di dalam hati, sambil buat kerja, sambil basuh pinggan.
2)cuba buat hafazan sambil buat kerja atau ulang balik ayat/surah yang dah hafal
3)jangan tinggalkan bacaan Quran walaupun satu helai
4)dengar zikir2 dari computer, mp3, radio etc
5)baca bahan2 yang bermanfaat. surat khabar, majalah info, blog yang memberi semangat etc

mungkin boleh cari apa yang sesuai dengan diri sendiri. kadang2 sambil buat kerja tu kita fikir benda2 yang tak berfaedah. cuba tukarkan yang itu.

- idea seposen