Syaitan yang menghiasi futur

Manusia akan sentiasa menghadapi 2 tarikan iaitu tarikan keimanan dan tarikan syaitan yang menghiasi futurnya dan menjadikannya cinta pada dunia. Apa itu futur? Boleh lihat di sini.

Apa maksud syaitan yang menghiasi futur? Sebelum tahu maksud ayat ni, cuba kita lihat ciri-ciri musuh kita ini.
Katakanlah,"Aku berlindung kepada Rabb manusia, raja manusia, Ilah manusia, dari kejahatan syaitan yang bersembunyi, yang membisik ke dalam dada manusia dari kalangan jin dan manusia. (Surah An-Nas)

Itulah sifat syaitan iaitu membisik-bisik ke dalam dada manusia dengan perasaan was-was. Dalam dada, tentulah ada hati, organ paling utama dari segi fizikal dan juga rohani. Kalau rosak hati dari segi fizikal, matilah kita sebagai manusia. Kalau rosak hati dari segi rohani, matilah kita sebagai hamba Allah. Satu lagi sifat syaitan ni membisikkan perasaan was-was dalam hati manusia.

Contoh paling mudah, berapa kali kita solat terlupa kita sudah solat berapa rakaat? Atau terlupa untuk tahiyyat awal. Atau tiba-tiba rasa ragu-ragu, dah tutup ke api kat dapur tadi, masa tengah solat. Itu baru dalam solat.

Syaitan yang menghiasi futur... Tak pandai terangkan dengan ayat, kita bagi contoh. Contoh, beli kereta untuk mudahkan perjalanan pergi program-program ilmiah dan jumpa sahabat-sahabat demi menguatkan ukkhuwah fillah. Niat yang sangat baik dan cantik. Tapi berapa peratus kereta itu digunakan untuk tujuan di atas. Atau adakah ia hanya permulaan sahaja dan semakin lama semakin kurang? Kemudian, kita disibukkan untuk ke sana sini bershopping dan melancong sebab dah ada kereta dan akhirnya niat asal itu terkubur begitu sahaja.

Itulah cara syaitan menghiasi futur. Niat yang sangat cantik, dimasukkan dunia ke dalamnya. Dan semakin kita futur, syaitan turut membantu. Takpe, kan dah ada juga pegi program sikit-sikit. Yang penting niat tu dah ada. Kereta tu still guna untuk benda-benda baik juga bukan pegi disko atau merompak. Sedikit demi sedikit dia melemahkan kita. Dan niat..hanya tinggal niat.

Benar, dengan berniat dah boleh dapat pahala tapi berniat dengan kesungguhan dan berusaha bersungguh-sungguh. Bukan sekadar niat belajar untuk Allah, tapi ada bisikan yang kedua, ok dah niat dah. Boleh dapat pahala. Kalau lepas ni bertukar niat pun at least dah dapat satu pahala. Adakah itu yang dinamakan niat yang membawa pahala?

Berbeza dengan situasi ini, berniat untuk solat jemaah di masjid, dah cuba keluar awal tapi masih tersekat dalam kesesakan lalu lintas, tetap cuba untuk mencari jalan pintas. Sampai di masjid, jemaah sudah bersurai. Tetap solat dan berdoa semoga itu adalah yang terbaik. Inilah dia, berniat tapi Allah telah mentakdirkan dia tidak dapat apa yang dia mahukan. Adakah Allah akan masih bersikap kejam dengan tidak memberikan pahala atas niat dan kesungguhannya? Na'uzubillah.

Dua tarikan di atas akan sentiasa terjadi sepanjang hidup ini. Carilah Al-Quran, carilah sahabat, carilah bahan-bahan fikrah supaya tarikan pertama(keimanan) lebih kuat dari tarikan yang kedua(syaitan).

1 comments:

whitelotus said...

salam, akak=)

" carilah Al-Quran, carilah bhn2 fikrah, carilah sahabat "

insyAllah=)