KAU PENTINGKAN DIRI!


KAU PENTINGKAN DIRI SENDIRI!!

jangan kau kata kau mahu berehat!!
setan-setan di luar sana tak pernah berhenti berehat menyuruh kita berbuat maksiat!
bukan setan-setan daripada jin yang aku takuti,
kerana kuasa mereka hanyalah bisikan,
tapi setan-setan manusia yang tak sedar diri mereka menjadi penyeru kebatilan!

jangan kau kata kau mahu berehat!!
kerana kau senang sendirian beribadat!
kerana kau sakit jiwa tidak tahan lagi berdepan dengan maksiat!
itu bukan sunnah Nabimu!!!!

jangan kau kata kau mahu berehat!!!
butakah matamu dari melihat pemuda bukan muhrim berpasangan berpegangan tangan??
tak nampakkah mereka berpelukan dalam LRT,komuter, shopping mall,di mana-mana???
melihat perempuan menutup kulit dan rambut tapi menonjolkan bentuk tubuh???
berhibur berdua-duaan ke konsert islamik dan ceramah agama bersama pasangan bukan muhrim???
berdua-duaan dalam kereta ke sana ke mari tak kira siang atau malam???
sanggupkah engkau membiarkan mereka dalam kesesatan??
dimanakah hati dan naluri kasih sayang mu???
mengapa engkau duduk diam menunggu-nunggu di situ???
engkau ZALIM!!!

siapa dia yang mahu berehat??
siapa dia yang mahu berdiplomasi mengambil jalan berlemah lembut dengan kekufuran??
kalau duit dan masa bukan halangan ku, akan ku cari kalian hingga ke lubang cacing!!
AKAN KU CARI SATU PERSATU!!!
AKAN KU PERSOAL APA YANG KAU LAKUKAN!!
AKAN KU TUNJUKKAN APA YANG KAU TAK NAMPAK!!!
kerana aku tahu Tuhan telah memberimu tarbiyah yang cukup untuk kau bangun dari berselimut!!
biarkan jika orang lain mahu menarikmu dari berehat dengan lemah lembut!
biarlah aku seorang yang menyentapmu sekeras-kerasnya!
mungkin itu satu-satunya cara untuk buat kau sedar
kau telah mencampakkan Risalah dari Tuhanmu kebelakangmu!
kau berlengah-lengah menyeru kepada Tuhanmu!
kau lebih takut menyakiti hati manusia lebih daripada menyakiti Tuhanmu!!!
biar aku menunjukkan betapa keji perbuatanmu! !
kerana di luar sana ramai yang berhak merasai pelukan cendekiawan mu!!
kerana aku tidak mahu menjadi alasan untuk kau berhujah di hadapan Tuhanmu kelak!!
kerana kau cuma bodoh seketika
membiarkan diri dikotori hawa nafsu mu sendiri.
kerana aku cinta padamu...
TOLONGLAH...
AKU MERAYU...
JANGAN KAU KATAKAN KAU MAHU BEREHAT!!!

sumber : email seorang sahabat

0 comments: