Umat Islam hari ini lebih gemar membicarakan masalah furu' berbanding masalah ushul sehingga kadang-kala boleh menyebabkan perpecahan dan perbahalan. Perbezaan pendapat dalam masalah ushul iaitu akidah memang tidak boleh diterima dalam Islam sebaliknya perbezaan pendapat dalam masalah furu' dibenarkan bukan untuk memecah-belahkan umat sebaliknya kerana perbezaan pemikiran, keadaan, suasana dan lain-lain.
Imam Syafie sendiri mengubah fatwa ketika berada di tempat yang berbeza. Fatwa beliau ketika di Mesir dan di Banghdad berbeza walaupun menggunakan dalil yang sama. Antara sebab-sebab terjadinya perbezaan ini adalah
1. perbezaan pendapat tentang valid atau tidaknya suatu dalil syar'i sebagai hujjah
2. Perbezaan pendapat dalam menginterpretasikan teks dalil syar'i tertentu
3. Perbezaan perndapat tentang beberapa kaedah usul fiq dan beberapa dalil hukum syar'i (yang tiada nas)
4. perbezaan perdapat yang dilatar belakangi oleh perubahan situasi, keadaan, tempat, masyarakat dan semacamnya.
Selagi mana kita cuba nak menyatukan manusia atas perkara furu' selagi itu ia akan berpecah. sedangkan para sahabat sendiri ada yang berbeza pendapat. contohnya, tentang tawanan perang badar. Abu Bakar mencadangkan supaya mereka membayar tebusan dan bagi yang tak mampu, mengajar anak-anak islam membaca. Tetapi Umar pula mencadangkan supaya dibunuh sahaja. Setelah syura, Rasulullah bersetuju dengan pendapat Abu Bakar tetapi tidak lama kemudian ditegur oleh Allah dalam ayat Quran.
Pernah juga terjadi semasa peperangan bani khuraizah, rasulullah mengarahkan supaya tentera islam tidak berhenti solat kecuali di bani khuraizah. di pertengahan jalan, sahabat terbahagi kepada 2. ada yang berhenti solat sebab mereka tahu bila sampai waktu asar akan habis. apa yang mereka faham dari arahan Rasulullah adalah mereka hendaklah cuba sampai sebelum habis asar. manakala sebahagian lagi meneruskan perjalanan dan tidak berhenti solat. Bila sampai waktu asar dah pun berlalu.
Selepas perang dan pulang, mereka bertanya pendapat Rasulullah. Rasulullah tersenyum dan berkata kedua-duanya benar kerana mereka telah cuba untuk faham arahan Rasulullah dengan sebaiknya.
Kesimpulan dari kisah di atas adalah Rasulullah sendiri menerima perbezaan pendapat sahabat dan perbezaan pendapat itu tidak menyebabkan mereka bergaduh dan berpecah. Imam-imam mazhab sendiri menghormati pandangan imam mazhab yang lain. Jadi kenapa kita sebagai pengikut cuba untuk membanding dan menaik tarafkan yang satu dengan yang lain. Banyak lagi masalah umat yang perlu difikirkan. Contohnya, saudara kita di Palestin, Filipina, Thailand dan lain-lain yang tidak habis-habis ditindas. Anak-anak muda yang dah tak hirau akidah dan agama. Daripada membincangkan patut atau tidak membaca doa qunut lebih baik memikirkan bagaimana untuk membuatkan anak-anak yang tidak mahu solat, bersolat. Bukankah begitu?
Wallahua'lam
rujukan :
1) Fiqhul Ikhatilaf - Ahmad Mudzoffar Jufri
2) Fiqh Keutamaan - Yusof Qardawi

0 comments:
Post a Comment