Terima kasih Allah


Tika diri ini lemah,
Kau hadirkan ujian-ujianMu,
Tika diri ini lali dengan ujianMu,
Kau hadirkan arahan dan peringatan,
Tika peringatan kian lemah ditelan masa,
Kau hadirkan mereka yang bisa membuat diri ini kuat,
Yang bisa membuat diri ini hampir kepadaMu.

Diri ini hanyalah insan yang lemah,
Yang sering lupa,
Yang sering lemah imanNya,
Yang berulang-kali mengulangi kesalahan yang sama,
Tak tahu berapa lama perasaan ini kekal di dalam hati,
Namun, Kau terus tunjukkan kasih sayangMu.

Kadang-kala terasa diri ini tidak layak menjadi hambaMu
Namun diri ini tiada pergantungan lain selainMu
Takut sekiranya Kau sudah tidak memerlukanku sebagai hambaMu
Berulang-kali ku melupakanMu
Namun Kau tetap hadirkan kasih sayangMu

Tika diri ini resah dengan masalah dunia
Kau hadirkan ketenangan bahawa dunia ini sementara
Kau hadirkan berita tentang sesuatu yang pasti

Terima kasih Allah
kerana terus memberikan peringatan
walau kadang-kala aku sombong kepadaMu
kerana terus memberikan nikmatMu
walau kadang-kala ku tidak menghargainya
kerana terus memberikan kekuatan
walau kadang-kala ku rasa tidak memerlukannya
kerana terus memberikan kasih sayang
walau kadang-kala kasihku pada selainMu melebihi diriMu

Terima kasih Allah....

0 comments: