dakwah bukan hanya dengan ceramah


Dewasa ini, perkataan dakwah tidak asing lagi bagi kita. Namun, apakah itu dakwah? Adakah hanya ustaz-ustazah yang perlu berdakwah? Dari segi bahasanya, dakwah itu mengajak orang ke arah sesuatu. Melihat maksud secara meluasnya, nampak bahawa semua orang pun sedang berdakwah sebenarnya. Cuma ke arah mana? Dakwah pada politik, dakwah pada hiburan, dakwah pada sosial, dakwah pada shopping dan macam-macam lagi.

Dari segi islam pula adalah mengajak manusia dari kegelapan kepada cahaya dan membawa manusia kepada Allah.

(Dan mengutus) seorang Rasul yang membacakan kepadamu ayat-ayat Allah yang menerangkan (bermacam-macam hukum) supaya Dia mengeluarkan orang-orang yang beriman dan beramal saleh dari kegelapan kepada cahaya. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan mengerjakan amal yang saleh niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah memberikan rezki yang baik kepadanya. (Surah at-Talaq:11)


Dakwah tidak semestinya hanya dengan memberi ceramah sebaliknya Allah memerintahkan supaya manusia mengajak manusia ke arah kebaikan dan kebenaran, ke jalan yang diredhai Allah, jadi bagi mereka yang tidak pandai ceramah bagaimana? Adakah bermakna mereka tidak mampu menjalankan tanggungjawab yang Allah amanahkan ini? TIDAK!! Kerana dakwah bukan hanya dengan ceramah.

Boleh juga mencetuskan perbincangan yang menyebabkan kita sama-sama berfikir tentang isu ummat masa kini atau yang paling simple tentang kebesaran Allah. Apa-apa pun biarlah usaha kita itu mendekatkan manusia kepada Allah.

Selain dari itu, kita juga boleh menunjukkan qudwah hasanah (contoh yang baik). Kita tidak tahu bagaimana Allah mencampakkan hidayah pada setiap orang. Mungkin dengan menunjukkan contoh yang baik, ada hati yang terbuka untuk kembali kepada Allah. Mungkin ada sahabat yang telah lama melupakan Allah, mula mengingati Allah dan cuba mencari cintaNya.

Apa yang penting, niatkanlah segala apa yang dilakukan kerana Allah. Moga Allah membuka pintu hati mereka yang berada di sekeliling kita.

p/s - Dengan blog pun boleh berdakwah juga.

0 comments: