Agama ini...

Agama ini..
Agama ini takkan tegak tanpa usahamu
YA! Kamu, wahai manusia!
Kerana agama ini adalah untuk kamu
Kerana itu sunnatullah yang telah ditetapkan

Pencipta memilih kamu untuk menegakkannya
Pencipta tahu kamu mampu melakukannya

Maka, bangkitlah, bangunlah
perjuangkanlah agama ini
Bukankah agama ini yang kau ikuti selama ini?
Bukankah dirimu mengaku penganut agama ini?

Lalu, mengapa biarkan diri dalam kehinaan?
Mengapa biarkan diri dalam kelemahan?
Mengapa biarkan diri dalam kebodohan?
Ditindas, disiksa, diperkecil

Sepertinya kau bangga menjadi kancil yang kecil
Sedangkan dirimu singa yang boleh mengaum hebat

Sedarlah manusia
Allah melihat segala usahamu
Berusahalah mencapai kemenangan
Walau mungkin kau tidak sempat menikmatinya...

1 comments:

Syafiqah Najib said...

teringat kata2 akak2

"samada lmbat, atau cepat atau x sempat,
Islam tetap akan gemilang semula.
maka siapakah yg akan rugi jika kita tak menyumbang kepadanya? Islam atau kita?"

rindu kakak2 semua,
yg memutikkan perasaan sayang pada tarbiyah.
semoga tarbiyah ini berkekalan dlm hati saya, sekalipun kita di tmpat yg berbeza.
=)

semoga tsabat =)