Palestine..oh..Palestine...

Dengan sibuknya dunia dengan piala dunia, berita tentang Palestine terus hilang sekadar menjadi isu semasa. Orang ramai kembali membanjiri McDonald, KFC dan lain-lain apabila pelbagai promosi diadakan. Sungguh licik musuh Islam. Letak harga murah, diskaun berganda-ganda, manusia terus menghurung seperti semut kelaparan. Dalam masa yang sama, rakyat Palestine terus menanggung kesengsaraan. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya mereka sudah ada sesuatu untuk ditunjukkan pada Allah. Tetapi bagaimana dengan kita?

Ketika ulama-ulama fatwa menfatwakan haram membeli produk-produk yang membantu israel membunuh umat Islam, kita masih beralasan. Betapa lemahnya iman kita. Tidak seperti para sahabat yang membanjirkan Madinah dengan arak sebaik turunnya ayat mengharamkan arak. adakah kerana kita merasakan kita lebih hebat dari ulama fatwa maka kita boleh melawan keputusan yang telah ditetapkan? yang tentunya berdasarkan Al-Quran, sunnah dan ijmak ulama.

Sekiranya ada orang bukan Islam yang menawarkan babi kepada kita untuk dimakan, adakah anda akan beralasan? Oh tentu sekali tidak. kerana kita sebenarnya lebih jijik melihat haiwan tersebut apalagi memakannya. Bukan kerana iman kita menolak untuk makan babi. Sekiranya kerana iman, sudah tentu kita tidak akan menghina haiwan tersebut kerana ia juga makhluk Allah.

Ok, cuba kita bayangkan pula sekiranya ada sepupu kita yang membayar seorang bukan Islam untuk merogol dan membunuh anak kita. Apa yang kita rasa? Sudah tentu kita akan marah kepada perogol dan pembunuh itu. Tetapi akan lebih marah dengan saudara yang telah mengkhianati kita bukan. Lalu, sanggupkah anda membiarkan saudara-saudara kita teraniaya.

Saya juga manusia biasa, tidak terlepas dari noda dan dosa. Untuk menjaga hati saudara, saya ada juga makan KFC. tetapi muhasabahlah, adakah kita makan kerana terpaksa atau dengan suka rela. "Haram beli tapi dah ada orang belikan makan aje la. Sedapnya!" Astaghfirullah. Subhanakallahumma wa bihamdika asyhadu an-lailahaillallah.

Bagaimana pula dengan produk lain? Yang tidak tersenarai di sini? Kita boleh lihat pada link tersebut berapa banyak dan bagaimana syarikat-syarikat tersebut menyumbang kepada israel. Syarikat yang lain? Wallahualam. Kita tidak tahu syarikat lain benar-benar berkomplot dengan Israel atau cuma mengkayakan diri sendiri. Oleh sebab itu, pendapat saya sendiri, saya masih menggunakan pelbagai teknologi di dunia ini yang sesetengahnya tidak diketahui secara detail dari mana supaya bermanfaat kepada agama dan diri.

Tepuk dada, tanya iman. Kalau pun kita tidak mahu memikirkan tentang saudara kita yang di sana, sekurang-kurangnya jauhilah api neraka sedikit demi sedikit dengan perkara yang sudah jelas haramnya. Masih banyak lagi dosa-dosa kecil yang akan menarik kita ke neraka.

wallahua'lam.

0 comments: