Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Wahai pemuda!

Siapkanlah dirimu untuk menggantikan angkatan tua, mereka akan pulang tak lama lagi. Janganlah engkau jadi pemuda yang bersenandung meratapi tepian yang sudah runtuh, mengenang masa silam yang telah pergi jauh. Janganlah engkau membuat kekeliruan lagi seperti pernah dilakukan oleh angkatan yang engkau ganti. teruskan perjalanan ini dengan tenaga dan kakimu sendiri. Dada bumi cukup luas untuk menerima kehadiranmu.

Penuhilah segenap udara ini dengan kegiatan dan ketekunan, sungguh dan patuh. Hadapilah tugasan berat ini dengan jiwa besar, dengan daya juang yang tinggi.

Perkayalah dirimu dengan meneladan kepada masa silam, di mana ada yang rebah dan ada yang bangun, ada yang jatuh dan terus berdiri lagi. Kamu tidak boleh menjadi angkatan lama dan tidak boleh pula menepuk dada serta menidakkan segala harga dan nikai, jasa dan karya angkatan lama. Mereka kaya dengan pengalaman, engkau kaya dengan cita-cita.

Padukanlah pengalaman angkatan lama dengan nyala citamu!

Sejarah ini telah lama berjalan, bergerak dan berkembang. Kamu hanyalah tenaga penyambung menyelesaikan tugasan yang belum selesai. Meneruskan pekerjaan besar dan keturunan yang satu kepada keturunan yang lain.

Hidup ini ibarat gelombang di lautan, menghempas yang satu, menyusul yang lain, memecah yang pertama datang yang kedua.

Sedarilah posisi dan fungsimu dalam sejarah dan lakukanlah tugas suci ini dengan pengertian, keyakinan dan kesabaran!

[+/-] Read more...

Salahuddin Penakluk Jurusalem



Alhamdulillah, berjaya menghabiskan novel kedua dalam bulan ini walaupun bukan dalam masa satu hari. pandangan tentang novel ini. ceritanya agak panjang dan ada beberapa bahagian yang macam meleret-leret. dan beberapa bahagian yang terasa macam betul ke? mungkin penulis menambah sedikit untuk menyedapkan cerita. Wallahualam.

Namun tetap kagum dengan semangat pahlawan Islam ini tidak luntur. dan kagum dengan kesibukannya memerintah beliau masih dapat mendidik anaknya menjadi hebat seperti dirinya. Subhanallah. Tidak mahu mengulas panjang, sila baca sendiri. InsyaAllah akan lebih teruja.

[+/-] Read more...

Tariq bin Ziad

Alhamdulillah, hari ni berjaya habiskan buku novel Tariq bin Ziad. walaupun dah tau serba-sedikit tentang kisahnya tapi bila dijadikan novel lebih mudah tersemat di hati. lebih-lebih lagi untuk orang yang memang hobinya membaca. untuk habiskan satu novel dalam satu hari bukanlah perkara yang sukar. alhamdulillah, kelebihan dari Allah.

walaupun mungkin dialog yang digunakan belum tentu betulnya tapi msg yang disampaikan sampai terus ke dalam hati. itulah juga salah satu hikmah Al-Quran diturunkan dalam bentuk cerita dan ada juga terkandung dialog-dialog. Allah Yang Maha Mengetahui lebih tahu fitrah manusia. Cuma kita yang tak faham bahasa arab ni yang tak reti nak letak ayat tu past tense atau present tense. nada marah, sedih, sindir dan sebagainya.

Segala puji bagi Allah yang memberikan diri ini kesempatan untuk membaca dan memahami kisah ini. Bertambah-tambah kagum pada panglima islam ini. Terasa diri ini masih sangat jauh, masih banyak yang perlu dipertingkatkan. Pujian sekali lagi bagi Allah yang memberikan perasaan itu. kalau kita rasa kita dah cukup tak perlulah untuk belajar lagi, tak perlulah nak perbaiki dan mempertingkatkan diri, kan.

Dalam novel ini juga boleh nampak sifat orang Yahudi yang tak berubah langsung pada mana-mana zaman dan keadaan. semoga kisah ini tidak sekadar menjadi kisah dibaca sebalik dicontohi. Dan juga refresh kembali maklumat kita tentang sejarah.

[+/-] Read more...

Kita bukan malaikat..

Oleh itu, terkadang kita terkena penyakit futur. Kata pakar ahli bahasa,"Lafal fatara maksudnya tenang setelah bergerak dan lembik setelah keras". Dengan demikian, futur ialah suatu penyakit yang menimpa orang-orang yang kuat dan selalu mengintai setiap orang yang berusaha menuju kesempurnaan dinnya.

Semua manusia berpotensi untuk futur kerana kita bukan malaikat. Tapi Allah memberi jalan keluar dengan bertaubat.

"Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."(Surah Al-Furqan:70)


Hati manusia ni akan sentiasa berbolak-balik. Malah perbolak-balikkan ini lebih cepat dari air di dalam periuk yang sedang mendidih. Dalam air yang mendidih kita boleh nampak bubble2 kecil yang sekejap muncul dan tak sampai sedetik akan hilang semula. begitulah juga hati kita. Dalam masa sedetik niat amal kita mungkinkan berubah.

Iman bertambah kerana ketaatan dan berkurang kerana maksiat. Periksalah diri. Dosa-doa kecil bila ditimbun-timbunkan akan menjadi banyak. titik hitam yang pada asalnya kecil boleh menggelapkan keseluruhan hati jika tiada penyucian. Keimanan yang mantap diperolehi melalui ibadat yang paling agung. Usahalah! Tabahkan hati. Cuba cari cintaNya.

Penyebab futur? Mungkin jika kita tahu apa yang menyebabkan futur ini kita boleh melawannya. kita boleh berusaha menentang dan memperkuatkan diri. Futur ini boleh disebabkan oleh diri sendiri(internal) dan persekitaran(external). mungkin kalau ditulis secara bernota akan lebih mudah faham.


  • internal

    1. Tidak menjaga iman.

    2. Jahil terhadap jannah dan janji Allah.

    3. Rasa jauh dari azab dunia dan meremehkan azab akhirat.

    4. Panjang angan-angan.

    5. Paksa diri dalam ibadah.

    6. Buat hal baru dalam agama.(Bidaah)

    7. Tidak faham ma'rifatullah dengan benar.

    8. Remehkan dosa-dosa kecil.

    9. Lalai muhasabah diri.


  • external

    1. Pengaruh hidup, nikmat dunia.

    2. Teman bergaul.

    3. Diri sendiri dalam maksiat.

    4. Terlalu fanatik pada orang soleh.

    5. Sibuk dengan dunia.

    6. Persekitaran yang tidak membantu.


Nampak macam senang dan cantik je bila ditulis dalam note form. tapi untuk mengatasinya Masya-Allah, hanya diri sendiri yang tahu. Hanya satu..dekatkan diri dengan Allah. Dekatkan diri dengan Allah. Dekatkan diri dengan Allah. Kerana Allah yang memegang hati kita.

Selain itu, bi'ah solehah(persekitaran yang baik) sangat penting. carilah teman-teman. hubungi mereka yang boleh dipercayai untuk membincangkan perkara yang boleh menaikkan iman. InsyaAllah kita boleh. Marilah bersama-sama menuju ke arah yang satu.

Peringatan untuk yang menaip juga..


reference:
Buku Menjaga Stamina Iman
Tulisan: Dr. Faishal al-Hulaibi
Penerbit : Aqwam - jembatan ilmu

[+/-] Read more...