Showing posts with label perang pemikiran. Show all posts
Showing posts with label perang pemikiran. Show all posts

Permainan kehidupan

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam.

Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!".

Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam.. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya.

Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain."

"Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. .....

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..."

sumber:email

- bukan sekadar permainan tapi fikirkanlah..sampai bila kita mahu menjadi mangsa dalam permainan ini. atau lebih malang turut sama bermain tanpa menyedari...

[+/-] Read more...

Facebook

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008', iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

AEPi stands with Israel

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Andai ada kebenaran bagi persoalan di atas..tepuk dada, tanyalah iman dan taqwa (IT).

Salam perjuangan fillah.

- sumber: http://sejarah2u.blogspot.com/search?q=facebook

Mari berfikir...
1)"eh,biar betol facebook ni yahudi pnye..tp,biar je la..aku pkai utk tujuan dakwah...bukan wat pape pon...bole je"...betol hanya dakwah semata-mata? x penah lansung men game fb?x penah lnsung jawab buat kuiz merapu2?batas pergaulan jaga x?

2)'eh,biar betol facebook ni yahudi pnye..tp,biar je la..aku pkai utk tujuan dakwah..kan baik niat 2...."hai daie2 ku..cube fikirkan,mengutip dana kebajikan tapi dengan menjual coca-cola... betol x cara 2??

3)'isy,biar betol kene off fb?susah nih..habis tertutup jalan dakwah ni..membawa mudarat ni.."hai daie2ku,di mana pergantungan antum dalam kerja2 Allah??Allah atau FaceBook??

4)xde pon fatwa kate FaceBook haram,kite hold dulu bende ni...bnyk bnde lain yg lebih rumit...."hai daie2 ku,antum sume kata antum suma da faham pasal islam kan?kan antum setuju faham agama lagi penting dari faham hukum...kata nak jadi macam sahabat2 yg x pandai pon pasal hukum tp bila turun ayat pengharaman arak,mereka terus tinggalkan arak?x pon antum sume nak tggu ayat pengharaman Facebook baru nak off facebook??

5)"ala...klo aku off facebook ni alamatnye xde member la aku,sunyi la aku,terasing la aku......ekstrim sgt la smpai macam ni..msti org pulaukan aku...aduh!' '

jangan lupa pesan nabi tercinta "islam itu datang dalam keadaan dagang(asing) dan akan kembali sebagai asing,maka beruntunglah bagi orang2 yang asing"sudah dilayak kita digelar 'ghuraba'(asing) kalau hati masih berat walau hanya sekadar facebook??kalau diajak berjihad bagaimana?jangan lupa kisah menyesalnya Kaab bin Malik menangguh-nangguh pemergian beliau ke jalan jihad

-hanya nukilan untuk secebis pemikiran-baca dan hayatilah semula artikel di atas, baru kita sedar kenapa perlu boikot perkara yg mungkin kita anggap sebagai remeh...

- sumber : email

p/s-selamat tinggal facebook...

[+/-] Read more...

Walt Disney

Wes Penre, tokoh di belakang kebangkitan muzik rock dan heavy metal AS di era 1980an, mantan anggota kelompok pemuja syaitan, yang kemudian bertaubat dan menjadi peneliti dunia hiburan AS, dalam unot Iluminaty News (4 Julai 2004) menulis sebuah artikel singkat berjudul “The Walt Disney Agenda”

Penre membuka artikel itu dengan kalimat, “Saya menonton filem kelmarin, judulnya “The Haunted Mansion”, dibintangi oleh Eddie Murphy. Filem ini dikeluarkan oleh Disney. Ini bukan sekadar filem syaitan dengan lakonan sukar, ada sesuatu di sebaliknya. Pertanyaan pertama tentang filem ini setelah saya menontonya adalah: Untuk siapa sebenarnya filem ini? Orang-orang dewasa atau kanak-kanak? Jika untuk orang dewasa, filem ini sangat naïf, terlalu enteng, dan tidak lucu. Namun jika untuk kanak-kanak, ini adalah filem yang sangat menakutkan. Lalu, untuk siapa sebenarnya Disney membuat filem ini?”

Untuk menjawab semua pertanyaan itu, demikian Penre, maka kita perlu mengetahui siapa sesungguhnya Walt Disney, apa misi utama perusahaan Disney, untuk apa ia didirikan dan akan digunakan sebagai apa? “Saya sangat menganjurkan anda untuk menyimak baik-baik tulisan Fritz Springmeier’s yang ada di laman www.theforbiddenknowledge.com/hardtruth/thedisneybloodlinep1.htm,” ujar Penre.

Walt Disney merupakan anggota Freemasonry darjat 33, suatu sarjat yang tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh tokoh-tokoh Yahudi dan juga anggota Iluminaty. Di sebalik seluruh karakter kartun yang diciptakannya yang tersebar di aneka filem, buku cerita dongeng dan sebagainya, ada agenda tersembunyi iluminaty untuk mempengaruhi dan mensetting pemikiran anak-anak,” tulis Penre.

Kesemua keluaran Disney mengandungi symbol-simbol Masonik, okultisme, dan juga indoktrinasi mahupun pengendalian alam pemikiran. “Melalui Disney, mereka telah meracuni pemikiran manusia sejak daripada kanak-kanak lagi agar dapat menerima “The New Worl Order” suatu saat kelak. Mereka juga memperkenalkan sejak awal kepada anak-anak seluruh dunia apa yang disebut sebagai black-magik, The Sorcery, sebagai jalan keluar yang bagus. Semaklah terus dengan kritis apa-apa yang disampaikan oleh Springmeier di atas. Anda akan terkejut dubuatnya,” kata Penre yang banyak menulis masalah Iluminaty di dunia hiburan Amerika.

Tanpa anda sedari, anak-anak anda telah hilang ke dalam Disneyland dan diculik oleh perusahaan Disney dan dikorbankan serta diperbudak menjadi agen-agen The New World Order di masa depannya. Hebatnya lagi, Disney mampu melakukan ini semua di kamar-kamar tidur dan kamar-kamar keluarga seluruh keluarga di dunia ini. “sekarang kita kembali kepada filem “The Haunted Mansion”. Kami faham, betapa tidak mungkin para orang tua melarang anak-anak menonton file mini, yang seolah-olah diperuntukkan bagi anak-anak, namun banyak memuat unsure-unsur kekerasan, seksualiti dan sejenisnya,” tambahnya.

Wes Penre dan juga Springmeier yakin bahawa ada sesuatu di Disneyland yang selama ini tidak terungkap ke permukaan. “Seorang sahabat mengirim saya sebuah surat beberapa hari yang lalu. Dalam suratnya dia bercerita bahawa dia punya seorang kawan yang baru saja pulang dari Disneyland di Carlifonia. Di suatu tempat di tengah kawasan Disneyland, orang ini masuk dan bersembunyi ke dalam semak-samun untuk sekadar merokok. Tanpa diduga, dari semak-samun itu terlihat sebuah lorong ke dalam tanah. Dia masuk ke dalam dengan hati-hati. Dari dalam tanah dia mendengar suara tangisan anak-anak. Tiba-tiba, sebelum dia masuk lebih dalam, kepalanya dicu pistol oleh petugas keamanan. Dia ditangkap dan diusir dari taman hiburan itu. Anehnya, dia dikawal petugas tersebut hingga masuk ke dalam keretanya dan keluar dari kawasan parking. Dia sampai dari ini terus berfikir, apa yang sebenarnya berada di dalam tanah itu? Anak-anak siapakah yang menangis di dalam ruangan tersembunyi itu?”

sumber : http://pendidikanawal.wordpress.com/2009/02/19/anak-anak-gemar-kartun-disney/

-------------------------------------------------------------------
Hebat sungguh mereka. Target mereka bukan sahaja pemuda tapi sudah cuba mengubah pemikiran kita dari kanak-kanak lagi. Sedarkah kita? Sedarkah kita bahawa kena sedang dikawal dan dihinakan? Yang lebih pelik lagi adalah kita seronok bila perlakukan demikian. Astaghfirullah...

[+/-] Read more...