Aku bukan yang terbaik...

Aku bukan yang terbaik. malah aku percaya lebih ramai yang lebih baik berbanding diri ini. Allah jua yang lebih mengetahui tentang diri ini berbanding pemilik badan dan jiwa ini. tapi diri ini tidak mahu mengalah dengan alasan itu semata-mata untuk melarikan diri dari tanggungjawab yang telah diberi sejak azali.

Mungkin tak semua boleh menerima diri ni. kerana masih banyak kelemahan pada diri ini. diri ini hanyalah manusia biasa, bukan malaikat. Enggan tunduk pada nafsu tapi terkadang terhanyut oleh nafsu tanpa sedar. Bangunlah! Bangkitlah! Sedarlah!

-------------------------------------------------------------------------------
copy and paste from other blog

jaga-jaga dari takabbur dan taajub dengan kerja dan cara kerja kita.
hasil adalah dari Allah .. bukan hasil tangan kita..w/pun nampak hasil kejayaan kerja kita.
syaitan akan datang untuk merosak amal kita. jika tidak ia akan datang untuk merosak pahala kita.
kita cuba yang terbaik. kita mungkin dapat mengikut jalan yang terbaik .. tapi mungkin kita tidak mendapat pahala terbaik !
ketika kita mendapat hasil dari kerja tangan kita, kita mula merasai kita adalah terbaik. mata mula tertutup untuk melihat hasil kerja orang lain.
Betapa mudah syaitan menyia-nyiakan pahala amalan kita…
Betapa banyak orang yang hasil kerja tangan mereka kurang, tapi mereka
mendapat pahala yang lebih banyak dari kita kerana keikhlasan mereka dan
rasa tunduk mereka terhadap lemahnya diri mereka. Mereka merasai tidak
mencapai lagi tahap yang dicapai oleh orang lain yang kelihatan hebat.

Di mana tahap kita? berjaya mendidik dan mentarbiyyah ramai manusia, tajmik yang berjaya? tapi apakah kita memandang kitalah yang terbaik?
Pandangnya kita terhadap diri kita bahawa kita adalah terbaik, itulah tanda kita adalah tidak terbaik pada diri kita, w/pun amalan kita memberikan hasil terbaik.

Jadi …
jaga-jaga .. jangan pahala kita tidak sepadan dengan hasil tajmik, dakwah dan tarbiyyah yang kita lakukan.. pahala menjadi kecil atau langsung hilang sedangkan kita sepatutnya berhak mendapat pahala terbaik. hanya kerana pandangnya kita terhadap hebat diri kita, dan tidak hebatnya orang lain.

Seruan ini bukan untuk mengajak kita semua mengurangkan kerja yang kita
lakukan… tapi untuk membersihkan kita dari penyelewengan yang mungkin
berlaku ketika kita gembira melihat hasil.
Ayuh maju lebih kuat bekerja… dan lebih berjaga-jaga dengan diri yang
sentiasa diintai oleh syaitan di dalam urat-urat diri kita…

*jazakallah buat penulis di atas.*
*yang menulis bukanlah lebih baik dari yang membaca, sekadar berkongsi rasa dan cerita.*

1 comments:

Ummu Mujahid said...

salam ka hanis.. blog baru, semangat pun baru, hihi. selamat melangkah duhai kakak, ayo terus maju! :)

fatinzuharah, gifu.