kita yang mencorakkannya...

"Sesungguhnya setiap anak yang lahir itu dalam keadaan fitrah yang baik, maka kedua ibubapa merekalah yang akan menjadikan anak-anak ini samada Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Pagi tadi dengar ustaz olah hadis ni dalam radio KL FM jam 6.45 pagi(macam promosi plak), sangat menarik kupasannya. Kata ustaz setiap bayi tu dilahirkan fitrah maksudnya suci tanpa dosa tapi terpulang pada kedua ibu bapa nak mencorakkannya macam mana. dan walau macam mana baik pun dia cuba corakkan tapi kalau ibu bapa tu sendiri tak baik, akan jadi sukar dicorakkan. sebab peratus untuk anak-anak belajar melalui penglihatan(contoh) adalah lebih besar dari anak-anak belajar melalui kata-kata.

ustaz bagi contoh dia ada buat program untuk budak-budak sekolah. budak-budak tu bila tanya mana belajar solat kata kat sekolah. dan bila tanya mak ayah solat tak ada yang kata kadang-kadang, ada yang kata tak. jadi diorang pun nampak yang solat ni takde la penting sangat. penting bila kat sekolah je sebab nanti cikgu marah. tapi bila dah besar masing-masing dah pandai bawa diri, tak terasa pun pentingnya solat sebab parents pun tak solat.

sedangkan solat tu kan tiang agama. kalau takde tiang macam mana kita nak mendirikan rumah Islam. macam mana nak letak dinding, bumbung dan lain-lain kalau tiang sahaja pun dah tidak didirikan ataupun retak menanti roboh?

Alhamdulillah, anak-anak ini ada yang tersedar dan tidak mahu keturunannya berterusan begitu. lantas berusaha mengubah diri supaya anak-anak tidak menjadi seperti dirinya yang bergantung pada ilmu luar sedangkan yang paling utama adalah didikan ibu bapa.

Bila dengar ustaz cakap tu terasa takut la pula nak berkeluarga dan membesarkan anak-anak dalam dunia yang penuh cabaran ni. kadang-kadang dah didik elok-alok kat rumah bila keluar bercampur dengan orang lain, jadi lain pula. pentingnya nak kena cari bi'ah solehah(persekitaran solehah).

Semoga Allah membantuku membentuk keluargaku.

0 comments: