Showing posts with label keluarga. Show all posts
Showing posts with label keluarga. Show all posts

Wa tak caya sama lu

Assalamualaikum..

Seorang ustaz pernah berkata, selagi anta tak kawin dan ada anak saya tak percaya anta boleh terus kuat berdakwah. benar, setelah berkahwin dan mempunyai anak, lebih banyak liku-liku dan ujian yang dihadapi. semakin berubah fasa hidup semakin banyak ujian yang dihadapi.

Semasa belajar, tinggal sendirian
  • Kain baju basuh seminggu sekali atau dua kali pun cukup
  • masak apa yang rasa nak makan, kalau malas beli ataupun tak perlu makan
  • rumah kemas seadanya
  • siang masih banyak masa, boleh berehat atau membantu di program
  • boleh ke program atau usrah bila-bila masa sahaja
  • kalau lewat, tidur sahaja di rumah akhwat

Bekerja, masih bujang
  • siang berterusan di pejabat, hanya ada malam dan hujung minggu untuk usrah dan program
  • hujung minggu - keluarga mengharapkan pulang
  • Kain baju basuh seminggu sekali atau dua kali pun cukup
  • masak apa yang rasa nak makan, kalau malas beli ataupun tak perlu makan
  • rumah kemas seadanya

Bekerja, sudah berkahwin
  • pakaian suami perlu digosok
  • baju basuh 2 hari sekali, paling tak pun 3 kali sehari
  • hujung minggu - 2 keluarga(keluarga sendiri dan keluarga suami) menuntut hak
  • masak dan hidang untuk suami
  • siang berterusan di pejabat, hanya ada malam dan hujung minggu untuk usrah dan program
  • perlu luangkan masa untuk menunaikan hak suami

Bekerja, berkahwin, ada anak
  • perlu luangkan masa untuk menunaikan hak anak-anak
  • perlu luangkan masa untuk menunaikan hak suami 
  • baju basuh setiap hari atau 2 hari sekali
  • barang keperluan anak-anak perlu diberi perhatian
  • bawa anak ke program/usrah - sukar tumpu perhatian
  • pakaian suami perlu digosok
  • hujung minggu - 2 keluarga(keluarga sendiri dan keluarga suami) menuntut hak - lebih lagi kerana rindu cucu
  • menyediakan makanan yang berkhasiat untuk suami dan anak-anak

Masa tetap 24jam sehari. Semakin meningkat usia, semakin berubah fasa, semakin banyak hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. tarbiyah juga ada fasanya. semakin meningkat usia dalam tarbiyah, semakin berubah fasa tarbiyah, semakin banyak tanggungjawab dan kewajipan yang perlu dilaksanakan. Lalu, berapa ramaikah manusia yang akan tetap teguh menegakkan agama Allah dek kesibukan dunia? Walaupun kefahaman sepatutnya terus meningkat namun ujian juga meningkat.

Benarlah, syurga Allah itu sangat mahal.

“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

[+/-] Read more...

Pembinaan Baitul Muslim

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Sabtu lepas berkesempatan mengikuti Program Pembinaan Baitul Muslim (Keluarga Islam). Apa pun yang kita buat perlulah ada ilmu. Cukupkah hanya dengan melaksanakan rukun Islam di dalam sebuah keluarga untuk melayakkan kita masuk ke syurga Allah? Sesungguhnya syurga Allah itu sangat mahal harganya. Biarlah keluarga yang dibina bukan sekadar menjadi keluarga yang terdiri daripada individu yang beragama Islam tetapi sebaliknya benar-benar melaksanakan Islam dan orang lain bisa nampak kecantikan Islam pada setiap individu itu.

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. (52:21)


Kali ini disertai oleh 5 pasangan dan diadakan di Taman Tasik Permaisuri secara rehlah dan santai. Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh penyampai dan sedikit penerangan tantang pentingnya pembinaan baitul muslim. Kemudian, kami diminta mengadap pasangan masing-masing dan mengulangi saat sebaik diijab kabulkan, suami meletakkan tangan di ubun-ubun isteri dan dibacakan doa, "Ya Allah, aku memohon segala kebaikan dari isteriku dan aku berlindung dari kejahatan isteriku, begitu juga sebaliknya." Diikuti dengan salam cium tangan dan kucupan di dahi.

Kemudian, kami diminta meluahkan apa yang tidak puas hati selama ini dan selepas itu tutup buku. Forgive & forget. Bukan sekadar memaafkan tetapi juga melupakan segala yang telah lalu. Kami juga diminta memberikan hadiah yang paling istimewa untuk pasangan masing-masing sama ada barang, kata-kata, perbuatan atau apa sahaja. Saya seorang yang tidak pandai meluahkan melalui kata-kata, jadi saya telahpun menyiapkan sebuah kad yang dibuat sendiri yang diisi dengan surat cinta di dalamnya.

Gambar hiasan.

Sepanjang sesi ini, dipenuhi dengan sesi air mata. Merasakan diri tidak cukup sempurna, tidak berupaya menjadi isteri mithali buat suami tercinta. Tidak seperti istilah melayu untuk menjadi 'perempuan melayu terakhir' yang bisa menyediakan segalanya buat suami tercinta. Namun, diri ini berharap bisa menjadi isteri solehah penyejuk hati suami yang kekal bukan sahaja di dunia tetapi jua di dalam syurga di sana nanti di sebalik segala kekurangan yang ada. Kami diberi nasihat supaya melakukan sesi ini sendiri bila merasakan hubungan antara suami isteri mula tawar atau bila merasakan masing-masing mula membawa haluan sendiri walaupun sudah beranak cucu. Perbaharuilah hubungan semoga keluarga kekal diliputi sakinah, mawaddah dan rahmah.

Seterusnya, kami menjamu hidangan potluck yang dibawa dan diberi pengisian tentang Madrasah Luqman al-Hakim. Apa-apa pun yang dilakukan Al-Quran tetap sumber utama dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecilnya. Allah telah menerangkan cara mendidik anak melalui surah Luqman, ayat 12-19.

  • Mulailah ajaran dengan sekecil-kecil iaitu dengan bersyukur. Bayi berusia 0-2 tahun memasukkan semua maklumat yang didapati dari sekelilingnya walaupun dia masih belum mampu bersuara. segala apa yang ibu bapa lakukan dan cakapkan akan masuk dalam memory anak kecil ini.
  • Ajaran yang paling utama iaitu tidak mensyirikkan Allah. Di sini, ibu bapa mengangkat darjat Allah setinggi-tingginya.
  • Buat baik dan hormati ibu bapa. Allah juga menaikkan darjat ibu bapa ke tahap yang tinggi.
  • Sekiranya ajaran ibu bapa bertentangan dengan ajaran Allah, maka Allah yang lebih layak diikuti tetapi bergaullah dengan ibu bapa dengan cara yang baik. Meletakkan kedudukan Allah melebihi segala-galanya.
  • Allah nampak dan hitung setiap perkara yang dilakukan walau di mana sahaja. Kadang-kala kita lihat anak-anak yang sangat baik di rumah tetapi bila keluar rumah macam-macam perangai. Jadi, sangat penting untuk menerapkan nilai ini.
  • Dirikan solat dan lakukan amar makruf nahi munkar. Solatlah sumber kekuatan orang Islam dalam menjalankan amar makruf nahi munkar. Ia adalah bekal untuk menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.
  • Jangan sombong. Seterusnya, hiasilah anak-anak dengan akhlak mahmudah terutama ketika berhubung dengan manusia lain.
  • Sederhana dalam berjalan dan lunakkan suara. Sekali lagi, Allah mengajarkan kita cara berperwatakan dan cara berkomunikasi dengan manusia lain.

Kami kemudiannya diberi tugasan untuk berbincang tentang perancangan keluarga kami. Keluarga yang bagaimana yang kami mahu bina. Dengan adanya plan ini, insyaAllah impian kami akan sentiasa tersemat di hati dan menjadi doa sepanjang masa.

My Our babies plan.

Plan ini bukan sekadar untuk bayi yang bakal lahir ini tetapi juga untuk anak-anak yang seterusnya. Mungkin akan ada perubahan sedikit tetapi main pointnya masih tetap sama. Kami tampalkan di bilik solat kami supaya impian ini bukan sekadar impian tetapi disusuli dengan usaha dan doa seterusnya membuahkan hasil.

p/s - pertama kali menulis sesuatu yang agak personal di sini. Di harap dapat menjadikan sesuatu yang bermanfaat. Binailah keluarga di dunia yang sementara ini supaya kita terus bersama di syurga sana.

Last blogged at Perjalanan hidup menuju Ilahi : SGM : Managing Myths in Breastfeeding
Last blogged at Meniti Hari : Dah dapat Pump.

[+/-] Read more...

Cintailah Ibu Sekarang!

Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantu aku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan pengajianku sehinggalah aku berumahtangga. Beliau berkejar sekiranya diminta membantu melayani anak-anakku.

Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk selama-lamanya. Dapatkah anda bayangkan perasaanku apabila suatu hari aku pergi ke rumah ibuku, aku telah terjumpa sajak ini terlipat sepi di dalam laci mejanya? Sajaknya berbunyi begini………

INILAH MASANYA
Jika kau ingin menyintai ibu
Cintailah ibu sekarang supaya ibu tahu
Keindahan dan kelembutan kasih
yang mengalir kudus daripada sanubarimu.

Cintailah ibu sekarang
Semasa ibu masih hidup
Usahlah tunggu sehingga ibu telah pergi
Kemudian barulah diukir di batu nisan
dengan kata-kata indah pada sekujur batu yang sepi.

Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu
Tunjukkanlah pada ibu sekarang
Jika kau tunggu sehingga ibu mati
Sudah pasti ibu tidak sempat dengar
kerana kita dibatasi kematian.

Oleh itu, jika kau menyintai ibu, walaupun hanya secebis daripada lautan
hidupmu
Lafazkan dan buktikan sekarang sementara ibu masih hidup
Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya

Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab aku tidak pernah menyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah aku tidak pernah melayani ibuku dengan sewajarnya.

Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tidak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku terlalu mengutamakan urusan rakan-rakanku. Pernahkah rakan-rakanku melayanku seperti ibuku ? Aku tahu jawapannya.

Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan dengan cepat, ringkas dan tergesa-gesa. Aku benar-benar berasa malu apabila mengingatkan tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa yang aku berikan padanya dan banyak manakah masa aku biarkan dia begitu sahaja.

Anak-anakku sayang akan nenek mereka sejak mereka kecil lagi. Mereka mengunjunginya untuk mendapatkan nasihat dan ketenangan. Nenek memahami mereka.

Aku sedar dan mengerti sekarang bahawa aku terlalu ktrtikal, sensitif, dan terlalu susah untuk menghargai nenek yang telah mencurahkan kasih tanpa syarat kepada cucunya.

Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak sepertiku. Aku berharap mereka insaf dan mendapat manfaat daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini aku sedang dilanda derita dan penyesalan yang tiada penghujung dan noktahnya.

sumber : http://otakhijauhomeschool.blogspot.com

[+/-] Read more...

video untuk kanak-kanak



Alhamdulillah...satu lagi usaha dari Baba Ali, kali ini untuk kanak-kanak. Sangat menarik tapi saya cuma berjaya menjumpai 3 video di dalam youtube. sudah pun mendownload. boleh lihat banyak lagi video yang lain di http://ummahfilms.com/.

Subhanallah. inilah orangnya yang telah menggunakan teknologi seoptimum yang mungkin. memanfaatkan segalanya..youtube, facebook, myspace dan lain-lain. moga usahanya dirahmati Allah.

Marilah kita sama-sama mendidik anak-anak dari kecil kerana anak-anaklah saham kita di akhirat sana. mungkin ada yang merasakan, takpelah tunggu besar sikit baru belajar tentang islam. bukankah islam itu mennyeluruh. bukan pada masa tertentu, bukan pada umur tertentu, bukan pada keadaan dan situasi tertentu sahaja.

bagi mereka yang mahu mencari bahan untuk anak-anak tapi tidak tahu di mana boleh menggunakan youtube mencari pelbagai nasyid dan kisah untuk kanak-kanak. boleh juga gunakan http://www.mediaconverter.org/ untuk convert video tersebut menjadi bentuk avi atau wmv dan save pada computer masing-masing supaya boleh ditunjukkan pada anak-anak di rumah.

selain itu ada juga beberapa website yang menjual buku, video dan pakaian kanak-kanak. walaupun video2 tersebut dalam bahasa inggeris tapi dari kecil la perlu dididik anak-anak ini. tahukah bahawa bayi boleh memahami semua bahasa. cuma bila tidak dilatih dan dibiasakan bahasa2 yang lain itu akan hilang begitu sahaja. (mana orang melayu islam ye? samalah dengan yang menulis ini yang mempunyai kebolehan dalam IT tapi masih belum mampu membuat apa2 yang hebat. astaghfirullah...)

Disertakan link untuk untuk bahan kanak-kanak. semoga anak-anak kita kelak menjadi soleh & solehah dan menyambung rantai perjuangan Islam.



[+/-] Read more...

kita yang mencorakkannya...

"Sesungguhnya setiap anak yang lahir itu dalam keadaan fitrah yang baik, maka kedua ibubapa merekalah yang akan menjadikan anak-anak ini samada Yahudi, Nasrani atau Majusi."

Pagi tadi dengar ustaz olah hadis ni dalam radio KL FM jam 6.45 pagi(macam promosi plak), sangat menarik kupasannya. Kata ustaz setiap bayi tu dilahirkan fitrah maksudnya suci tanpa dosa tapi terpulang pada kedua ibu bapa nak mencorakkannya macam mana. dan walau macam mana baik pun dia cuba corakkan tapi kalau ibu bapa tu sendiri tak baik, akan jadi sukar dicorakkan. sebab peratus untuk anak-anak belajar melalui penglihatan(contoh) adalah lebih besar dari anak-anak belajar melalui kata-kata.

ustaz bagi contoh dia ada buat program untuk budak-budak sekolah. budak-budak tu bila tanya mana belajar solat kata kat sekolah. dan bila tanya mak ayah solat tak ada yang kata kadang-kadang, ada yang kata tak. jadi diorang pun nampak yang solat ni takde la penting sangat. penting bila kat sekolah je sebab nanti cikgu marah. tapi bila dah besar masing-masing dah pandai bawa diri, tak terasa pun pentingnya solat sebab parents pun tak solat.

sedangkan solat tu kan tiang agama. kalau takde tiang macam mana kita nak mendirikan rumah Islam. macam mana nak letak dinding, bumbung dan lain-lain kalau tiang sahaja pun dah tidak didirikan ataupun retak menanti roboh?

Alhamdulillah, anak-anak ini ada yang tersedar dan tidak mahu keturunannya berterusan begitu. lantas berusaha mengubah diri supaya anak-anak tidak menjadi seperti dirinya yang bergantung pada ilmu luar sedangkan yang paling utama adalah didikan ibu bapa.

Bila dengar ustaz cakap tu terasa takut la pula nak berkeluarga dan membesarkan anak-anak dalam dunia yang penuh cabaran ni. kadang-kadang dah didik elok-alok kat rumah bila keluar bercampur dengan orang lain, jadi lain pula. pentingnya nak kena cari bi'ah solehah(persekitaran solehah).

Semoga Allah membantuku membentuk keluargaku.

[+/-] Read more...