Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Wa tak caya sama lu

Assalamualaikum..

Seorang ustaz pernah berkata, selagi anta tak kawin dan ada anak saya tak percaya anta boleh terus kuat berdakwah. benar, setelah berkahwin dan mempunyai anak, lebih banyak liku-liku dan ujian yang dihadapi. semakin berubah fasa hidup semakin banyak ujian yang dihadapi.

Semasa belajar, tinggal sendirian
  • Kain baju basuh seminggu sekali atau dua kali pun cukup
  • masak apa yang rasa nak makan, kalau malas beli ataupun tak perlu makan
  • rumah kemas seadanya
  • siang masih banyak masa, boleh berehat atau membantu di program
  • boleh ke program atau usrah bila-bila masa sahaja
  • kalau lewat, tidur sahaja di rumah akhwat

Bekerja, masih bujang
  • siang berterusan di pejabat, hanya ada malam dan hujung minggu untuk usrah dan program
  • hujung minggu - keluarga mengharapkan pulang
  • Kain baju basuh seminggu sekali atau dua kali pun cukup
  • masak apa yang rasa nak makan, kalau malas beli ataupun tak perlu makan
  • rumah kemas seadanya

Bekerja, sudah berkahwin
  • pakaian suami perlu digosok
  • baju basuh 2 hari sekali, paling tak pun 3 kali sehari
  • hujung minggu - 2 keluarga(keluarga sendiri dan keluarga suami) menuntut hak
  • masak dan hidang untuk suami
  • siang berterusan di pejabat, hanya ada malam dan hujung minggu untuk usrah dan program
  • perlu luangkan masa untuk menunaikan hak suami

Bekerja, berkahwin, ada anak
  • perlu luangkan masa untuk menunaikan hak anak-anak
  • perlu luangkan masa untuk menunaikan hak suami 
  • baju basuh setiap hari atau 2 hari sekali
  • barang keperluan anak-anak perlu diberi perhatian
  • bawa anak ke program/usrah - sukar tumpu perhatian
  • pakaian suami perlu digosok
  • hujung minggu - 2 keluarga(keluarga sendiri dan keluarga suami) menuntut hak - lebih lagi kerana rindu cucu
  • menyediakan makanan yang berkhasiat untuk suami dan anak-anak

Masa tetap 24jam sehari. Semakin meningkat usia, semakin berubah fasa, semakin banyak hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. tarbiyah juga ada fasanya. semakin meningkat usia dalam tarbiyah, semakin berubah fasa tarbiyah, semakin banyak tanggungjawab dan kewajipan yang perlu dilaksanakan. Lalu, berapa ramaikah manusia yang akan tetap teguh menegakkan agama Allah dek kesibukan dunia? Walaupun kefahaman sepatutnya terus meningkat namun ujian juga meningkat.

Benarlah, syurga Allah itu sangat mahal.

“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

[+/-] Read more...

Pembinaan Baitul Muslim

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Sabtu lepas berkesempatan mengikuti Program Pembinaan Baitul Muslim (Keluarga Islam). Apa pun yang kita buat perlulah ada ilmu. Cukupkah hanya dengan melaksanakan rukun Islam di dalam sebuah keluarga untuk melayakkan kita masuk ke syurga Allah? Sesungguhnya syurga Allah itu sangat mahal harganya. Biarlah keluarga yang dibina bukan sekadar menjadi keluarga yang terdiri daripada individu yang beragama Islam tetapi sebaliknya benar-benar melaksanakan Islam dan orang lain bisa nampak kecantikan Islam pada setiap individu itu.

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya. (52:21)


Kali ini disertai oleh 5 pasangan dan diadakan di Taman Tasik Permaisuri secara rehlah dan santai. Acara dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh penyampai dan sedikit penerangan tantang pentingnya pembinaan baitul muslim. Kemudian, kami diminta mengadap pasangan masing-masing dan mengulangi saat sebaik diijab kabulkan, suami meletakkan tangan di ubun-ubun isteri dan dibacakan doa, "Ya Allah, aku memohon segala kebaikan dari isteriku dan aku berlindung dari kejahatan isteriku, begitu juga sebaliknya." Diikuti dengan salam cium tangan dan kucupan di dahi.

Kemudian, kami diminta meluahkan apa yang tidak puas hati selama ini dan selepas itu tutup buku. Forgive & forget. Bukan sekadar memaafkan tetapi juga melupakan segala yang telah lalu. Kami juga diminta memberikan hadiah yang paling istimewa untuk pasangan masing-masing sama ada barang, kata-kata, perbuatan atau apa sahaja. Saya seorang yang tidak pandai meluahkan melalui kata-kata, jadi saya telahpun menyiapkan sebuah kad yang dibuat sendiri yang diisi dengan surat cinta di dalamnya.

Gambar hiasan.

Sepanjang sesi ini, dipenuhi dengan sesi air mata. Merasakan diri tidak cukup sempurna, tidak berupaya menjadi isteri mithali buat suami tercinta. Tidak seperti istilah melayu untuk menjadi 'perempuan melayu terakhir' yang bisa menyediakan segalanya buat suami tercinta. Namun, diri ini berharap bisa menjadi isteri solehah penyejuk hati suami yang kekal bukan sahaja di dunia tetapi jua di dalam syurga di sana nanti di sebalik segala kekurangan yang ada. Kami diberi nasihat supaya melakukan sesi ini sendiri bila merasakan hubungan antara suami isteri mula tawar atau bila merasakan masing-masing mula membawa haluan sendiri walaupun sudah beranak cucu. Perbaharuilah hubungan semoga keluarga kekal diliputi sakinah, mawaddah dan rahmah.

Seterusnya, kami menjamu hidangan potluck yang dibawa dan diberi pengisian tentang Madrasah Luqman al-Hakim. Apa-apa pun yang dilakukan Al-Quran tetap sumber utama dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecilnya. Allah telah menerangkan cara mendidik anak melalui surah Luqman, ayat 12-19.

  • Mulailah ajaran dengan sekecil-kecil iaitu dengan bersyukur. Bayi berusia 0-2 tahun memasukkan semua maklumat yang didapati dari sekelilingnya walaupun dia masih belum mampu bersuara. segala apa yang ibu bapa lakukan dan cakapkan akan masuk dalam memory anak kecil ini.
  • Ajaran yang paling utama iaitu tidak mensyirikkan Allah. Di sini, ibu bapa mengangkat darjat Allah setinggi-tingginya.
  • Buat baik dan hormati ibu bapa. Allah juga menaikkan darjat ibu bapa ke tahap yang tinggi.
  • Sekiranya ajaran ibu bapa bertentangan dengan ajaran Allah, maka Allah yang lebih layak diikuti tetapi bergaullah dengan ibu bapa dengan cara yang baik. Meletakkan kedudukan Allah melebihi segala-galanya.
  • Allah nampak dan hitung setiap perkara yang dilakukan walau di mana sahaja. Kadang-kala kita lihat anak-anak yang sangat baik di rumah tetapi bila keluar rumah macam-macam perangai. Jadi, sangat penting untuk menerapkan nilai ini.
  • Dirikan solat dan lakukan amar makruf nahi munkar. Solatlah sumber kekuatan orang Islam dalam menjalankan amar makruf nahi munkar. Ia adalah bekal untuk menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.
  • Jangan sombong. Seterusnya, hiasilah anak-anak dengan akhlak mahmudah terutama ketika berhubung dengan manusia lain.
  • Sederhana dalam berjalan dan lunakkan suara. Sekali lagi, Allah mengajarkan kita cara berperwatakan dan cara berkomunikasi dengan manusia lain.

Kami kemudiannya diberi tugasan untuk berbincang tentang perancangan keluarga kami. Keluarga yang bagaimana yang kami mahu bina. Dengan adanya plan ini, insyaAllah impian kami akan sentiasa tersemat di hati dan menjadi doa sepanjang masa.

My Our babies plan.

Plan ini bukan sekadar untuk bayi yang bakal lahir ini tetapi juga untuk anak-anak yang seterusnya. Mungkin akan ada perubahan sedikit tetapi main pointnya masih tetap sama. Kami tampalkan di bilik solat kami supaya impian ini bukan sekadar impian tetapi disusuli dengan usaha dan doa seterusnya membuahkan hasil.

p/s - pertama kali menulis sesuatu yang agak personal di sini. Di harap dapat menjadikan sesuatu yang bermanfaat. Binailah keluarga di dunia yang sementara ini supaya kita terus bersama di syurga sana.

Last blogged at Perjalanan hidup menuju Ilahi : SGM : Managing Myths in Breastfeeding
Last blogged at Meniti Hari : Dah dapat Pump.

[+/-] Read more...

Bagaimana Anda Selepas Usrah?

Bila kita sama-sama melabuhkan tirai

"Usrah itu dimulakan dengan Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr. Diakhiri dengan Surah al-Fatihah"

Begitulah tarbiyyah mengajarkan kita. Pembinaan ummah ini memerlukan lebih daripada 1 atau 2 atau 3 jam seminggu daripada seorang muslim itu. Pengorbanannya, untuk tajarrud ilallah, untuk meletakkan dalam dirinya, 100% untuk perjuangan ini, melebihi kepentingan peribadi pada setiap detik, hinggalah di saat-saat akhir itu. Hinggakan matinya juga diharapkan menguntungkan islam, seperti matinya ghulam dalam hadis ghulam ad-dakwah, tafsir kepada Surah al-Buruj.

Namun, ikhwah dan akhwat yang amat kucintai sekalian,

Tarbiyyah juga mengajar kita untuk mengikut marhalah (tahapan) perkembangan manusia dalam kita melahirkan 'full-timer muslim' itu. Ianya menuntut kita bersabar, membiarkan anak didik kita berkembang selari dengan masa, seumpama menunggu buah delima hijau bertukar warna.

Walaupun ia kelihatan sudah berseri-seri, jangan gopoh memetiknya. Terkadang, kita nampak buah delima itu sudah cukup kemerahan, terasa ingin sangat menganyangnya, merasai setiap biji delimanya, yang dibayangkan sudah merah ranum seperti kulitnya. Namun, jika kuning dan merah itu masih belum sebati di selaput luarnya, merekah di hujung kantungnya itu pun belum pasti, kita pasti akan kecewa, kerana hanya butir-butir mentah bakal menjadi santapan, tanpa kita mampu memperbaikinya kembali. Tanpa kita mampu untuk mengharapkan buah itu berkembang, menjadi buah yang kita impi-impi, mimpi-mimpikan selama ini...

Itulah yang digambarkan oleh As-Syeikh Hassan Al-Banna dalam risalahnya:

"Bukan dari golongan kami orang yang memetik buah sebelum masaknya."

Bekerja mengikut marhalah itu merupakan rahmat, dan jika sebaliknya, merupakan bala, gambaran amal yang sia-sia.

Jauh daripada bekerja mengikut konsep-konsep umum dakwah, apatah lagi mengikut keperluan marhalah ini, menyebabkan dakwah yang kita lakukan ini tidak ubah seperti majlis-majlis ilmu yang biasa. Dakwah kita yang sepatutnya penyeruan ke arah pembebasan daripada penghambaan sesama manusia ini, seringkali menjadi sekadar dakwah menyeru ke masjid. Tiada matlamat yang jelas. Tiada amal yang terarah. Tiada penguasaan bahan yang mantap. Tiada penyempurnaan dengan kemahiran bermain dengan hati-hati insani.

"Dakwah kita adalah segalanya", hanya tinggal kata-kata. Kerana akhirnya, kita hanya berusrah selama 1 jam, 2 jam atau 3 jam seminggu, tanpa merasakan ruh usrah dalam diri bermula tamatnya usrah. Kadang-kadang, apabila kita semakin tidak bersedia, kita lebih selesa jika keluar beramai-ramai dan mendirikan 'usrah makan'. Berkumpul di kedai-kedai mamak, borak-borak kosong, dan mendidik anak-anak usrah bercakap yang sia-sia. Kata mereka, "Itu lebih baik daripada tiada apa-apa". Dan kata mereka lagi, "Usrah bukan rigid dalam halaqah-halaqah itu sahaja".

Kataku,

"Benar dan salah".
Benar, usrah itu tidak terbatas dalam halaqah-halaqah perbincangan itu semata-mata. Salah, kerana anda tidak akan berhasil apa-apa jika masih ingin bersenang-senang, bermalas-malasan begitu.

Hendak mengetahui hakikat usrah serta rukunnya? Mari kita bersoal jawab dengan Al-Quran:

Apa yang ingin dibincangkan dalam usrah, ya akhi?

"Sebagaimana Kami telah mengutuskan kepadany seorang rasul, (Muhammad) dari (kalangan) kamu yang membacakan ayat-ayat Kami, menyucikan kamu (Tazkirah: Tazkiyatul Nafs) dan mengajarkan kepadamu Kitab (Al-Quran: Tafsir) dan Hikmah (Sunnah: Sirah dan Hadis), serta mengajarkan apa yangbelum kamu ketahui. (Taujihat dan Musykilah)"

(Al-Baqarah 2: 151)

Selepas usrah, apa yang kita harapkan kita semua rasai?
"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku."

(Al-Baqarah 2: 152)

Takutnya ana, ya akhi. Jika ada masalah dalam usrah, apa yang perlu ana buat?

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan SABAR dan SOLAT. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar."

(Al-Baqarah 2: 153)

Naqib itu Ubiquitous?

Kefahaman akan pentingnya sebuah perjumpaan yang sebegitu, dengan syarat-syarat sah usrah itu, memandu kita untuk lebih berdisiplin dalam membina rijal-rijal. Sama seperti khususnya pembinaan para sahabat rasulullah, bukan bidaah yang direka-reka. Allah sudah menyediakan templatenya, kita hanya sebagai pelaksana.

Kita tahu, bahawa, setiap minggu, usrah sebegitu wajib dilaksanakan. Dan ketahuilah sahabatku, perjumpaan setiap minggu itu akan menentukan komitmen anak-anak usrah pada minggu-minggu seterusnya. Ia akan menjadi penentu keterikatan anak-anak didik dengan saff dakwah ini. Hakikat kefuturan bermula di sini, sekiranya kita hanya mampu membuatkan mereka berfikir tentang islam, semasa halaqah kecil, sementara itu sahaja.

Disinilah letaknya kelemahan usrah-usrah di sekolah, yakni usrah-usrah yang diwajibkan, tanpa mengambil kira bahawa pelajar-pelajar itu merupakan potensi-potensi ummah yang layak membuat keputusan sendiri, kita sewajarnya hanya membimbing, bukan memaksa mereka. Gagalnya usrah kita, jika sang murobbi, hanya bertaut di hati tatkala usrah. Jika sang murobbi lansung tidak diingat mereka ketika dibaca doa rabithah. Kerana, pembinaan usrah tidak diasaskan dengan ukhuwwah islamiyyah yang menyejukkan perasaan. Aku pernah merasai kekeringan itu dahulu, yang mematikan hasratku untuk bertemu lagi dan lagi. Kita tidak sudi, jika perjumpaan kita itu mekar dengan cinta sesama saudara, yang akan melonjakkan semangat yang membara.

Sang Murobbi seharusnya menjadi umpama bakteria yang ubiquitous, berada di mana-mana sahaja. Dengan perasaan atau tanpa perasaan, mereka tidak serik-serik bertemu. Menyelesaikan permasalahan-permasalahan kecil, tindakan orang-orang bijak pandai, sebelum ia besar, lebih besar dari segala kebaikan mereka. Sang Murobbi sentiasa membakar tekad mad'u, agar mereka tidak larut dalam biah jahiliyyah, menjadi sebahagian dari penyumbang kekufuran. Berada bersama, mengingatkan mereka tentang kedamaian bersama islam, sehinggakan mereka merasakan, inilah biah dan suasana yang ingin mereka wujudkan dalam masyarakat mereka. Sudah tentunya semua ini tidak dapat dilaksana, jika taaruf tidak dilaksanakan dengan setelitinya.

Mad'u masih lagi Anonymous bagimu?

Artikel ini di sumbangkan oleh Hussaini yang mana penulis merupakan seorang penggiat dakwah di lapangan. Penulis juga merupakan salah seorang daripada ahli KONSIS Network, JIM dan beberapa institusi dakwah.

"Usrah itu dimulakan dengan Kafarah al-Majlis dan Surah al-Asr. Diakhiri dengan Surah al-Fatihah" - Apa yang di maksudkan penulis ialah bagaimana Usrah yang di sarankan oleh para pakar tarbiyyah di mana Liqo (perjumpaan) merupakan diskusi ilmiah / perkongsian / perbincangan dan Usrah merangkumi aspek praktikal daripada apa yang di pelajari daripada Liqo. Sudut praktikal dan teori adalah sama penting dan selepas Liqo adalah tolak ukur paling penting dalam menentukan keberhasilan tarbiyyah seseorang individu. Jadi bermakna, selepas liqo, bermulalah Usrah yang sebenarnya di alam realiti.

sumber : dakwah.info

Last blogged at Perjalanan hidup menuju Ilahi : The Garden Hotel
Last blogged at Meniti Hari : Peranan suami dalam menjayakan penyusuan susu ibu.

[+/-] Read more...

Islam gemilang melalui pemuda


Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan kita tentang usia.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, "Umur umatku antara 60-70 tahun," (HR Tirmidzi)


Rata-rata usia umat Rasulullah saw ini jika diukur dengan usia umat terdahulu pasti mempunyai perbezaan yang sangat jauh. Bukankah dakwah Nabi Nuh sahaja selama 950 tahun?

Mengenangkan akan pendeknya usia kita, maka pendek pula waktu yang kita ada untuk berbuat sesuatu dan mengukir prestasi di dunia ini.

Peringatan ini disampaikan agar kita lebih berhati-hati dengan waktu yang berlalu tanpa apa-apa hasil karya atau sumbangan kerana tugas kita sebagai muslim sangatlah besar iaitu mengurus bumi ini.

Ertinya, kita dituntut untuk menjadi gemilang dalam usia belia dan tidak membuang waktu dengan percuma. Dari sini kita semakin memahami hikmah besar dari ayat-ayat yang memerintahkan kita untuk memperhatikan waktu dengan sumpah-sumpah Allah.

1. Demi masa
2. Demi waktu dhuha
3. Demi malam yang menyelimuti
4. Demi siang yang menampakkan diri

Kita pun semakin mengerti di antara tanda-tanda orang yang benar-benar beriman ialah ia tidak menyia-nyiakan waktu dalam hidupnya.

Mari kita perhatikan ayat berikut :

"Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna." (QS Al-Mukminun : 3)


Ayat ini terus disampaikan setelah ciri pertama orang yang beriman adalah mereka yang khusyu' dalam solatnya. Bahkan kesedaran dan kemampuan membayar zakat hanya disampaikan setelah ayat ini.

Begitu pentingnya tema menjauhi perkara yang tidak berguna dengan dikedepankan terus setelah solat dan sebelum zakat.

Perkara serupa diulang-ulang dalam ayat yang mengungkap ciri `ibadurrahman (hamba-hamba Allah Yang Rahman) :

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan. " (QS Al-Furqan : 63)


Orang-orang jahil, kebanyakan waktu hidupnya adalah dalam kesia-siaan. Tidak mungkin `ibadurrahman berkumpul dengan orang-orang yang hanya membuang percuma waktu hidupnya. Ayat ini bahkan menjadi ayat pertama yang memberitahu tentang tanda-tanda hamba Allah yang Maha Pengasih.

Dalam hadits-hadits Nabi juga demikian. Tidak sedikit hadits yang mengingatkan agar kita tidak terjebak dalam mensia-siakan usia. Di antara sabda beliau yang singkat tetapi mendalam maknanya adalah :

"Sebaik-baik keislaman seseorang adalah yang meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya." (HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Di zaman yang penuh dengan perhitungan material ini, ada suatu ungkapan yang menggambarkan mahalnya nilai sebuah waktu.

"Time is money", begitulah kata mereka.

Membuang waktu kehidupan dengan sia-sia ertinya membuang wang. Di zaman moden ini manusia mencuba pelbagai usaha untuk melakukan lompatan potensi dan keberkesanan dalam segala perkara agar hasil gemilang diraih dalam waktu yang paling cepat dengan tenaga yang sangat efektif.

Sistem pendidikan formal hari demi hari terus mencuba melakukan keberkesanan itu tetapi sampai hari ini, kita yang mengikuti laluan pendidikan formal dari awal hingga akhir memerlukan waktu 15-16 tahun (SR 6 tahun, SM 5 tahun, Universiti 4-5 tahun).

Jika kita masuk Sekolah Rendah dalam usia 7 tahun, ertinya kita baru keluar dari ruangan kelas dalam umur 23 tahun.

Kebiasaannya, setelah itu baru berfikir untuk berkarya dalam dunia nyata, ada yang berhasil namun tidak sedikit pula yang tidak tahu apa yang mesti dilakukan. Ini belum dikira jika dia memulai sekolah sejak tadika atau masih ditambah dengan sarjana dan Phd selepas ijazah pertama. Begitu panjang masa yang diambil.

Menatap Dalam-Dalam Cermin Generasi Awal

Begitulah keadaan kita hari ini dan kita ada di dalamnya mengikuti arus dan laluannya tanpa `protes' sedikit pun atau tanpa ada langkah nyata yang kita lakukan untuk mengubah status quo yang ada.

Kita mesti sedar dan bangun dari lamunan untuk memperbaiki zaman ini.

a. Bangun dari lamunan bahwa ternyata sistem Islam benar-benar mesti kembali hari ini.

b. Bangun dari lamunan bahwa memang tidak ada pendidik sebenar seperti Rasulullah saw yang menjadi tonggak asas semua keberhasilan sistem yang produktif.

Sejarah Islam akhir zaman yang di mulai dari Nabi Muhammad saw dan generasi sahabat telah membuktikan perkara ini, "Usia singkat dengan segunung prestasi".

Jika dibuat perkiraan, beginilah urutan perjalanan usia di masa itu :

A. 8 – 10 tahun : Hafal Al-Qur'an 30 juz

B. Belasan tahun : Hafal kitab hadits, belajar fiqh, bahasa dan ilmu-ilmu lainnya

C. 20 an tahun : Menjadi orang besar dalam masyarakatnya dengan prestasi yang gemilang


Inilah sistem yang pernah dibuat oleh umat Islam selama memakmurkan bumi ini dengan prestasi-prestasi yang sesungguhnya hasil karya mereka lebih hebat dari karya para ilmuwan barat hari ini.

Berikut adalah sebahagian data para penghafal Al-Qur'an di usia yang muda :

1. Imam Syafi'i (150 H-204H) . Hafal Al-Quran ketika usia 7 tahun.

2. Imam Ath-Thabari ( 224 H – 310 H), ahli tafsir . Hafal Al-Quran usia 7 tahun . Usia 8 tahun menjadi imam solat. Menulis hadits usia 9 tahun.

3. Ibnu Qudamah ( 541 H – 620 H). Hafal Al-Quran usia 10 tahun.

4. Ibnu Sina ( 370 H- 428 H), Hafal Al-Quran umur 5 tahun.

5. Imam Nawawi. Hafal Al-Quran sebelum baligh.

6. Imam Ahmad bin Hanbal . Hafal Al-Quran sejak kecil.

7. Ibnu Khaldun ( 732 H- 808 H). Hafal Al-Quran usia 7 tahun.

8. Imam As-Suyuthi (w: 911 H), hafal Al-Qur'an sebelum umur 8 tahun, umur 15 tahun hafal kitab al-Umdah, Minhaj al-Fiqh wa al-Ushul, Alfiyah Ibn Malik.

9. Umar bin Abdul Aziz, hafal al-Qur'an ketika masih kecil.

10. Ibnu Hajar Al-Atsqalani (w: 852 H) hafal Al-Qur'an ketika berusia 9 tahun.

11. Jamaluddin Al-Mizzi (w: 742 H), hafal al-Qur'an ketika kecil

Amatilah setiap nama di atas nescaya kita akan menemui sebuah fakta yang istimewa bahwa ternyata menghafal Al-Qur'an 30 juz di usia muda itu sudah merupakan satu sistem.

Begitu juga ternyata bahwa para penghafal Al-Qur'an menghafal Al-Qu'ran bukan untuk menjadi ahli agama.

1. Lihatlah Ibnu Sina seorang doktor hebat yang bukunya masih menjadi rujukan di Eropah hingga abad ke 18 Masehi dan diterjemahkan ke beberapa bahasa dunia.

2. Lihatlah Ibnu Khaldun, seorang ahli sosiologi dan ekonomi muslim yang teori-teorinya masih hidup hingga ke hari ini.

3. Lihatlah Umar bin Abdul Aziz, seorang pemimpin tertinggi yang fantastik, hanya dalam 29 bulan mampu membangunkan masyarakat yang adil dan sejahtera.

Ini hanyalah sebahagian dari sistem yang mesti dibangunkan kembali hari ini.

Menghafal Al-Qur'an adalah tangga asas yang mesti dilalui oleh setiap generasi muslim, walau apapun keahlian mereka nantinya dan inilah sebahagian bukti kehebatan sistem Islam melahirkan generasi hebat di usia muda dan belia:

1. 11 tahun : Zaid bin Tsabit berhasil menguasai bahasa asing (Bahasa Yahudi) hanya dalam 17 hari

2. 15 tahun :

a. Abdullah bin Umar ikut dalam jihad pertamanya dalam Perang Uhud setelah sebelumnya dalam Perang Badar ditolak kerana masih berusia 14 tahun.

b. Imam Syafi'i menjadi mufti.

3. 16 tahun : Zaid bin Tsabit ikut jihad pertama kali dalam Perang Khandak setelah ditolak penyertaannya dalam Perang Badar kerana usianya baru 12 tahun

4. 17 tahun :

a. Imam Bukhari mendalami hadits dari para gurunya.

b. Abu Hamid Al-Isfirayini menjadi mufti.

5. 18 Tahun :

a. Usamah bin Zaid menjadi panglima perang melawan salah satu pasukan Romawi dan menang

b.Aisyah menjadi guru besar bagi masyarakat muslim sepeninggalan Rasulullah saw yang berlangsung selama 47 tahun, setelah membuktikan dirinya menjadi pelajar yang hebat pada usia 9-18 tahun.

c. Imam Bukhari mulai menulis.

6. 22 tahun :

a. Zaid bin Tsabit memimpin pasukan pengumpul mushaf Al-Qur'an di masa kekhalifahan Abu Bakar.

b. Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi Sultan Turki Utsmani

7. 23 tahun : Umar bin Abdul Aziz menjadi gabenur Madinah

8. 24 tahun :

a. Fatimah meninggal dan telah melahirkan dan mendidik dua orang yang hebat dalam sejarah Islam iaitu Hasan dan Husain.

b. Sultan Muhammad Al-Fatih menakluki benteng lagenda, Konstantinopel.


Inilah di antara produk sistem Islam yang bermula dari sistem yang telah digagaskan di Madinah secara langsung oleh pendidik yang terbaik sepanjang sejarah iaitu Rasulullah saw.

Dengan paparan-paparan di atas, semoga akan timbul di pemikiran kita akan pertanyaan-pertanya an berikut :

1. Ke manakah kita dan generasi kita pada usia-usia tersebut?

2. Mengapa kita tidak belajar terus dari sistem yang telah dirintis oleh Rasulullah saw di Madinah?

3. Sistem apakah yang dipakai oleh Rasulullah saw sehingga mampu melahirkan generasi Islam yang hebat di usia yang muda?

Ya Allah, sesungguhnya kami memahami dan meyakini bahwa kegemilangan umat ini tidak akan mampu dibangkitkan kembali melainkan kami mengikuti semula cara dan pendekatan yang telah dilakukan oleh generasi awal Islam. Kembalikanlah generasi muda kami, teguhkanlah keimanan mereka dan kurniakanlah segala kekuatan yang diperlukan melalui usaha dan pengorbanan mereka semoga Islam kembali gemilang.

sumber : email

p/s : bila agaknya umat Islam mahu sedar dan bangkit semula mengembalikan kegemilangan Islam?

[+/-] Read more...

Hormati anakmu, nescaya kamu akan dihormati


WAHAI IBUBAPA, HORMATI ANAKMU NESCAYA KAMU DIHORMATINYA

"Treat your child with respect" itu saranan Richard Templer, penulis buku parenting yang popular.

Saya amat selesa dengan saranan tersebut, seorang ibubapa yang bijak perlu mengendalikan dan melayan anak-anak mereka dengan penuh penghormatan. Kelak anak-anak akan mencontohi tatacara yang sama.

Biasanya apabila orang dewasa meminta bantuan seorang dewasa yang lain, mereka akan menggunakan bahasa yang sopan. Itu adalah kerana mereka sedar, yang diminta itu tidak mesti untuk membantu, kita perlukan ihsan mereka untuk membantu. Atas sebab itu, kata-kata sopan digunakan, demi memujuk dan mearih ihsan.

Bukankah elok jika cara yang sama untuk anak-anak kita, cuba kita jangan merasakan si anak sentiasa WAJIB untuk mematuhi arahan kita. Kelak nanti si anak apabila meminta kepada ibubapanya atau orang lain, dirasakan mereka semua wajib menurut arahannya.

Si anak juga kerap meminta ibubapanya, mainan itu dan ini. Namun sedikit yang diperolehi.

Maka si anak akan menghadapi kekeliruan.

"ibubapa minta, semua aku kena buat, aku minta, ibubapa tak buat semua pulak"

Lebih teruk dari itu, arahan dari ibubapa kerap dihamburkan dengan kata-kata perintah tanpa hormat dan pujukan serta ihsan. Contohnya:

"makan tu"

"Habiskan ini!"

"Pergi mandi!"

"Cepat masuk kereta!"

"Gosok gigi!"

"Kenapa sepah sangat ni, cepat bersihkan!"

"Heiii, kenapa buat macam tu!"

Itulah yang kerap dilaungkan oleh ibubapa, memekik melolong setiap pagi dan petang serta malam.

Setiap hari anak akan mendengar lolongan kuat menerjah telinga dan hatinya. Kalimah-kaalimah arahan dan larangan sebegitu sudah terlalu biasa, lali hingga ia menjadi masak dan sebati dek pemikiran dan hatinya.

Pada masa yang sama, kita akan dengar kedapatan ibubapa yang mengeluh kerana anaknya kurang beradab ketika remaja dan dewasa. Sedarkah bahawa si anak sebenarnya telah ‘berjaya'. Ya berjaya dalam mencontohi model yang diterapkan oleh ibubapanya sendiri. Namun kini ibubapa merasa sedih dan tidak selesa. Sedarkah ibubapa bahawa si anak yang dibesarkan sedemikian rupa menyangka itulah cara arahan dan permintaan yang terbaik. Bukankah itu yang ditunjukkan oleh ibubapa mereka?.

Justeru, lebih kasar sang ibubapa terhadap anaknya, akan kasar jualah anak terhadap ibubapanya dan orang lain, khususnya di ketika remaja dan dewasa. Malah lebih mendukacitakan, itulah cara yang akan dibawa ke sekolah, mempengaruhi kawan-kawan dan akhirnya menjadi penjenayah yang merasakan tindakannya ‘ok' atau tidak bersalah. Puncanya dari cara didikan dan layanan ibubapa yang kasar.

Patut kita sedari di awal bulan hijrah 1431 ini, bahwa anak layak mendapat sebuah penghormatan, semudah-mudah penghormatan adalah dengan memilih ayat dan kata-kata yang manis didengari, intonasi yang sedap didengar. Cuba tambah sikit sahaja sebagai contoh

"boleh tolong ibu ambilkan barang itu"

"Adik baikkan, tolong ummi kemaskan meja ini boleh?"

Dan pelbagai lagi bentuk ayat yang serupa dengannya.

Di samping itu, jangan sesekali memungkiri janji,, membohongi anak dan lain-lain kelakuan negaitf. Selain anak akan mengambil contoh, mereka juga akan merasa kurang penting berbanding yang lain.

TUNJUKKAN PERHARGAAN TERHADAPNYA

Juga menjadi kebiasaan ibubapa hari ini. Bangun sahaja anak dari tidur dan terus dia menghala ke dapur.

Ibu yang terlihat anak, ayat pertamanya :

"hah apa lagi tu, dah gosok gigi, pergi basuh muka dan gosok gigi!"

"Lepas tu pergi buat itu ini bla la bla"

"Mak boleh tolong angah buat kerja ini tak" pinta si anak lembut

"Ehhh nanti-nanti!, mak tengah sibuk goreng ayam ini" mungkin itu jawapan si ibu.

Terasa dalam hati si anak, dirinya ibarat tidak berharga, kemunculannya hanya bersedia untuk diarah dan ditengking.

Permintaan tidak banyak erti buat si ibu, ‘gorengan ayam lebih utama dari perminataannya.

Malah ketika pulang dari sekolah juga, ibubapa tidak menyambut tetapi dibiarkan anak begitu sahaja.

Tahap si anak ibarat sebuah perabot buruk dan pekakas rumah sahaja. Wujudnya tidak disedari, hilangnya tidak diendah.

Pastinya, anak akan menyimpan itu sebagai standard kehidupan. Nanti kelak itu jugalah yang diperlakukan di masa hadapan.

Kalau ada perhatian dari ibubapa, mungkin hanya perintah demi perintah, larangan demi larangan sahaja.

Justeru, sudah sampai masa kita mengubahnya, kita berhijrah.

Sedarilah bahawa, tatkala kita sedang melakukan tugasan harian di rumah, mengemas baju, memasak dan sebagainya, tatkala anak muncul, anak punyai priority yang lebih tinggi. Jangan dijadikan alasan, tengah buat kerja, basuh baju, gosok baju, jahit baju dan lainnya, kerana tatkala anak muncul, itulah kerja yang paling besar keutamaannya untuk dipenuhi.

Tunjukkan rasa seronok dan gembira kita selaku ibubapa ketika melihatnya, sewaktu pulang dari sekolah (atau sewaktu kita pulang dari kerja), melihatnya di awal pagi dan berpisah dengannya ketika waktu malam untuk tidur. Ia boleh dilakukan dengan ucapan-ucapan yang baik, atau sedikit pelukan dan sentuhan tanda mereka penting buat kita.

KESIMPULAN

Semoga dengan sedikit peringatan untuk diri ini, kita semua mampu berubah menjadi ibubapa yang berperancangan dan memperbaiki pendidikan anak-anak.

Kerana anak-anak itulah kelak bakal menjadi sama ada Imam besar, Pemimpin Negara, Ulama Besar, atau sebaliknya menjadi perompak terulung, penjenayah bersiri dan pengkorup unggul. Nauzubillah.

Perbaikilah masyarakat kita melalui kesedaran peranan ibubapa. Jenayah hakikatnya bermula dari rumah dan perlu ditangani bermula di rumah juga.

Sekian

sumber : http://www.zaharuddin.net/bahasa-articles/tolong-fikirkan-wahai-ibubapa.html

p/s - ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak. Ubahlah diri sebelum mengubah anak...

[+/-] Read more...

Diri yang manja...

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

-yang cepat mengalah,

-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara`penting' yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh
mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa' hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
"saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih.."
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
"amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya"

[+/-] Read more...