Assalamualaikum..
Seorang ustaz pernah berkata, selagi anta tak kawin dan ada anak saya tak percaya anta boleh terus kuat berdakwah. benar, setelah berkahwin dan mempunyai anak, lebih banyak liku-liku dan ujian yang dihadapi. semakin berubah fasa hidup semakin banyak ujian yang dihadapi.
Semasa belajar, tinggal sendirian
Bekerja, masih bujang
Bekerja, sudah berkahwin
Bekerja, berkahwin, ada anak
Masa tetap 24jam sehari. Semakin meningkat usia, semakin berubah fasa, semakin banyak hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. tarbiyah juga ada fasanya. semakin meningkat usia dalam tarbiyah, semakin berubah fasa tarbiyah, semakin banyak tanggungjawab dan kewajipan yang perlu dilaksanakan. Lalu, berapa ramaikah manusia yang akan tetap teguh menegakkan agama Allah dek kesibukan dunia? Walaupun kefahaman sepatutnya terus meningkat namun ujian juga meningkat.
Benarlah, syurga Allah itu sangat mahal.

- Kain baju basuh seminggu sekali atau dua kali pun cukup
- masak apa yang rasa nak makan, kalau malas beli ataupun tak perlu makan
- rumah kemas seadanya
- siang masih banyak masa, boleh berehat atau membantu di program
- boleh ke program atau usrah bila-bila masa sahaja
- kalau lewat, tidur sahaja di rumah akhwat
Bekerja, masih bujang
- siang berterusan di pejabat, hanya ada malam dan hujung minggu untuk usrah dan program
- hujung minggu - keluarga mengharapkan pulang
- Kain baju basuh seminggu sekali atau dua kali pun cukup
- masak apa yang rasa nak makan, kalau malas beli ataupun tak perlu makan
- rumah kemas seadanya
Bekerja, sudah berkahwin
- pakaian suami perlu digosok
- baju basuh 2 hari sekali, paling tak pun 3 kali sehari
- hujung minggu - 2 keluarga(keluarga sendiri dan keluarga suami) menuntut hak
- masak dan hidang untuk suami
- siang berterusan di pejabat, hanya ada malam dan hujung minggu untuk usrah dan program
- perlu luangkan masa untuk menunaikan hak suami
Bekerja, berkahwin, ada anak
- perlu luangkan masa untuk menunaikan hak anak-anak
- perlu luangkan masa untuk menunaikan hak suami
- baju basuh setiap hari atau 2 hari sekali
- barang keperluan anak-anak perlu diberi perhatian
- bawa anak ke program/usrah - sukar tumpu perhatian
- pakaian suami perlu digosok
- hujung minggu - 2 keluarga(keluarga sendiri dan keluarga suami) menuntut hak - lebih lagi kerana rindu cucu
- menyediakan makanan yang berkhasiat untuk suami dan anak-anak
Masa tetap 24jam sehari. Semakin meningkat usia, semakin berubah fasa, semakin banyak hak dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. tarbiyah juga ada fasanya. semakin meningkat usia dalam tarbiyah, semakin berubah fasa tarbiyah, semakin banyak tanggungjawab dan kewajipan yang perlu dilaksanakan. Lalu, berapa ramaikah manusia yang akan tetap teguh menegakkan agama Allah dek kesibukan dunia? Walaupun kefahaman sepatutnya terus meningkat namun ujian juga meningkat.
Benarlah, syurga Allah itu sangat mahal.
“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]
0 comments:
Post a Comment