Di suatu pertemuan, pernah ku bacakan petikan ini di hadapan sekumpulan duat yang baru sahaja berkembang mekar… dahan amal mereka sudah mula menggapai dan merimbun manusia-manusia lain…
Setiap orang yang menekuni bidang gerakan amal tarbawi islam pasti akan melihat fenomena jatuhnya sebahagian orang dan surutnya sebahagian yang lain dari mereka.
Bukan sahaja dengan lisanku, bahkan aku membacanya dengan getar hatiku. Mereka yang teliti pasti akan merasai aku membacanya dalam kesedihan.
Penuh kesedihan…
Seakan-akan telah hilang sesuatu yang sangat berharga dalam hidupku. Ku cuba menggapainya, namun masih belum mampu sehingga kini.
Akan terus kubacakan petikan ini untuk para duat baru dan lama, agar kita saling memperingati. Jalan ini perlu dilalui dengan keikhlasan yang bermula dari kefahaman. Membuang segala kepentingan diri dan nafsu.
Jalan yang benar sentiasa akan digegar dan digoncang. Pasti ada ujian satu persatu yang mendatang. Di kala diuji, maka akan datanglah syaitan kiri dan kanan. Baik berupa manusia dan jin. Mula fikiran dan jiwa kita berbolak-balik… bahkan ada da’i yang sudah mula mempersoalkan…
“Apakah benar jalan yang ku lalui ini?”
“Wangku sudah habis untuk ini semua. Berbaloikah? Berikan aku rehat”
“Masaku sudah habis untuk ini semua. Bolehkah lapangkan sedikit masaku..”
“Keluargaku…pasangan yang ingin ku kahwini.. sampai bila harus ku tangguh?”
“Pelajaran dia meningkat kerana dia bersosial dengan semua orang, tidak memilih jantina seperti kita!”
Bukan tidakku kasihan melihat da’i yang diuji, dihimpit dengan pelbagai kesusahan…
Jiwaku turut menanggung kesedihan.
Kudratku akan cuba ku sumbangkan untuk menanggung mas’uliyah yang ada.
Doaku pasti tidak melupakan kita yang bekerja siang dan malam.
Dan pasti perkara ini yang selalu dilakukan oleh setiap KITA. Memberi hak-hak ukhwah, walaupun saling tidak mengenali dan tidak pernah bertegur sapa. Tetapi saling memperingati dan mendoakan pagi dan petang.
Bukan kita tidak kasihan dan tidak peduli.
Tetapi ada sesuatu yang perlu kita teliti.
Nabi dan penggerak dakwah terdahulu juga diuji.
Malah lebih hebat dari yang kita lalui.
Medan seruannya begitu meluas dan melangkau segala sempadan.
Namun 23 tahun kenabian, adalah tahun yang cukup gemilang. Sudah mampu mengasaskan daulah. Sudah mampu menjalankan segala sistem islam. Sudah mampu memeranjatkan musyrikin Mekah selepas utusan islam meminta empayar Parsi dan Rom memenuhi tuntutan kita… sesuatu yang sebelum ini difikirkan amat mustahil mampu dibuat oleh bangsa Arab.
Bagaimana pula dengan 23 tahun kita? Masih lemah dan perlahan. Sedangkan kita tidak bermula dari seorang. Jumlah orang islam sudah cukup ramai. Hanya perlu disedarkan dan dibentuk.
Kitakah yang berlebih-lebihan dalam mengejar cita-cita ini? Atau sebenarnya ada antara kita yang gagal menghayati sirah dan sunnatullah dakwah? Terlalu manja, padat dengan alasan dan gagal berkorban.
Nabi juga dihimpit masalah kewangan.. berpuasa dan hanya mampu berbuka dengan segelas air.
Nabi juga punya masalah keluarga… kematian zuriatnya satu persatu. Namun masih teguh dengan kerja-kerja dakwahnya.
Nabi juga mempunyai tugasan yang perlu disiapkan, bertimbun-timbun namun kerja menyampaikan seruan masih priority UTAMA.
Sampai bila kita harus memberi ruang? Sampai bila harus kita menunggu? Menunggu da’i itu selesaikan masalah keluarganya dan pulang semula ke medan. Menunggu da’i itu menyelesaikan masalah kewangannya, kemudian pulang semula ke medan.
Sampai bila kerja-kerja UTAMA ini akan tertangguh disebabkan daya tahan kita yang lemah? 23 tahun yang sepatutnya sudah mampu menggentarkan musuh islam menjadi tertangguh.
Semuanya disebabkan kita yang sering merintih “Berikan aku masa untuk aku selesaikan hal-hal peribadiku!”
Bukan tidak ku kasihan melihat duat yang diuji…
Tapi jiwaku lebih kasihan melihat nasib dakwah yang turut diuji…
Oleh para duat yang mendahulukan masalah peribadi..
sumber : email

Engkau melihat seorang dai yang bergabung dengan para dai lainnya. Pada awal mulanya engkau mengira bahawa ia akan teguh dalam pendiriannya. Akan tetapi di tengah jalan ternyata dia mengecewakan harapanmu, kerana terbentur oleh faktor yang menakutkannya atau tergoda oleh hal-hal yang memperdayainya atau terjerat oleh bisikan hawa nafsu dan kesenangannya. - Ar Raqaiq
Bukan sahaja dengan lisanku, bahkan aku membacanya dengan getar hatiku. Mereka yang teliti pasti akan merasai aku membacanya dalam kesedihan.
Penuh kesedihan…
Seakan-akan telah hilang sesuatu yang sangat berharga dalam hidupku. Ku cuba menggapainya, namun masih belum mampu sehingga kini.
Akan terus kubacakan petikan ini untuk para duat baru dan lama, agar kita saling memperingati. Jalan ini perlu dilalui dengan keikhlasan yang bermula dari kefahaman. Membuang segala kepentingan diri dan nafsu.
Jalan yang benar sentiasa akan digegar dan digoncang. Pasti ada ujian satu persatu yang mendatang. Di kala diuji, maka akan datanglah syaitan kiri dan kanan. Baik berupa manusia dan jin. Mula fikiran dan jiwa kita berbolak-balik… bahkan ada da’i yang sudah mula mempersoalkan…
“Apakah benar jalan yang ku lalui ini?”
“Wangku sudah habis untuk ini semua. Berbaloikah? Berikan aku rehat”
“Masaku sudah habis untuk ini semua. Bolehkah lapangkan sedikit masaku..”
“Keluargaku…pasangan yang ingin ku kahwini.. sampai bila harus ku tangguh?”
“Pelajaran dia meningkat kerana dia bersosial dengan semua orang, tidak memilih jantina seperti kita!”
Bukan tidakku kasihan melihat da’i yang diuji, dihimpit dengan pelbagai kesusahan…
Jiwaku turut menanggung kesedihan.
Kudratku akan cuba ku sumbangkan untuk menanggung mas’uliyah yang ada.
Doaku pasti tidak melupakan kita yang bekerja siang dan malam.
Dan pasti perkara ini yang selalu dilakukan oleh setiap KITA. Memberi hak-hak ukhwah, walaupun saling tidak mengenali dan tidak pernah bertegur sapa. Tetapi saling memperingati dan mendoakan pagi dan petang.
Bukan kita tidak kasihan dan tidak peduli.
Tetapi ada sesuatu yang perlu kita teliti.
Nabi dan penggerak dakwah terdahulu juga diuji.
Malah lebih hebat dari yang kita lalui.
Medan seruannya begitu meluas dan melangkau segala sempadan.
Namun 23 tahun kenabian, adalah tahun yang cukup gemilang. Sudah mampu mengasaskan daulah. Sudah mampu menjalankan segala sistem islam. Sudah mampu memeranjatkan musyrikin Mekah selepas utusan islam meminta empayar Parsi dan Rom memenuhi tuntutan kita… sesuatu yang sebelum ini difikirkan amat mustahil mampu dibuat oleh bangsa Arab.
Bagaimana pula dengan 23 tahun kita? Masih lemah dan perlahan. Sedangkan kita tidak bermula dari seorang. Jumlah orang islam sudah cukup ramai. Hanya perlu disedarkan dan dibentuk.
“Bagi aku masa untuk selesaikan masalah kewangan aku dulu”
“Bagi aku masa untuk selesaikan hal kahwin aku dulu”
“Bagi aku masa untuk baiki balik pelajaranku”
“Bagi aku masa untuk aku selesaikan masalah keluargaku”
“Bagi aku masa untuk aku fokus dengan kerja aku dulu’
“Bagi aku masa untuk selesaikan hal-hal rumah aku”
“Bagi aku masa untuk aku selesaikan hal anak-anak ku”
Kitakah yang berlebih-lebihan dalam mengejar cita-cita ini? Atau sebenarnya ada antara kita yang gagal menghayati sirah dan sunnatullah dakwah? Terlalu manja, padat dengan alasan dan gagal berkorban.
Nabi juga dihimpit masalah kewangan.. berpuasa dan hanya mampu berbuka dengan segelas air.
Nabi juga punya masalah keluarga… kematian zuriatnya satu persatu. Namun masih teguh dengan kerja-kerja dakwahnya.
Nabi juga mempunyai tugasan yang perlu disiapkan, bertimbun-timbun namun kerja menyampaikan seruan masih priority UTAMA.
Sampai bila kita harus memberi ruang? Sampai bila harus kita menunggu? Menunggu da’i itu selesaikan masalah keluarganya dan pulang semula ke medan. Menunggu da’i itu menyelesaikan masalah kewangannya, kemudian pulang semula ke medan.
Sampai bila kerja-kerja UTAMA ini akan tertangguh disebabkan daya tahan kita yang lemah? 23 tahun yang sepatutnya sudah mampu menggentarkan musuh islam menjadi tertangguh.
Semuanya disebabkan kita yang sering merintih “Berikan aku masa untuk aku selesaikan hal-hal peribadiku!”
Bukan tidak ku kasihan melihat duat yang diuji…
Tapi jiwaku lebih kasihan melihat nasib dakwah yang turut diuji…
Oleh para duat yang mendahulukan masalah peribadi..
Maka biarkanlah mereka tenggelam (dalam kebatilan) dan bermain-main sampai mereka menjumpai hari yang diancamkan kepada mereka - Surah Al Ma’arij, ayat 42
sumber : email
0 comments:
Post a Comment