Kita yang memilihnya

Kita sering mengimpikan menuju ke satu arah/tempat yang sangat best, yang memang dicita-citakan oleh setiap orang. Ada setengah orang yang tidak jumpa jalan ke arah itu. Ada juga orang yang tidak tahu untuk ke situ. Ada juga orang yang masih terpinga-pinga tidak tahu mahu ke mana. Tapi...Ada orang yang sudah tahu arah tujuan dan kadang-kala jalan menuju ke arah itu sudah terbentang luas di depan mata. Kadang-kala kita sudah tahu bagaimana untuk menuju ke situ. Tapi.... Kenapa masih ada tapi?

Kerana belum benar-benar yakin tempat itu hebat seperti yang diperkata? Kerana tak yakin wujudnya tempat yang diimpikan? Kerana takut untuk cuba melalui jalan itu? Kerana....

'Bukan tak nak tapi...' 'Memang nak sangat tapi...'. Kenapa kata-kata selepas tapi itu lebih banyak dari sebelumnya? Kenapa masih banyak alasan2 untuk menyedapkan hati sendiri. Kenapa mengharapkan orang menunjuk arah sedangkan kita tidak mahu mengikutinya? Kenapa kita terus berharap orang memberi semangat untuk melalui jalan itu sedangkan kita tidak cuba pun untuk mengikutinya. kata-kata itu hanya dibiarkan bagai angin lalu. Tidak cuba berusaha mengikuti sedangkan perjalanan harus diteruskan dan akhirnya kita berpatah balik atau keluar mengikut jalan yang lain. Mengharap orang lain memimpin jalan tapi bila dipimpin cuba melepaskan tangan.

Tak perlu menipu diri sendiri. Kita berhak memilihnya. Malah kita diberi pilihan untuk membuat pilihan. Tak perlu menyalahkan takdir. Tak perlu menyalahkan keadaan. Tak perlu menyalahkan orang sekeliling. Sedang kita diberikan jalan yang terbentang luas. Terpulang pada kita untuk memilihnya atau tidak. Terpulang pada kita untuk berusaha memilihnya atau tidak.

1 comments:

Daffodil said...

SALAM akak dear
great post
pedas tapi hikmah
same2 muhasabah diri
:)