Showing posts with label analogi. Show all posts
Showing posts with label analogi. Show all posts

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan. hari ni nak share tentang apa yang dengar di radio pagi tadi dan pagi semalam. saya compilekan sekali.

Bermula dengan sebuah analogi. Analogi 1
Seorang bapa pulang dari kerja dan kepenatan, dia meminta anaknya segelas air.
Anak 1 : Bawa air letak depan ayah dan kata "ayah ni asyik-asyik kak long je kena buat takde orang lain ke?"
Anak 2 : Bawa air dan membisik "ayah, segelas air ni 50sen ye."
Anak 3 : Bawa air dan terus menghilang.
Anak 4 : Bukan sahaja bawa tetapi juga sedikit kuih-muih dan dibentangkan dengan cantik dan menarik.

Ciri anak-anak ini:
Anak 1 : Buat atas dasar perintah semata-mata.
Anak 2 : Buat kerana mahukan balasan dan setiap perbuatan berbeza balasan.
Anak 3 : Buat kerana takut.
Anak 4 : Buat kerana sayang dan cinta.

Dalam keempat-empat anak ini, sekiranya suatu hari ayahnya hendak ke luar negara dan anak memesan sebuah beg, apa agaknya yang di ayah akan fikir?
Anak 1 : Ayah minta tolong sikit pun asyik complain, nantilah kalau ayah ingat ayah beli.
Anak 2 : (Tak abis-abis asyik nak pau duit aku) Tengoklah kalau ayah ada duit lebih.
Anak 3 : InsyaAllah
Anak 4 : tak perlu diminta si ayah tentu terfikir-fikir apa hadiah yang sesuai untuk diberikan pada si anak.

Aplikasikan pula dengan hubungan kita dengan Allah. Yang mana satukah kita dalam beribadah, adakah anak 1, 2, 3 atau 4. seringkali kita terdengar manusia mengeluh, Allah bersikap kejam(naudzubillah) kerana tidak menunaikan permintaan kita tetapi adakah kita telah cuba sedaya-upaya memenuhi permintaan Yang Maha Esa? Adakah kita telah mengikhlaskan diri kita sebaik mungkin? Adakah kita telah cuba melakukan ibadah-ibadah sunat sebanyaknya sebagai tambahan amal?

Analogi 2
Seorang lelaki gembira dapat menjadi askar prebet setelah lulus permohonan. selepas 2 tahun adakah lelaki itu akan terus gembira dan bersemangat menjadi prebet? tentu tidak. lelaki itu tentu mahu memajukan diri untuk dapat calit 1 pula. dengar je ada ujian kenaikan pangkat terus dipohon. dia berusaha keras menjalani segala latihan dan ujian dan akhirnya dapat calit 1. setelah beberapa tahun adakah dia masih seronok dengan calit 1. tentunya dia akan berusaha pula untuk mendapat calit 2 dan seterusnya.

begitulah kita dalam kehidupan sentiasa mengejar ranking dunia. Bukan sahaja dalam bidang kerja tetapi juga pelajaran. dari UPSR, PMR, SPM dan seterusnya. takkan asyik nak ulang tingkatan 3 sampai beberapa tahun kan.

Bagaimana pula dengan ranking kita di sisi Allah? Sekiranya dulu kita solat hanya sekadar solat, adakah selepas 20 tahun kita masih begitu? tidak mahukah ditambah dengan solat sunat, solat dengan khusyuk dan sebagainya? Adakah selamanya kita mahu menjadi seorang Islam 'biasa' yang hanya melaksanakan 5 rukun Islam sedangkan banyak lagi perkara yang Allah suruh yang perlu turut diberi perhatian sepenuhnya?

[+/-] Read more...

Air Batu dan Umur Kita

Ada sebuah kisah berbentuk perbualan yang menarik untuk kita renungi. Ia merupakan titipan nasihat dari seorang tua yang bijaksana kepada seorang muridnya yang menunjukkan sekeping gambar air batu.

Air batu yang sering membantu menghilang dahaga kala terik mentari menyengat di atas kepala. Terbayang dingin air yang mengalir dari bekas kaca, masuk ke mulut lantas sampai ke rongga tekak yang kering dek dahaga. Amat melegakan.

“Air batu ini jika dicampur dengan sirap, tentu akan menambah kesegaran sirap yang kita minum,” kata si tua yang bijaksana.

“Jika ditambah ke dalam air kelapa muda, tentu ia juga menambah kesegaran air kelapa muda kita. Pun, jika air batu ini ditambahkan ke dalam teh manis, atau dicampur dengan buah-buahan, ia pasti menambah ‘rasa’ yang nyaman. Walaupun, air batu itu akhirnya cair, namun ia telah melaksanakan fungsinya untuk menambah rasa dingin pada minuman. Ertinya air batu ini bermanfaat kepada manusia,”tambahnya lagi.

“Lalu, seandainya kita membiarkan air batu tersebut seperti dalam gambar ini, apakah air batu akan tetap seperti ini, atau akan mencair?” tanya si tua yang bijaksana cuba memancing.

“Tentulah air batu ini akan mencair,” ringkas jawapan si anak murid.

“Apakah pencairan air batu seperti ini sama manfaatnya jika dibandingkan dengan ketika kita mencairkannya ke dalam minuman?” soal si tua yang bijaksana lagi.

“Tidak. Kalau air batu ini kita campur dengan minuman dan kemudian mencair di dalamnya, ia akan menambah kesegaran pada minuman. Akan tetapi, jika ia dibiarkan mencair seperti ini, ia tidak menambah apa pun, selain hanya akan habis dalam jangka waktu yang tertentu,” balas si anak murid penuh yakin.

Si tua yang bijaksana menganggukkan kepala.

“Sekarang mari kita lihat ke dalam diri kita. Allah SWT mengurniakan kita umur dalam tempoh tertentu agar kita menjalani kewajipan selaku hamba-Nya, dan umur yang diberikan Allah adalah seumpama air batu ini.

Setiap saat ia akan mencair. Setiap detik, ia semakin berkurang. Setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, bulan dan tahun yang kita lalui. Hakikatnya, ia mengurangi jangka hidup kita di dunia ini, persis umpama lelehan air batu ini,” kata si tua yang bijaksana.

Si anak murid baru tersedar dari ungkapan terakhir gurunya, bahawa umur manusia akan berkurang setiap waktu dan ketika. Pantas dia meneliti kembali kepada gambar air batu yang diambilnya tadi.

“Justeru, kalau kita menggunakan umur kita untuk beribadah kepada Allah, tentu kita akan mendapatkan pahala di sisi-Nya. Begitu juga, kalau kita memanfaatkan umur kita untuk menuntut ilmu, InsyaAllah ilmu dan pengetahuan kita akan bertambah. Pun ketika kita menggunakan waktu kita untuk hal-hal yang bermanfaat, maka umur kita akan memberikan manfaat bagi kita, sebelum akhirnya jangka hayat umur kita itu sampai ke penghujung.

“Sebaliknya, andai kita hanya tidur seharian, hal itu sama sekali tidak akan menambah tempoh umur kita, bahkan ia tetap akan berkurang. Atau andai kita menggunakan umur sekadar untuk berfoya-foya, untuk bermalas-malasan, umur kita tetap akan berakhir sebagaimana mencairnya air batu ini. Ia tidak memberi manfaat apa pun kecuali kerugian,” tambah si tua yang bijaksana.

“Ya, benar. Air batu ini kalau dibiarkan cair sia-sia, lebih baik ia diguna kerana terasa nikmatnya. Demikian juga umur manusia. Andai dipakai untuk ibadah ia akan berkurang, tapi beroleh pahala, sementara jika diguna untuk melakukan maksiat dan kejahatan, pun ia akan habis juga, tetapi hanya menambah dosa,” celah si anak murid, mulai memahami apa yang dimaksudkan oleh gurunya.

sumber : Ummu Husna

[+/-] Read more...

Sudah berimankah?

Iman bukanlah kata-kata yang diucapkan atau semboyan yang dipertahankan tetapi ia adalah suatu hakikat yang meresap ke dalam akal, menggugah perasaan dan menggerakkan kemahuan, apa yang diyakini dalam hati dibuktikan kebenarannya dengan amal perbuatan.

Iman bukanlah semata-mata pengetahuan seperti pengetahuan para ahli falsafah, bukan pula semata-mata perasaan jiwa yang menerawang seperti perasaan orang sufi dan bukan pula semata-mata ketekunan beribadat seperti ketekunan oragn-orang zahid. Tetapi iman adalah kesatuan dari semua ini, tidak menyimpang dari kebenaran, tidak lalai dan tidak pula berlebih-lebihan disertai kreativiti menyebarkan kebenaran dan kebaikan demi membimbing manusia ke jalan yang benar.

Hati adalah satu-satunya pegangan yang dapat ditunjukkan oleh seorang hamba kepada Tuhannya pada hari kiamat sebagai sarana bagi keselamatannya. Tanpa hati yang dilimpahi iman dan disinari keyakinan ini manusia adalah mayat meskipun menurut statistik ia masih hidup.

Pada hari harta dan anak-anak tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih. (Surah As-Syu'ara:88-89)


Hati seorang mukmin menganggap mudah segala kesulitan, memandang manis apa yang pahit, menganggap ringan segala penderitaan, kesukaran dan kesulitan bahkan semuanya itu enak rasanya selama ia tetap berjuang kerana Allah dan untuk meninggikan agama, ibarat seorang yang mabuk cinta merasa lazat semua kesulitan perjalanan sampai ia lupa akan haus dan lapar, kerana tujuannya adalah bertemu kekasihnya.
------
Sudah cukup berimankah kita? adakah iman kita sekadar di bibir saja? adakah iman kita sekadar menghafal rukun iman sahaja? jika pokok iman yang ditanam, mana buahnya? mana hasilnya? Adakah iman kita sekadar beriman(percaya) tapi tak menurut? kalau kita percayakan seorang doktor, adakah cukup sekadar kita percaya bagus makan ubat ni, tapi kita tak makan pun. sudah benar2 percayakah itu namanya?



Ada yang mengatakan, walaupun aku tak solat tapi aku beriman, tapi aku baik. Tapi ada pula yang kata orang tu solat tapi berbuat zina lebih baik aku yang tak solat tapi tak berzina. tentu ada sesuatu bahan tambahan atau bahan yang tidak cukup semasa input atau semasa input itu diproses. input yang tidak cukup akan menghasilkan output yang tidak sempurna. begitu juga dengan proses yang tidak sempurna.

kek yang tidak dibakar pada suhu yang betul dan masa yang betul akan menghasilkan kek yang mentah atau hangus. begitu pula kek yang tidak cukup telur, tepung atau lain-lain bahannya akan menghasilkan kek yang tidak sempurna. dan bila ditayangkan atau diberi pada orang, orang akan membencinya, orang akan pandang pelik. malah mungkin tak mahu langsung cuba merasa. walaupun dipromosikan oleh orang yang hebat. ditambah pula dengan orang yang menyebar2kan bahawa kek itu tak sedap. itulah yang terjadi pada islam kita. hanya kerana orang2 yang menghasilkan output sonsang, terus orang memandang pelik pada agama ini.

bila anda percaya pada bomoh, adakah anda akan cuba ikuti arahannya? bila anda percaya pada horoskop adakah anda akan cuba berhati-hati dan mengikut nasihat yang diberikan? tapi bila anda kata anda beriman (percaya) kepada Allah, anda tidak mahu ikut perintahnya dan anda tak mahu jauhi larangannya. sebaliknya anda sekadar membaca perintah dan larangannya berulang-ulang kali tanpa memahaminya. kadang-kala disertai dengan lagu pula.

seperti seorang khadam yang diperintah oleh tuannya untuk ambil air. khadam itu sekadar berulang-kali menyebut "ambilkan tuan air. ambilkan tuan air." tapi dirinya tetap terpacak di situ. bukankah itu yang kita buat pada Tuan yang memiliki diri kita? sekadar mengulang-ulang baca Al-Quran tanpa memahami dan mematuhi arahan yang diberikan.

muhasabah diri....
sejauh mana diri ini beriman kepadaMu, Ya Allah.
Janganlah Kau tarik nikmat iman ini dari hati ini.

[+/-] Read more...

hard to let go...

The cheerful girl with bouncy golden curls was almost five Waiting with her mother at the checkout stand, she saw them: a circle of glistening white pearls in a pink foil box.

"Oh please, Mommy. Can I have them? Please, Mommy, please?"

Quickly the mother checked the back of the little foil box and then looked back into the pleading blue eyes of her little girl's upturned face .

"One rand ninety-five. That's almost $2.00. If you really want them, I'll think of some extra chores for you and in no time you can save enough money to buy them for yourself. Your birthday's only a week away and you might get some money from Grandma."

As soon as Aysha got home, she emptied her penny bank and counted out 17 cents. After dinner, she did more than her share of chores and she went to the neighbor and asked Mrs. Kamaa if she could pick Dandelions for ten cents.

On her birthday, Grandma did give her another rand and at last she had enough money to buy the necklace.

Aysha loved her pearls. They made her feel dressed up and grown up. She wore them everywhere - Madrassa, kindergarten, even to bed.

The only time she took them off was when she went swimming or had a bubble bath. Mother said if they got wet, they might turn her neck green.

Aysha had a very loving daddy and every night when she was ready for bed, he would stop whatever he was doing and come upstairs to read her a story.

One night when he finished the story, he asked Aysha, "Do you love me?"

"Oh yes, Daddy. You know that I love you."

"Then give me your pearls."

"Oh, Daddy, not my pearls. But you can have Princess - the white Horse from my collection. The one with the pink tail. Remember, Daddy? The one you gave me. She's my favourite."

"That's okay, Honey. Daddy loves you. And he brushed her cheek with a kiss.

About a week later, after the story time, Aysha's daddy asked again, "Do you love me?"

"Daddy, you know I love you."

"Then give me your pearls."

"Oh Daddy, not my pearls. But you can have my baby doll. The brand new one I got for my birthday. She is so beautiful and you can have the yellow blanket that matches her sleeper."

"That's okay. Sleep well little one. Daddy loves you"

And as always, he brushed her cheek with a gentle kiss.

A few nights later when her daddy came in, Aysha was sitting on her bed with her legs crossed Indian-style. As he came close, he noticed her chin was trembling and one silent tear rolled down her cheek.

"What is it, Aysha? What's the matter?" Aysha didn't say anything but lifted her little hand up to her daddy. And when she opened it, there was her little pearl necklace. With a little quiver, she finally said,

"Here, Daddy. It's for you."

With tears gathering in his own eyes, Aysha's kind daddy reached out with one hand to take the cheap store necklace, and with the other hand he reached into his pocket and pulled out a blue velvet case with a strand of genuine pearls and gave them to Aysha.

He had them all the time. He was just waiting for her to give up the cheap store stuff so he could give her the genuine treasure.

So as it is with Allah. Allah is waiting for us to give up the cheap things in our lives so that Allah can give us beautiful treasures.

Are you holding onto things which Allah wants you to let go of?

Are you holding on to harmful or unnecessary partners, relationships, habits and activities which you have come so attached to that it seems impossible to let go of?

Sometimes it is so hard to see what is in the other hand, but do believe this one thing....... ......... ..

Allah will never take away something without giving you something better to take its place.

The greatest gifts happens when you share love and touch others hearts!

p/s - kisah yang sangat menarik. kadang-kadang kita menangis bila sesuatu ditarik balik tanpa sedar kita bakal diberi dengan sesuatu yang lebih baik. kita marah dan kesal dengan perjalanan hidup kita, sedangkan itulah yang terbaik buat kita.

[+/-] Read more...

Pakaian

Pagi tadi ceramah az-zikra ada bercerita tentang pakaian. kata ustaz, suami wajib menyediakan pakaian yang menutup aurat bagi isterinya. suami juga perlu bertanggungjawab memerhatikan pakaian isteri dan anak-anak supaya mengikut landasan syarak.

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Ahzab:59)


Sudah lama mencari ayat yang berkenaan pakaian, alhamdulillah dapat jumpa pagi tadi. ayat di atas bukan sahaja untuk isteri-isteri nabi tapi juga untuk orang-orang mukmin bagi membezakan yang mana orang mukmin dan yang mana bukan. tapi dunia hari ini sudah tidak dapat membezakan yang mana islam, yang mana bukan islam kerana cara pakaiannya sama saja. ayat di atas menerangkan dilabuhkan jilbab ke seluruh tubuh. mengikut jumhur ulama, jilbab adalah pakaian yang menutupi seluruh badan dari kepala ke kaki kecuali muka dan tapak tangan selagi ia tidak mendatangkan fitnah. kalau mendatangkan fitnah wajib juga menutup muka atau tangan.

inilah agaknya yang orang kurang faham. ada yang beranggapan jilbab itu tudung, dan ada juga yang beranggapan jilbab itu jubah. dinyatakan juga supaya mudah dikenali, iaitu membezakan perempuan beriman dan tidak. dan supaya mereka tidak diganggu.

pernah terdengar di suatu ceramah ada kalangan perempuan yang tidak memakai tudung dengan nada tidak puas hati bertanya, kalau melihat keadaan sekarang ni ramai je perempuan2 yang bertudung dan berpakaian sopan dirogol dan sebagainya. jawapan yang diberi oleh ustaz tu adalah dengan sebuah analogi.

ada seekor kucing sedang berjalan-jalan. tiba-tiba dia terbau ikan yang sangat sedap. dan bila pegi tengok, ohh..geramnya melihat ikan yang sangat menarik dan terbuka luas, tidak ditutup. tapi bila cuba ambil kena halau. ditepis dan dimarah. akhirnya kucing itu berlalu pegi sambil menahan rasa. selepas itu setiap kali nampak ikan dia akan terasa seperti mahu menerkam tapi akan memerhatikan keadaan sekeliling. akhirnya bila ikan itu terbau dan ternampak ikan di bawah tudung saji yang ditutup rapi tapi sendirian dia pun terus mengambil peluang dan menerkam sepuasnya.

sila applykan sendiri. masih tidak faham? tak kesian ke kita pada sahabat2 kita? ada orang kata isu aurat adalah isu personal. tak perlu nak sibuk2. sebab kita tak ganggu orang lain. benarkah? logikkah? fikirlah kembali. malah fikirlah beribu kali lagi sebelum mengatakan dirimu ada hak untuk berpakaian sesuka hatimu.

dunia yang semakin rosak ini... tiada perasaankah kita bila membaca berita bayi 2 tahun dirogol dan dibunuh? seteruk itukah sifat kemanusiaan kita? bagaimana kalau bayi itu anak kita, adik kita atau anak buah kita? masihkah mahu menyalahkan orang yang merogol semata-mata? atau menyalahkan masyarakat yang tidak membantu sahaja? perhatikanlah diri sebelum melihat yang lain.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.




[+/-] Read more...

Kita yang memilihnya

Kita sering mengimpikan menuju ke satu arah/tempat yang sangat best, yang memang dicita-citakan oleh setiap orang. Ada setengah orang yang tidak jumpa jalan ke arah itu. Ada juga orang yang tidak tahu untuk ke situ. Ada juga orang yang masih terpinga-pinga tidak tahu mahu ke mana. Tapi...Ada orang yang sudah tahu arah tujuan dan kadang-kala jalan menuju ke arah itu sudah terbentang luas di depan mata. Kadang-kala kita sudah tahu bagaimana untuk menuju ke situ. Tapi.... Kenapa masih ada tapi?

Kerana belum benar-benar yakin tempat itu hebat seperti yang diperkata? Kerana tak yakin wujudnya tempat yang diimpikan? Kerana takut untuk cuba melalui jalan itu? Kerana....

'Bukan tak nak tapi...' 'Memang nak sangat tapi...'. Kenapa kata-kata selepas tapi itu lebih banyak dari sebelumnya? Kenapa masih banyak alasan2 untuk menyedapkan hati sendiri. Kenapa mengharapkan orang menunjuk arah sedangkan kita tidak mahu mengikutinya? Kenapa kita terus berharap orang memberi semangat untuk melalui jalan itu sedangkan kita tidak cuba pun untuk mengikutinya. kata-kata itu hanya dibiarkan bagai angin lalu. Tidak cuba berusaha mengikuti sedangkan perjalanan harus diteruskan dan akhirnya kita berpatah balik atau keluar mengikut jalan yang lain. Mengharap orang lain memimpin jalan tapi bila dipimpin cuba melepaskan tangan.

Tak perlu menipu diri sendiri. Kita berhak memilihnya. Malah kita diberi pilihan untuk membuat pilihan. Tak perlu menyalahkan takdir. Tak perlu menyalahkan keadaan. Tak perlu menyalahkan orang sekeliling. Sedang kita diberikan jalan yang terbentang luas. Terpulang pada kita untuk memilihnya atau tidak. Terpulang pada kita untuk berusaha memilihnya atau tidak.

[+/-] Read more...

graf iman..



Masih berkisar tentang iman dan futur. Ada apa dengan garf di atas? Jiwa orang-orang yang beriman sebenarnya akan sedar bila dia mengalami penyakit futur ini dan sampai ke tahap mana penyakit ini telah menular.

Dari kita mula faham dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi dan apa tujuan kita ada di sini, semangat kita kan mula meningkat naik dengan tingginya. sampai ke satu tahap kita mula lemah. Tapi AWAS! jangan kelemahan itu jatuh menjunam juga. Usahalah mencari ubatnya. Ada masa ia kan naik semula, mungkin sedikit perlahan dari sebelumnya.

Dan begitulah iman kita. Akan sentiasa naik dan turun. Awasilah dia. Penyakit futur ini memang akan menimpa manusia kerana kita bukan malaikat yang sentiasa mengikut perintah, tiada nafsu. Jangan sampai lemahnya kita kali kedua lebih teruk dari yang lemah kita yang sebelumnya dan pastikan naiknya kita melebihi naik yang sebelumnya.

Garisan merah dalam graf adalah yang sangat perlu diawasi. bila iman dibiarkan statik, tidak meningkat, satu masa ia kan turun. dan mungkin lebih teruk dari yang sebelumnya sedikit demi sedikit. Dan jangan sampai futurnya kita mencecah tahap kita di kala belum faham. AWASILAH! AWASILAH! AWASILAH!

p/s - graf itu hanya sebagai contoh. agak ekstrim naik dan turunnya.

[+/-] Read more...