Sudah berimankah?

Iman bukanlah kata-kata yang diucapkan atau semboyan yang dipertahankan tetapi ia adalah suatu hakikat yang meresap ke dalam akal, menggugah perasaan dan menggerakkan kemahuan, apa yang diyakini dalam hati dibuktikan kebenarannya dengan amal perbuatan.

Iman bukanlah semata-mata pengetahuan seperti pengetahuan para ahli falsafah, bukan pula semata-mata perasaan jiwa yang menerawang seperti perasaan orang sufi dan bukan pula semata-mata ketekunan beribadat seperti ketekunan oragn-orang zahid. Tetapi iman adalah kesatuan dari semua ini, tidak menyimpang dari kebenaran, tidak lalai dan tidak pula berlebih-lebihan disertai kreativiti menyebarkan kebenaran dan kebaikan demi membimbing manusia ke jalan yang benar.

Hati adalah satu-satunya pegangan yang dapat ditunjukkan oleh seorang hamba kepada Tuhannya pada hari kiamat sebagai sarana bagi keselamatannya. Tanpa hati yang dilimpahi iman dan disinari keyakinan ini manusia adalah mayat meskipun menurut statistik ia masih hidup.

Pada hari harta dan anak-anak tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih. (Surah As-Syu'ara:88-89)


Hati seorang mukmin menganggap mudah segala kesulitan, memandang manis apa yang pahit, menganggap ringan segala penderitaan, kesukaran dan kesulitan bahkan semuanya itu enak rasanya selama ia tetap berjuang kerana Allah dan untuk meninggikan agama, ibarat seorang yang mabuk cinta merasa lazat semua kesulitan perjalanan sampai ia lupa akan haus dan lapar, kerana tujuannya adalah bertemu kekasihnya.
------
Sudah cukup berimankah kita? adakah iman kita sekadar di bibir saja? adakah iman kita sekadar menghafal rukun iman sahaja? jika pokok iman yang ditanam, mana buahnya? mana hasilnya? Adakah iman kita sekadar beriman(percaya) tapi tak menurut? kalau kita percayakan seorang doktor, adakah cukup sekadar kita percaya bagus makan ubat ni, tapi kita tak makan pun. sudah benar2 percayakah itu namanya?



Ada yang mengatakan, walaupun aku tak solat tapi aku beriman, tapi aku baik. Tapi ada pula yang kata orang tu solat tapi berbuat zina lebih baik aku yang tak solat tapi tak berzina. tentu ada sesuatu bahan tambahan atau bahan yang tidak cukup semasa input atau semasa input itu diproses. input yang tidak cukup akan menghasilkan output yang tidak sempurna. begitu juga dengan proses yang tidak sempurna.

kek yang tidak dibakar pada suhu yang betul dan masa yang betul akan menghasilkan kek yang mentah atau hangus. begitu pula kek yang tidak cukup telur, tepung atau lain-lain bahannya akan menghasilkan kek yang tidak sempurna. dan bila ditayangkan atau diberi pada orang, orang akan membencinya, orang akan pandang pelik. malah mungkin tak mahu langsung cuba merasa. walaupun dipromosikan oleh orang yang hebat. ditambah pula dengan orang yang menyebar2kan bahawa kek itu tak sedap. itulah yang terjadi pada islam kita. hanya kerana orang2 yang menghasilkan output sonsang, terus orang memandang pelik pada agama ini.

bila anda percaya pada bomoh, adakah anda akan cuba ikuti arahannya? bila anda percaya pada horoskop adakah anda akan cuba berhati-hati dan mengikut nasihat yang diberikan? tapi bila anda kata anda beriman (percaya) kepada Allah, anda tidak mahu ikut perintahnya dan anda tak mahu jauhi larangannya. sebaliknya anda sekadar membaca perintah dan larangannya berulang-ulang kali tanpa memahaminya. kadang-kala disertai dengan lagu pula.

seperti seorang khadam yang diperintah oleh tuannya untuk ambil air. khadam itu sekadar berulang-kali menyebut "ambilkan tuan air. ambilkan tuan air." tapi dirinya tetap terpacak di situ. bukankah itu yang kita buat pada Tuan yang memiliki diri kita? sekadar mengulang-ulang baca Al-Quran tanpa memahami dan mematuhi arahan yang diberikan.

muhasabah diri....
sejauh mana diri ini beriman kepadaMu, Ya Allah.
Janganlah Kau tarik nikmat iman ini dari hati ini.

0 comments: