24 jam

Sehari ada 24 jam
sebanyak mana kita mengingati Allah?
Di masa solat? benarkah?
Atau kita masih mengingati dunia semasa bertemu Allah...

Sehari ada 24 jam
sebanyak mana kita berdoa kepada Allah?
Selepas solatkah? Benarkah?
Atau kita sekadar membaca doa yang telah dihafal sekian lama...

Sehari ada 24 jam
sebanyak mana kita mengadu kepada Yang Esa?
Selepas solatkah?
atau kita lebih suka mengadu pada sahabat dan teman...

Sehari ada 24 jam
sebanyak mana kita melakukan amar ma'ruf nahi munkar?
Sebanyak mana kita mengajak manusia ke arah kebaikan
atau melarang manusia melakukan kemunkaran?
Cukupkah sekadar di dalam hati?
Atau hati sudah tidak nampak yang munkar itu munkar...
hilang di sebalik suasana yang kian kelam

Sehari ada 24 jam
sebanyak mana kita mengikhlaskan diri?
Semasa bekerjakah?
ataukah ia disusuli dengan ngomelan dan rungutan...

Sehari ada 24 jam
Di manakah kita?
Apakah yang telah kita lakukan?
Apakah yang ada dalam hati kita?
Adakah kita telah mensia-siakan masa yang diberikan?
LAYAKkah kita mensia-siakan apa yang telah diberikan?

- peringatan jua buat yang memberi peringatan...

1 comments:

Mommy Harith Hannah said...

Salam,

Owh, nie blog Hanis ya.
Keep up, sis. Really like the 'ilmu' in here. :)