Kadang-kadang apabila kita berkecimpung dalam urusan dakwah, kita merasakan terpanggil untuk bukan sahaja membetulkan diri sendiri, bahkan membetulkan kesilapan rakan yang kita rasakan mampu diubah. Semangat ini bukanlah satu perkara yang salah, bahkan dengan semangatlah kita mampu terus kekal gigih dalam usaha menyebarkan ajaran Islam ke seluruh alam. Namun jangan kita lalai dan leka, kerana syaitan itu jarumnya sangatlah tajam dan halus sehinggakan kadangkala tanpa kita sedari, jarumnya telah menusuk dalam ke mata hati kira menjadikan kita buta dan kabur dengan pesanan Allah s.w.t.
Kita bukan ditugaskan memastikan orang lain beriman kepada Allah.
Tugas yang diamanahkan oleh Allah dan disampaikan oleh Rasulullah kepada kita, ialah mengajak dan menyeru umat manusia di seluruh alam untuk mengakui bahawa Allah itu satu, tidak ada Tuhan melainkan-Nya, dan bahawa nabi Muhammad s.a.w itu merupakan rasul yang diutuskan oleh Allah. Tidak kiralah siapa kita ini, orang kenamaan ataupun orang biasa, anak orang kaya ataupun sederhana sahaja, punya nama ataupun tidak dikenali, pandai belajar atau masih merangkak-rangkak, petah bertutur atau malu tersipu sepanjang masa - semuanya punya tugas yang sama dalam mengajak manusia kepada Allah. Bezanya mungkin pada metodologi. Bezanya mungkin pada kreativiti.
Ada yang jadi orang kenamaan politik: kenalkan Islam melalui kempen-kempen mu.
Ada yang pandai dalam pelajaran: kenalkan Islam melalui adabmu ketika belajar, melalui kepandaianmu mengaitkan sains dan sastera dengan kehebatan Allah
Ada yang belajar masih merangkak: kenalkan Islam melalui kerajinanmu belajar sehingga berjaya, tidak pernah berputus asa. Itu semua ajaran Islam!
Ada yang jadi orang kenamaan: kenalkan Islam melalui adabmu dalam melayan tetamu. Pasti ramai yang suka bertandang ke rumah.
Ada yang jadi kaya raya: Apa guna harta berjuta kalau tidak pandai disedekahkan kepada yang perlu. Tidak kan papa hanya kerana itu.
Ada yang miskin menderita: kenalkan Islam melalui usaha gigih seorang Muslim. Bukannya tak ada sahabat Rasulullah yang miskin. Teladani contoh melalui seerah.
Ada yang petah bertutur: kau pun tahu anugerah kepetahan itu bukan untuk disia-siakan, bukan?
Ada yang gugup tiap kali berdepan orang ramai: tajamkan mata penamu! Pantaskan jari-jemarimu menaip di papan kekunci komputer.
Masha Allah, begitu luas ruangan yang Allah berikan untuk kita mengajak manusia mengenal Allah.
Setelah dimanfaatkan segala kelebihan yang Allah berikan itu, maka berserahlah kepada Allah.
Berdoalah.
Bermunajatlah.
Mintalah kepada-Nya agar usaha kita tidak sia-sia.
Usaha kita mengajak rakan dekat kepada Allah bukan hanya bertumpu kepada rakan tersebut sebenarnya, tetapi lebih lagi untuk manfaat diri sendiri; dan manfaat kepada orang-orang di sekeliling.Kita sendiri tidak selamanya kan mampu menentang pujuk rayu syaitan secara bersendirian. Ada masanya kita perlukan rakan untuk mengingatkan kita dan membetulkan kesalahan kita. Kerna itulah, kita perlu berusaha membentuk suasana yang baik (bi’ah hasanah) agar rakan kita tidak rasa segan untuk menegur kita tika kita terlalai dan terleka.
Dan sentiasalah beringat, bahawa hidayah itu milik Allah.
Hidayah itu milik Allah.
Milik Allah…
Kita bukan dinilai dengan berapa ramai orang yang kita Islamkan.
Bukan juga dinilai dengan berapa ramai yang berperangai baik kerana hasil usaha kita.
Bukan juga dinilai dengan berapa ramai yang mula hadir usrah kerana kita.
Bukan pula dengan jumlah ahli yang pergi muktamar dari universiti kita.
Bukan dengan semua itu.
Bukan.
Hasil akhir hanyalah Allah yang menentukan.
Kerja kita apa?
Berusaha.
Di situ Allah menilai kita.

0 comments:
Post a Comment