Remaja murtad cetus perbalahan di Florida

ORLANDO: Seorang remaja perempuan Muslim yang lari dari rumah dan murtad untuk memeluk agama Kristian mencetuskan perebutan hak penjagaan di mahkamah Florida di antara mubaligh Kristian dan keluarga Islam remaja itu.

Kes membabitkan hak penjagaan remaja berusia 17 tahun yang berasal dari Sri Lanka itu akan diputuskan di mahkamah Florida esok.

Kumpulan mubaligh Kristian terbabit menganggap kes itu membabitkan isu kebebasan beragama, manakala kumpulan Islam berkata ia hanyalah masalah keluarga.

"Kami kesal (kes ini diperbesarkan) kerana ia hanyalah satu masalah keluarga,” kata pengarah Pusat Islam Orlando,” Imam Tariq Rasheed kepada akhbar Orlando Sentinel kelmarin.

"Cara ia dipaparkan media lebih mirip kepada usaha memburukkan Islam dengan memberi gambaran negatif mengenai agama ini,” katanya.

Remaja berkenaan, Rifqa Mohamed Bary, meninggalkan keluarganya di Ohio Julai lalu dan pergi ke Orlando untuk memeluk agama Kristian.

Rifqa yang kini tinggal di rumah keluarga seorang paderi berkata beliau bimbang tentang keselamatannya jika pulang ke pangkuan keluarganya.

Bagaimanapun, bapa remaja itu berkata anak perempuannya itu tidak perlu bimbang kerana beliau bebas untuk mengamalkan agama barunya. Katanya, keluarga itu hanya mahu remaja itu pulang.

Aktivis Kristian di Florida sedang melancarkan kempen untuk membenarkan remaja itu tinggal di negeri itu dengan menyatakan ia membabitkan isu kebebasan beragama kerana mereka mendakwa Al Quran memerintahkan hukuman mati terhadap mereka yang murtad.

Kumpulan Islam menafikan hujah berkenaan.

"Tidak ada satu ayat pun dalam Al Quran menghalang seseorang daripada menggunakan haknya untuk memilih agama yang dianutinya,” kata Imam Rasheed.

"Juga tidak disentuh mengenai hukuman terhadap yang murtad."

Seorang profesor madya dalam bidang agama di Universiti Florida, Gwendolyn Zoharah Simmons, berkata isu itu mungkin berpunca daripada kebimbangan yang tidak rasional di kalangan mereka yang tidak memahami Islam.

"Apa yang lebih memalukan dalam isu ini ialah mereka yang sepatutnya lebih berilmu dan mempunyai nilai yang tinggi, sanggup menggunakan tanggapan salah untuk memperdayakan yang jahil dan menggalakkan keganasan.” - Agensi

sumber : Berita harian

ulasan : Macam-macam dunia sekarang ni. Sibuk orang nak murtad. Yang agama lain pula, sibuk mengambil kesempatan. Bilalah nak ada khalifah yang boleh menyelesaikan semua ni...

3 comments:

nAna ezReenA said...

sekarang ini banyak kes murtad.. cume xpaham kenapa mereka boleh murtad.. org lain pula, slalu amik advantage ngan ayat2 Al-Quran kan..cthnye, tiada paksaan dalam menganut agama toka.. hmmm~


semoga matiku & hamba2-Nya dalam iman.. aminnnnn~

p.s slamat berpuasa dear..

Hazu~ said...

Betul tu. Manusia ni suka tafsir sendiri ayat Quran ikut akal. Tu la jadinya.

Selamat berpuasa juga, cik nana. :)

Anonymous said...

masyaAllah..
sedihnya tgk umat islam sekarang ni..kurangnya ilmu islam dlm menafsirkan sesuatu hukuman yg tetap dari Allah..
tkt nye kalo diri sendiri jd mcmtu satu ari nnti..nauzubillah..
bila la agaknye sistem khalifah dpt ditegakkn ..wallahu alam..
peringatan buat diri ini gk..:D

*akk,t8 k..=D..haha..