Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Selamat jalan, sahabatku....

Dari Allah kita datang kepadaNya kita akan kembali.
Sahabatku, masamu telah tiba, masaku entah bilakan pula...

Kali terakhirku bertemu denganmu saat kau masih belum bergelar isteri
Kau ceria memintaku kongsi pelbagai nasihat dan tips
Semalam saat bertemu denganmu wajahmu tenang
Tiada lagi senyuman dan tawa gembira darimu

Kali terakhir berhubung denganmu
Kau mengadu mengalami morning sickness tapi kita cuma dapat berbicara di ruangan chat
Semalam, kau hanya terbujur kaku tidak membalas ciumanku di pipimu

Teringin sekali terus duduk di sisimu menatap wajahmu
Namun ku tak mampu menahan sebak di dada
Ku tak mahu air mataku membasahi wajah sucimu
Ku tak mahu jiwamu sesak mendengar tangis senduku

Sesekali fikiran jahat menusuk kalbu
Kalaulah aku sempat hubungi dirimu sebelum ini
Kalaulah aku pergi ke program yang sepatutnya aku pergi
Tentu aku dapat berbual denganmu
Entah bagaimana dirimu setelah bergelar isteri agaknya
Masih comel, manja dan keanak-anakan
Atau sudah berubah menjadi seorang yang serius

Astagghfirullah al-azim
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku dan buatmu
Aku tak punya memori terkini denganmu
Yang ada hanya kenangan silam

"Masa kita baru masuk, awak selalu ajak saya turun surau, sekarang ni awak pula yang dah takde"
Aku masih ingat teguranmu suatu ketika dulu
Kata-katamu kutepis dengan pelbagai alasan
Saat itu aku hanyut dalam permainan dunia
Aku leka dalam alam yang sementara

Sehinggalah kau kembali membuka mataku dengan izin Allah
Melalui mukaddimah yang kau sampaikan pada suatu ramadhan
Akhirnya aku bangun dari lena yang panjang
Dan kita sama-sama menyelusuri jalan ini

Ukhtiku
Kuyakini, pemergianmu bukan sahaja ditangisi sahabat dan keluarga
Malah seluruh umat Islam merasai kehilangan seorang pejuang shahadah
Dirimu yang berjiwa kental dan tidak mudah putus asa

Semalam saatku berehat di rumah makcikmu bersama Muadz
Tiba-tiba kuterpandang dirimu sedang tersenyum
Aku hampir memanggil namamu dan menerpamu
Namun segera beristighfar, itu hanyalah sepupumu
Mirip benar senyumannya dengan senyumanmu

Entah bagaimana perasaan ibu bapamu
Yang terpaksa memulangkan semula satu-satunya anak perempuannya
Entah apa perasaan adik lelakimu
Yang kini terpaksa menjadi anak tunggal
Entah bagaimana perasaan suamimu
Yang jarang bertemu denganmu, kini terpaksa berpisah selamanya denganmu dan anak dalam kandunganmu

Sahabatku
Kau mengingatkan kami bahawa maut tidak mengenal usia
Maut tidak mengenal siapa
Kerana semuanya telah tercatat

Sahabatku
Semoga rohmu ditempatkan bersama orang-orang soleh
Semoga amal solehmu membantumu di dalam kubur

"Dan setiap ummat mempunyai ajal. Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun" (7:34)

[+/-] Read more...

Ketika kita berehat....

Ketika kita mungkin sedang tidur dengan penuh nyenyaknya....

Jumlah 250,000 anak luar nikah yang tidak didaftarkan hasil statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), jika kita pecahkan kepada purata bulanan, angkanya adalah 80,000 yang bersamaan dengan seorang bayi untuk setiap 17 minit. -Berita Harian 25 Julai 2010

Ketika kita mungkin tengah ‘berehat’ sebentar sambil dengar-dengar lagu artis kegemaran dan makan jajan di depan laptop...

Malah sejak 2000 hingga Julai 2008, statistik menunjukkan bilangan bayi yang tidak dicatatkan nama bapa dalam sijil kelahiran adalah seramai 257,000 dan angka berkenaan amat membimbangkan, sekali gus memerlukan perhatian serius daripada semua pihak,” katanya sempena Program Integrasi Timbalan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak di sini, semalam.-Berita Harian 25 Julai 2010

Ketika kita memilih untuk gunakan wang dollar yang dikurniakan oleh Allah kepada kita untuk bershopping benda-benda yang kita dah ada pun dan dah cukup pun…

Menurut perangkaan PBB, sekurang-kurangnya 198 buah bangunan milik penduduk Palestin di Tebing Barat telah dimusnahkan pada tahun ini, sehingga menyebabkan kira-kira 300 orang penduduk awam Palestin hilang tempat tinggal dan berteduh, separuh daripadanya adalah kanak-kanak. Sementara itu, dalam kejadian yang sama, 600 orang penduduk awam Palestin lagi turut terjejas.- Palestinkini. info 24 Julai 2010

Ketika kita memilih untuk menangguh-nangguh panggilan seruan dakwah…

Enam pengunjung Islam termasuk beberapa wanita yang leka meneguk arak di sebuah pusat hiburan di Zon Bebas Cukai Stulang Laut, di sini hanya mampu tergamam dan tidak sempat lari apabila premis terbabit diserbu anggota penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Jabatan Agama Islam Johor (JAJ), awal pagi semalam. -Berita Harian 25 Julai 2010

Menangislah saudaraku dan takutlah… kerana saat-saat leka kita ini sedang diperhatikan Allah, sedang di’rakam’ untuk ‘tayangan perdana’ di hadapan seluruh umat di mahsyar nanti….

Menangislah saudaraku dan takutlah… kerana saat- saat leka kita ini akan menggetarkan ubun-ubun kita dan menyesakkan kerongkong kita di hadapan Allah nanti…

Menangislah saudaraku dan takutlah… kerana barangkali saat-saat leka kita ini adalah saat-saat akhir hujung kita dan tidak ada lagi walau sesaat selepas itu…

Ya Allah, siapa aku ini ya Allah? Siapa aku?

sumber : laskarmentari

[+/-] Read more...

'Aurah' Muslimah

Persepsi pereka penuhi ilham cipta pakaian ikut syariat

TUJUAN wanita diperintahkan Allah wajib menutup aurat ialah membezakan dengan haiwan; supaya wanita tidak disakiti; sebagai tanda atau seperti uniform kepada penganut Islam dan menandakan profesionalisme dalam sistem pemakaian Islam.

Sejak beberapa selebriti di negara ini dilihat gemar mengenakan selendang, gayanya sebegitu semakin menjadi ikutan ramai wanita. Mungkin segelintir memikirkan ia fesyen, tetapi hakikatnya cara pemakaian sebegitu tidak sempurna. Mungkin ingin melihat diri secantik si empunya diri, tetapi hakikatnya ia tidak menepati syariat dalam menutup aurat sebenar.

Lantaran terlalu kerap menyaksikan wanita bergaya sedemikian, tidak banyak sedikit pasti ada berkenan lalu mengikutnya, malangnya ia tidak lebih daripada perbuatan sia-sia apabila anak tudung ditinggalkan, sebaliknya rambut ditutup selendang yang tetap menampakkan sebahagian rambut. Ada juga wanita yang gemar mengenakan tudung, tetapi hanya ke pejabat, sedangkan aurat perlu diteruskan walaupun berada di luar rumah seperti menyidai pakaian atau ke kedai runcit berhampiran rumah.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di negara ini apabila ramai bertudung, tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat.

Aurat berasal daripada daripada perkataan bahasa Arab bererti 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, pula ertinya sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib.

Pereka Indonesia, Ida Royani, berkata untuk memenuhi syarat menutup aurat, ciri-ciri pakaian berkenaan termasuklah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, longgar; tidak jarang dan tidak menyerupai lelaki.
“Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi atau bukan mahram.

“Allah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: ‘Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka’. Firman Allah lagi yang bermaksud: ‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’ (Surah al-Ahzab, ayat 59). Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat . Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Ida yang hampir dua dekad terbabit menghasilkan pakaian Muslimah berkata, walaupun ingin bergaya, bagi wanita menutup aurat adalah penting bagi mereka menjaga adab dalam berpakaian.

“Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak,” katanya.

Tegasnya, dalam mereka pakaian Muslimah, pereka tidak boleh syok sendiri sebaliknya mementingkan aspek aurat seperti tidak terlalu ketat dan jarang. Umpamanya, sekiranya menggunakan produk seperti sutera tidak salah menambah bahagian dalam.

“Perlu bagi pereka mendidik pengguna dengan menghasilkan pakaian sebaiknya. Walaupun pelanggan bebas memilih, hakikatnya apabila kita mengeluarkan banyak pakaian berbentuk Muslimah, maka secara tidak langsung kita mendorong pelanggan meminati pakaian menutup aurat, seperti Indonesia yang sudah pun menjadi kiblat pakaian Muslimah,” katanya.

Bagi pereka Calvin Thoo pula, pakaian Muslimah ‘boleh jual’ dengan mudah kerana selain tumpuan warga tempatan, ibu kota tetap menjadi pilihan pelancong beragama Islam dari Brunei, Indonesia dan Asia Barat.

“Takkan lah saya menghasilkan pakaian yang terlalu jarang dan tidak menepati kehendak aurat itu. Sejak membabitkan diri dalam mereka busana Muslimah, saya kerap membaca malah bertanya kepada orang-orang Islam mengenai pakaian yang sesuai. Kalau menghasilkan helaian yang agak tebal dan bertingkat-tingkat, saya pastikan menggunakan fabrik sejuk. Sementara kalau agak jarang, saya sarankan kepada mereka menggunakan kain dalam atau ‘inner’,” katanya.

Thoo, berkata menutup aurat juga boleh menyerlahkan gaya seorang wanita. Mengambil contoh potongan longgar dan lengan kembung yang tetap diminati, menjadi pilihan kerana ia menutup aurat, lantaran bercerut pada hujung pergelangan tangan.

Sementara pemilik Beautiful Abaya, Haliah Abdul Hamid, selesa menjual abaya. Katanya, pemakaian abaya antara cara terbaik memelihara aurat wanita ia mempunyai potongan longgar dan tidak jarang.

“Saya mengimport abaya dari Asia Barat. Walaupun di sana mereka gemar memakai baju berwarna hitam, untuk disesuaikan dengan selera tempatan, ada juga abaya didatangkan dalam warna menarik kerana wanita di sini rata-rata memang gemarkan pakaian berwarna, selain hitam semata-mata,” katanya.

Satu kelebihan menggayakan abaya apabila wanita tidak perlu terlalu berlebih-lebihan dalam mengenakan padanan aksesori.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung, tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukan ilmu Islam sebenar.

INFO: Salah faham mengenai aurat

* Aurat itu adalah memakai tudung saja justeru mengenakan kemeja T berlengan pendek dibenarkan.
* Memakai tudung, tetapi kain belah, sendat atau terlalu nipis hingga menyerlahkan bahagian tertentu tubuh badan.
* Bertudung, tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
* Bertudung, tetapi hanya memakainya di pejabat saja, tidak di sekitar rumah atau kawasan rekreasi.
* Menampakkan bahagian dadanya daripada ditutupi kain tudung.
* Tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat rambut, leher, tengkuk dan dadanya.
* Pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya.
* Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

sumber : Berita Harian 19 March 2010

[+/-] Read more...

Isu kalimah Allah - pendapat Ustaz Amin


Pada mulanya tidak bercadang untuk menyentuh isu ini kerana secara jujurnya tidak pasti apa yang terbaik buat umat masa kini. Secara syaraknya, benar penggunaan kalimah Allah untuk mereka yang bukan Islam tidak haram. ringkasnya, ini komen saya pada blog seorang sahabat.

salam..

hmm...actually no comment sangat about this issue. tak tau nak kata setuju atau tidak. betul Allah itu Tuhan semesta alam. Tapi punca isu ini adalah kerana kristian hendak menggunakan bible dalam bahasa melayu untuk merosakkan akidah umat Islam. Jadi orang yang tak berapa faham Islam mungkin akan membeli buku-buku tersebut dan terrosak akidah. Sama macam nama Allah yang digantung di kedai india. Kadang-kadang bukan mamak/india muslim pun, tapi nak tarik orang islam datang kedai dia.

Jadi, dari segi undang-undang Malaysia tak tau nak cakap patut benarkan ke tidak. Tapi dari syariatnya memang tak haram pun sesiapa nak guna nama Allah sebab tuhan kita hanyalah satu bukannya tuhan india lain, tuhan kristian lain. kerana meyakini adanya tuhan lain boleh menyebabkan kita mensyirikkan Allah.


Semalam, terjumpa satu blog yang mewartakan isu ini dengan menarik. dan benar, itu yang berada di fikiran saya tentang isu ini, yang merisaukan saya tentang umat masa kini. Saya kongsikan bersama.

Kesempatan ini saya ingin menulis, sama seperti tulisan saya yang lalu, bukan dari kacamata Islam dan bukan juga dari kacamata orang politik. Tapi reality yang berlaku.

Saya pernah memasuki gereja. Saya pernah memberikan sedikit tazkirah di dalam gereja. Bukan kepada orang Islam tetapi kepada pesakit HIV yang duduk di dalam gereja pertengahan tahun 2009.

Mereka adalah goang yang terlantar sakit dan tidak ada orang Islam yang mengambil dan menjaga mereka.

Para ustaz lebih selesa berforum di atas pentas membicarakan soal kasih sayang dari turun menterjemahkan kasih sayang di dalam tindakan.

Di dalam gereja itu, ada menggunakan perkataan Allah.

Beberapa orang telah meninggal dan ada yang pernah diurus oleh pihak gereja.

Agak-agak kita, ketika orang nazak sakit, katakan datang seorang paderi dan berkata:-

“tak apa, Allah akan memberkati kamu, anaknya Isa juga akan memberkati kamu sebab Allah berfirman bahawa ikutlah anak aku Isa dan kamu akan selamat”

Agak-agak, keliru tak?

Jika ada anak kita nanti sakit di hospital, datang orang dengan baju yang kemas dan berkata:-

Jangan risau, kita doa pada Allah agar Allah menyembuhkan adik, asalkan kita berdoa juga pada anaknya Isa.

Agak-agak, keliru tak?

Kalau ada mangsa banjir yang orang Islam lambat datang, tiba-tiba ada orang datang membawa bantuan:-

“Tak apa, tak payah berterima kasih, ini semua dari Allah, Allah dan anaknya menggerakkan saya dan kawan-kawan untuk datang memberi bantuan di sini”.

Agak-agak, keliru tak?

Alangkan belum dibenarkan secara rasmi pun, mereka telah menggunakannya. Bayangkan kalau kebenaran diberi secara rasmi.

Para ustaz dan Dr serta agamawan berteori banyak. Mereka boleh memukau kita dengan ayat-ayat al-Quran dan hujah-hujah memperlecehkan antara satu sama lain.

Dengan izin Allah, saya berkecimpung terus dengan masyarakat. Dan kebimbangan saya bukan teori. Ia adalah perkara yang benar-benar berlaku.

Ingatlah, membenarkan menggunakan perkataan Allah bukan perkara yang boleh nak dicuba-cuba. Ia bukanlah Try and Error. Ia soal masa depan anak kita.

Ada orang berkata:-

Buat apa takut, Islamkan kuat

Saya tidak takut cuma bimbang, kerana realiti suasana sekeliling tidak membantu kita meningkatkan penghayatan Islam.

Kalau slot TV sudah banyak berbicara pasal Islam, slot radio telah banyak, majalah-majalah Islam telah banyak, kala itu barulah kita boleh berbicara dalam bahasa “untuk berdakwah”

Kala ini, kita masih dalam fasa berusaha mempertahankan Islam yang ada bersungguh-sungguh. Orang kita sendiri tak membantu kita, nak harapkan orang lain? Nak harapkan orang sokong kita hanya dengan sekadar dengan membenarkan penggunakaan nama Allah, atau kita atau anak-anak kita akan semakin keliru dan keliru.

Agamawan teori hanya nanti akan berkata,

“Ah, tak apa, kalau ijtihad kita salah pun, kita dapat satu pahala, kalau betul, kita dapat dua pahala”

Tapi kalau salah itu kesannya lebih teruk untuk anak bangsa, adakah sekadar berkata “tak apa” kala itu.

Ketika saya menemuduga anak-anak yang ingin masuk ke dalam sekolah MASSA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) ada di kalangan ibu ayah yang begitu yakin dengan kefahaman agama anak mereka.

“Ustaz, terimalah anak saya, anak saya bagus dalam ujian KAFA”

Ketika saya bertanyakan bilangan rukun Islam dan rukun Iman, masih ada lagi yang tertukar. Jika masuk ke syurga itu diukur dengan ujian KAFA, sudah tentu anak dia ni tak akan masuk kerana rukun iman dan Islam pun tertukar bilangannya.

Ini yang benar-benar saya hadapi. Kalau itu pun dah keliru, nak harapkan dia tak akan keliru dengan tulisan yang akan digunakan oleh kristian nanti.

“Allah akan memasukkan kita semua ke dalam syurga jika kita meyakini anaknya Isa”

Agak-agak, keliru tak?

Saya secara peribadi tidak bersetuju melainkan jika setelah suasana sekeliling menjadikan anak-anak kita terjaga akidah, syariat dan akhlak mereka. Jika masih belum, maka ia akan berbahaya untuk generasi Islam akan datang. Semoga Islam terus terpelihara, amin…

“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”

Al-fakir Ila Rabbihi

Muhamad bin Abdullah

Putra Heights

10 Januari 09 jam 10.30 malam

sumber : http://www.ustazamin.com/2010/01/sekilas-32-isu-penggunakan-nama-allah.html

lihat juga : http://www.ustazamin.com/2009/02/sekilas-11-pewartaan-kalimah-allah.html

http://www.ustazamin.com/2009/03/sekilas-12-isu-kalimah-allah-iktibar.html

[+/-] Read more...

Penduduk Islam dunia kini 1.57b


NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.

Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.

Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.

Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuat pecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim.

Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.

Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq.

Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.

Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.

Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria. – AP

sumber : utusan

Tapi mengapa hanya 3% umat Islam yang boikot barangan Israel sedangkan 85% atheis memboikot barangan Israel? Mengapa umat Islam masih kelihatan lemah? Adakah cukup dengan bilangan yang ramai tetapi tidak memahami kalimah syahadah itu sendiri?

[+/-] Read more...

Remaja murtad cetus perbalahan di Florida

ORLANDO: Seorang remaja perempuan Muslim yang lari dari rumah dan murtad untuk memeluk agama Kristian mencetuskan perebutan hak penjagaan di mahkamah Florida di antara mubaligh Kristian dan keluarga Islam remaja itu.

Kes membabitkan hak penjagaan remaja berusia 17 tahun yang berasal dari Sri Lanka itu akan diputuskan di mahkamah Florida esok.

Kumpulan mubaligh Kristian terbabit menganggap kes itu membabitkan isu kebebasan beragama, manakala kumpulan Islam berkata ia hanyalah masalah keluarga.

"Kami kesal (kes ini diperbesarkan) kerana ia hanyalah satu masalah keluarga,” kata pengarah Pusat Islam Orlando,” Imam Tariq Rasheed kepada akhbar Orlando Sentinel kelmarin.

"Cara ia dipaparkan media lebih mirip kepada usaha memburukkan Islam dengan memberi gambaran negatif mengenai agama ini,” katanya.

Remaja berkenaan, Rifqa Mohamed Bary, meninggalkan keluarganya di Ohio Julai lalu dan pergi ke Orlando untuk memeluk agama Kristian.

Rifqa yang kini tinggal di rumah keluarga seorang paderi berkata beliau bimbang tentang keselamatannya jika pulang ke pangkuan keluarganya.

Bagaimanapun, bapa remaja itu berkata anak perempuannya itu tidak perlu bimbang kerana beliau bebas untuk mengamalkan agama barunya. Katanya, keluarga itu hanya mahu remaja itu pulang.

Aktivis Kristian di Florida sedang melancarkan kempen untuk membenarkan remaja itu tinggal di negeri itu dengan menyatakan ia membabitkan isu kebebasan beragama kerana mereka mendakwa Al Quran memerintahkan hukuman mati terhadap mereka yang murtad.

Kumpulan Islam menafikan hujah berkenaan.

"Tidak ada satu ayat pun dalam Al Quran menghalang seseorang daripada menggunakan haknya untuk memilih agama yang dianutinya,” kata Imam Rasheed.

"Juga tidak disentuh mengenai hukuman terhadap yang murtad."

Seorang profesor madya dalam bidang agama di Universiti Florida, Gwendolyn Zoharah Simmons, berkata isu itu mungkin berpunca daripada kebimbangan yang tidak rasional di kalangan mereka yang tidak memahami Islam.

"Apa yang lebih memalukan dalam isu ini ialah mereka yang sepatutnya lebih berilmu dan mempunyai nilai yang tinggi, sanggup menggunakan tanggapan salah untuk memperdayakan yang jahil dan menggalakkan keganasan.” - Agensi

sumber : Berita harian

ulasan : Macam-macam dunia sekarang ni. Sibuk orang nak murtad. Yang agama lain pula, sibuk mengambil kesempatan. Bilalah nak ada khalifah yang boleh menyelesaikan semua ni...

[+/-] Read more...

GOOGLE vs. Yusuf Estes - Owner of YoutubeISLAM

Yusuf Estes Says, "I Started Islam Websites in 1998 and my best success was - without "Google Ads"
Our sites do good even with strict rules: No videos debating or attacking other religions - & 100% child safe.
Bottom line: NO JUNK...
www.IslamToday.com - www.IslamTomorrow.com, www.IslamYesterday.com, www.IslamAlways.com, www.IslamNewsroom.com (this site) and YOUTUBEISLAM.COM .


When we tried Google Ads and Yahoo! Ads we were very disappointed in the high costs and false readings in visitors we received.In spite of that, our little websites became very popular with even non-Muslims. Everywhere we go people tell us how much they appreciate having something of this high moral value, excellent quality and professional approach to presenting Islam.We are proud to say, Allah has granted us wonderful and amazing success in helping people come to Islam, Al Hamdulillah.Our little websites manage to grow to the number one position in many search engines (including Google's) and show videos of Islam being uploaded by the visitors themselves.

For over 11 years, we have had our website domains for Islam containing many combinations of different words, starting with ISLAMTODAY. Some of our domain names are in English and other words from Arabic to English letters - like "Allah" and "Islam".


When you have over 5,000 domains, it is not too hard to have words people will be looking for in search engines (like Google) depending on the subject matter. GOOGLE.COM, is the owner of YOUTUBE.COM and it has an attorney firm on some type of financial arrangement trying to scare people into giving them their website domain names if they contain anything with the sound or appearance of the words like "tube", "you", "youtoo", "youtube", "tubeyou" or even words like "tub", if connected in some way with anything like "U".

Earlier this year, Google's law firm tried to give us a hard time about our website, saying it was using their trademark, in hopes we would just hand over a million dollar website for free - to them so they can advertise on it and propagate nonsense against Islam.

First they said our logo and images were identical to theirs - a big lie. They don't have anything even close to what we have. Our logo is animated with blue moving rectangle behind it, all on a dark background. Look at their site and compare for yourself.

Then they changed their direction and called us up on the phone saying we should give them the domain because they are owned by Google, the biggest and most powerful company on the Internet and they can make it difficult for anyone who gets in their way.

Of course, that didn't work with me. I told them to "want in one hand and spit in the other and see which one fills up first."
Then they came up with the idea that our domain name sounded too much like theirs and it was confusing people who use the Internet.
For that reason, went to the controllers of the Internet itself with their claim and requested what is called "arbitration".
Come on now...
Does anyone really have trouble making a distinction between the word "youtube" and "youtubeislam"?

Fact is, Google got sued for exactly what they claimed we were doing - but in their case there really was no difference in the sound.The name they bought (for 1.3 BILLION DOLLARS) is known as YOUTUBE.COM and the company who sued them had their own domain on the Internet for ten years before they did - as UTUBE.COM.

Go ahead, pronounce them one after the other and ask someone if they can tell the difference.
(read the whole story on our newsroom website: http://www.islamnewsroom.com/news-mainmenu-28/916-youtubecom-sued-by-utubecom.html)

And Google's own search engine could not avoid putting it on top of any search with the words "islam" and "you" or "tube".
They hated that. Why? Because they didn't get to make money or attack Islam out of the deal.
Without notification in advance, our server, Godaddy.com sent an email stating due to a decision made by arbitration on the Internet, they are going to give our domain name to GOOGLE.COM.

Ramadan is almost here - what will we do about this? Will they use our sites to make more money from advertising haram things and allowing videos attacking Islam and everything it stands for?
We will let the courts decide what is legal and who is the rightful owner of YoutubeISLAM.com

In the meantime, we encourage all the believers to remember only Allah gives victory and whoever believes in Allah and is working righteousness will never fail, inshallah.
Just pray for us and keep sharing the message and let people know - we will not give up.

Meanwhile we have other websites for videos - a lot of websites for videos.
Even if we no longer have the name YOUTUBEISLAM.COM > we do have other names (lots of them) to put in its place, like www.ISLAMYOUTUBE.COM. Our websites are dedicated to presenting Islam in simple English terms, without charge and without advertising.
Why not copy this story and send it to everyone you know?

How about contacting your local news papers, radio and TV stations, tell everyone you know on the forums, blogs, websites, emails and text messages SMS.
www.ISLAMTOMORROW.com
Maybe - Maybe NOT...
Jazakallah kair was salam alaykum,
Yusuf Estes

sumber: dakwah.info (sila ke link ini untuk lihat video)

[+/-] Read more...

Dibunuh kerana bertudung?

Thursday, July 09, 2009: Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?
Assalamualaikum.

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?


However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.

Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwa yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwa. Nah... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

sumber:http://cekodokpisang01.blogspot.com/2009/07/gempar.html

[+/-] Read more...