Kisah 2012

Sekarang, hangat diperkatakan tentang movie 2012 yang kononnya menunjukkan hari kiamat. Banyak juga review tentang movie ini. Ada yang kata bagus sebab mengingatkan tentang kiamat. Ada juga yang kata movie ini boleh merosakkan akidah. Apa-apapun semuanya bergantung pada diri pemahaman diri sendiri. Setiap sesuatu itu ada kebaikan dan keburukan masing-masing, cuma mana yang lebih banyak sama ada kebaikan atau keburukan.

Saya belum melihat movie itu tapi dari suara ramai, ramai yang tergambar ketakutan akan ketibaan hari kiamat kerana gambarannya sangat dahsyat. Ini mengingatkan mereka kepada mati tetapi apakah hasilnya? Adakah hanya mengingati mati sekadar sewaktu melihat wayang ini? Adakah sekadar takut akan mati tetapi tidak terfikirkan amalan yang bakal dibawa? Adakah sekadar takut sambil menggenggam tangan kekasih hati yang masih belum halal?

Saya memuji pengarah dan mereka yang terlibat dalam wayang ini kalau benar-benar boleh menyebabkan manusia insaf selepas menonton wayang ini. Hakikatnya masih ramai yang menganggap wayang adalah wayang dan tidak mengambil pengajaran ke atasnya. Malah ada yang takut tibanya tahun 2012 kerana dikatakan kiamat akan tiba pada tahun tersebut. Sedangkan Allah sudah janjikan bahawa hanya Dia yang tahu bila tibanya hari kiamat. Kalau hari kiamat tiba esok hari, adakah kita sudah bersedia?

Mengapa takut tibanya hari kiamat sedangkan memang telah dijanjikan bahawa setiap manusia akan mati? Bukankah yang lebih penting adalah memikirkan sekiranya amalan kita sudah cukup untuk membantu sekiranya nyawa diambil esok hari atau malam ini atau seminit dari sekarang? atau mungkin sebaik sahaja artikel ini disiarkan penulis tidak bernyawa lagi. Cukupkah amalan kita?

Mati itu akan tiba tetapi bersediakah kita? Sekiranya belum bersedia tidak mahukah kita persiapkan diri mulai saat ini? Atau masih mahu menangguh mengharapkan tibanya saat untuk bertaubat....

Muhasabahlah wahai diri, muhasabahlah wahai hati, muhasabahlah wahai jiwa....

2 comments:

tengku sabri said...

no comment about 2012, sebab xtgk lg cite tue..
nyway, pembikinan filem 2012 adalah berdasarkan satu penilaian cetek melalui informasi kalendar kafir yg menyatakan bumi akan hancur 2012???
Sdangkan Allah sahaja yang mengetahui bila terjadinya kiamat..ape nak jadi dunia skarang,,
harap saudara seislamku jgn la terpesong akidah bila tengok cerita ini..

Daffodil said...

Salam ziarah akak

amalan untuk dipersembahkan kpdNYA
cukupkah?

jzkk ats post nie akak
=)

ps:rindu kamudan baby dalam perutmu itu=)