Maafkanku, Ya Akhwati...

Maafkanku Wahai Akhwat
Terasa diri ini melupakan hak kepadamu
Terasa diri ini mengabaikan hak kepadamu
Ketika dirimu sedih, aku tak mampu berada di sampingmu
Ketika dirimu jatuh, aku tak mampu memberimu bahu untuk mengadu

Astaghrifullah hal azim..
Terasa diri ini mengabaikan hak sebagai seorang sahabat. Wahai, sahabatku akhwati di seluruh dunia, maafkanlah kelemahan diri ini. Kebelakangan ini, diri ini disentak dengan peristiwa yang berlaku padamu. Terkadang terfikir untuk mendail nombormu, namun masa itu sering tak kunjung tiba. Ataukah hanya aku yang kerap beralasan.

Astaghfirullah..
Ya Allah, ampunkan aku. Terasa terlampau banyak hak yang aku abaikan. Mampukah aku memenuhi hak setiap insan yang berada di sekelilingku? Aku ingin memelukmu, aku ingin memberi kekuatan kepadamu tapi cukup kuatkah aku? Aku ingin mendengar suaramu, aku ingin bertanya khabarmu, namun tak tau bilakah masa yang sesuai. Beralasan lagikah aku?

Ya Allah, bantulah aku. Berilah aku kekuatan. Berilah kekuatan kepada mereka di sekelilingku. Janganlah Kau tutup pintu hidayahMu pada orang di sekelilingku kerana kelemahan dan kejahilan diriku.

Ya Akhwati,
Ketahuilah, doaku sentiasa bersamamu
Walau aku tak mampu berada di sampingmu
Walau aku tak mampu menghabiskan masa denganmu selalu
Ketahuilah, aku ingin terus mengorak langkah bersamamu
Janganlah pergi jauh dari jalan ini
Aku pun berdoa semoga diriku tetap di jalan ini

p/s - sekadar entry cacar-marba seperti hati ini. Tak tau bagaimana mahu meluahkan...

Last blogged at Perjalanan hidup menuju Ilahi : Manhattan Fish Market
Last blogged at Meniti Hari : Set Bersalin NR

1 comments:

Anonymous said...

salam,kak hanis..
huhu..tersentuh ble baca post kak hanis ni..
kte pn lama sgt dh x tanya khabar kak hanis & sahabat at-toriq lain..
rindu sgt2 nk jmpa blek..huhu..
doakan ktorg semua kat cni,kak hanis..
semoga kak hanis selamat melahirkan bakal pejuang Islam nnti ^_^