Never give up

Assalamualaikum,

Iman ada pasang surutnya. Begitu juga dakwah.

Dulu mungkin tempat yang kita diami dipenuhi oleh ikhwah akhawat yang hebat. Kerja menjadi mudah. Dakwah mendapat sambutan. Biah solehah terbentuk hasil gerak kerja bersama. Taklah pening kepala sangat melihat orang sekeliling.

Sekarang mereka sudah berpindah ke tempat-tempat lain. Bertukar medan. Mensuburkan tarbiyah di kawasan-kawasan baru. Dan kita ditinggalkan keseorangan di medan ini.

Medan yang dulunya subur dengan tarbiyah.
Medan yang sudah mampu melemaskan atau melenyapkan terus suasana jahiliyah.

Melihat keadaan ini, bukan sedikit duat yang berasa sempit dan lemah. Apalagi melihat suasana masyarakat yang semakin teruk berbanding dahulu. Apabila melihat tenaga kerja yang ada seakan-akan tidak mampu untuk melawan arus jahiliyah yang semakin kuat.

Apatah lagi, apabila ada antara kita yang sudah berasa penat dan bosan. Ada juga yang hanyut terus dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH. Nikmat bertukar menjadi ujian yang menfuturkan.

Bukan sahaja futur, malah gugur terus dari jalan ini. Astaghfirullah. Semoga ALLAH lindungi kita semua!

Dan tinggallah kita keseorangan…

Sedih melihat masyarakat. Bertambah sedih melihat rakan seperjuangan membuat keputusan meninggalkan kita. Meninggalkan kerja dan cita-cita kita yang dahulunya diperjuangkan bersama.

Ikhwah dan akhawat…

Kita tidak keseorangan! Dan kita juga bukan yang pertama merasainya!

“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut(nya) yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan ALLAH, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). ALLAH menyukai orang-orang yang sabar.” - Ali Imran, ayat 146

Masih ingatkan kita zaman di mana ramai antara kita yang hanyut di lapangan? Menyantuni masyarakat sehingga lupa mencetak murabbi-murabbi baru. Ada yang dengan rasa tidak bersalah mampu berkata..

“Saya sudah setahun tidak hadir ke liqa’ pertemuan kita”

Lalu ada segelintir antara kita yang bangkit membetulkan inhiraf ini. Mentajmik dan mentakwin. Menanggung tanggungjawab dakwah yang luar biasa berat bebannya.

Maka tarbiyah pun hidup. Menjadi majoriti di banyak tempat.

Suatu masa dulu Salahuddin Al-Ayubi juga pernah merasai perkara yang sama. Khalifah menolak untuk mengisytiharkan jihad untuk mendapatkan kembali Al-Aqsa. Tapi beliau tidak berputus asa dan berusaha sendiri mengumpulkan jiwa-jiwa yang masih mampu digerakkan untuk islam.

Umar Abdul Aziz juga pernah merasai perkara yang sama. Di saat “kegemilangan” zaman Umayyah yang gah dengan kawasan takluk yang luas, umat sudah mula melupakan dakwah dan jihad dalam kehidupan seharian mereka. Dan beliaulah yang membetulkan balik keadaan, bekerja keras mensuburkan tarbiyah di dalam jiwa-jiwa umat islam pada ketika itu.

Abu Bakar As-Siddiq juga pernah merasainya di saat ramai umat islam murtad dan membuat kelompok sendiri yang memerangi islam. Bukan sedikit jumlahnya. Lalu beliau yang berazam untuk menggempur musuh-musuh islam walaupun keseorangan. Kerana pada ketika itu ramai antara kita yang lemah semangat dan tidak yakin dengan kemenangan.

Ikhwah dan akhawat…

Bagaimana dengan kita?

KEHEBATAN dan JATIDIRI kita adalah bukan ketika kita dikelilingi ikhwah akhawat yang ramai. Bukan ketika tabung dakwah kita cukup dan selesa menampung keperluan dakwah kita.

Kehebatan sebenar kita adalah ketika binaan kita satu persatu lari meninggalkan kita. Malah sudah ada antara mereka yang mencemuh dan menjadi penghasut!

Ketika “orang kuat” kita yang suatu ketika dahulu sanggup berkorban apa saja, satu persatu lari meninggalkan dakwah ini.

Ketika mereka sudah tidak mahu menjawab panggilan telefon kita lagi.
Ketika wang kita sudah tiada lagi sehingga terpaksa berhutang.
Ketika ramai antara mereka yang mengasingkan dan memulaukan kita.

Tapi…

Pada saat itu, adakah kita masih lagi boleh bangkit dan berkata..

AKU MANUSIA LUAR BIASA…….!!!!!!
ISLAM PASTI MENANG DENGAN TANGAN-TANGAN KITA…….!!!!!!

Pada saat itu, adakah kita masih lagi boleh bangkit dan meneruskan perjuangan dan berkata “Never Give Up!”

Kali pertama di dalam perjuangan dan terus berjaya, itu satu perkara yang ku anggap seperti “kebiasaan” dan yang pastinya kita TIDAK dapat belajar sesuatu yang menarik dari pengalaman kejayaan yang mudah sebegitu rupa.

Kejayaan sebenar ialah di saat kita jatuh “terduduk” dan “terpelosok”. Tetapi kita masih sanggup dan mampu bangkit kembali. Sanggup bersabar membetulkan keadaan dan bermula dari bawah serta boleh menerima kenyataan hidup dan bermula sekali lagi.

One more time!
One more time!
One more time!

Jika semua orang di antara kita mampu menjadi sebegini…. Wow! Tak dapat ku bayangkan hasil dakwah yang dapat kita kutip dalam beberapa tahun yang mendatang. Kita pasti akan menggapai cita-cita kita dalam masa yang singkat.

Inilah kehebatan sejati..

Jika kita ditakdirkan jatuh lagi, kita masih mampu lagi berkata …

One more time!
One more time!
One more time!

Cabarlah diri kita untuk jatuh berkali-kali…
Pasti setiap kali kita jatuh…

KITA PASTI AKAN BANGKIT KEMBALI!

Selamat berjuang untuk gagal…

Gagal…
Gagal…

Dan BERJAYA!

Akhi wa ukhti…. kau tidak keseorangan. ALLAH sentiasa bersamamu! Dan kita sentiasa saling mendoakan pagi dan petang di dalam zikir-zikir kita.

Jadilah seperti Umar yang suatu hari pernah berkata…

“Jika ada seribu orang muhajid berjuang di garis depan, aku satu di antaranya; jika ada seratus orang mujahid berjuang di garis depan, aku satu di antaranya; jika ada sepuluh orang mujahid berjuang di garis depan, aku satu di antaranya; jika ada satu orang muhajid berjuang di garis depan, itulah aku!”

“… janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita..” - Surah At-taubah, ayat 40

sumber : http://amiruddin86.blog.friendster.com/2010/10/never-give-up/

0 comments: