Dunia mengejar kita...

Assalamualaikum..

Lama blog ini tidak berupdate. Maafkan diri ini yang hanyut dibuai dunia. Ya, semakin kita cuba lari jauh dari dunia, semakin kuat dunia mengejar kita. Sehingga akhirnya kita tersungkur dan sibuk pula mengejar dunia. semakin dikejar semakin banyak perasaan merasakan ketidakcukupan. Lalu, kita terus berkejar. Lalu, jadilah kita robot yang tidak berguna.

Hidup sekadar memenuhi keperluan hidup, mencari makan dan pakai kemudian habis begitu sahaja. hari-hari yang mendatang berulang tanpa makna. sehingga menghasilkan lesu dan akhirnya mati begitu sahaja.

Apa beza kita dengan mereka yang bukan Islam jika begitu? Adakah sewenang-wenangnya kita canangkan syurga untuk kita sedangkan cara hidup kita tiada beza dengan mereka. Oh, mungkin kita peruntukkan masa sejam sehari untuk beribadat kepadaNya. kadang-kala kurang kerana mengejar masa. Solat pun sekadar tunggang-tonggek tanpa makna. Kadang-kala pula sengaja memanjangkan solat. mengikut mood sesuka hati.

Lalu, layakkah kita mengaku kita mampu masuk syurga? Jika demikian, alangkah mudahnya masuk syurga. tak perlu bersungguh-sungguh. cukup sekadar semampunya. sedangkan bukankah syurga Allah itu sangat mahal harganya. Bukankah para sahabat berjuang bermatian-matian menegakkan Islam untuk mendapatkan syurga dan cinta Allah. Semurah itukah kita mempersendakan syurga Allah? Astaghfirullah...

Ya Allah, peliharalah hati-hati kami. Kuatkanlah iman kami di jalan Mu, Ya Allah. Janganlah Kau jauhkan kami yang lemah dan hina ini daripadaMu.

0 comments: