Selamat jalan, sahabatku....

Dari Allah kita datang kepadaNya kita akan kembali.
Sahabatku, masamu telah tiba, masaku entah bilakan pula...

Kali terakhirku bertemu denganmu saat kau masih belum bergelar isteri
Kau ceria memintaku kongsi pelbagai nasihat dan tips
Semalam saat bertemu denganmu wajahmu tenang
Tiada lagi senyuman dan tawa gembira darimu

Kali terakhir berhubung denganmu
Kau mengadu mengalami morning sickness tapi kita cuma dapat berbicara di ruangan chat
Semalam, kau hanya terbujur kaku tidak membalas ciumanku di pipimu

Teringin sekali terus duduk di sisimu menatap wajahmu
Namun ku tak mampu menahan sebak di dada
Ku tak mahu air mataku membasahi wajah sucimu
Ku tak mahu jiwamu sesak mendengar tangis senduku

Sesekali fikiran jahat menusuk kalbu
Kalaulah aku sempat hubungi dirimu sebelum ini
Kalaulah aku pergi ke program yang sepatutnya aku pergi
Tentu aku dapat berbual denganmu
Entah bagaimana dirimu setelah bergelar isteri agaknya
Masih comel, manja dan keanak-anakan
Atau sudah berubah menjadi seorang yang serius

Astagghfirullah al-azim
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku dan buatmu
Aku tak punya memori terkini denganmu
Yang ada hanya kenangan silam

"Masa kita baru masuk, awak selalu ajak saya turun surau, sekarang ni awak pula yang dah takde"
Aku masih ingat teguranmu suatu ketika dulu
Kata-katamu kutepis dengan pelbagai alasan
Saat itu aku hanyut dalam permainan dunia
Aku leka dalam alam yang sementara

Sehinggalah kau kembali membuka mataku dengan izin Allah
Melalui mukaddimah yang kau sampaikan pada suatu ramadhan
Akhirnya aku bangun dari lena yang panjang
Dan kita sama-sama menyelusuri jalan ini

Ukhtiku
Kuyakini, pemergianmu bukan sahaja ditangisi sahabat dan keluarga
Malah seluruh umat Islam merasai kehilangan seorang pejuang shahadah
Dirimu yang berjiwa kental dan tidak mudah putus asa

Semalam saatku berehat di rumah makcikmu bersama Muadz
Tiba-tiba kuterpandang dirimu sedang tersenyum
Aku hampir memanggil namamu dan menerpamu
Namun segera beristighfar, itu hanyalah sepupumu
Mirip benar senyumannya dengan senyumanmu

Entah bagaimana perasaan ibu bapamu
Yang terpaksa memulangkan semula satu-satunya anak perempuannya
Entah apa perasaan adik lelakimu
Yang kini terpaksa menjadi anak tunggal
Entah bagaimana perasaan suamimu
Yang jarang bertemu denganmu, kini terpaksa berpisah selamanya denganmu dan anak dalam kandunganmu

Sahabatku
Kau mengingatkan kami bahawa maut tidak mengenal usia
Maut tidak mengenal siapa
Kerana semuanya telah tercatat

Sahabatku
Semoga rohmu ditempatkan bersama orang-orang soleh
Semoga amal solehmu membantumu di dalam kubur

"Dan setiap ummat mempunyai ajal. Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun" (7:34)

2 comments:

nAna ezReenA said...

Hanis, terasa kehilangan :( sedeyh sgt rase.. terkilan jua sbb xdapat jumpa buat kali terakhir (>_<) mesti muka hana spt yg biasa kan??

Setiap yg hidup akan kembali kepada-Nya.. Masa Hana sudah tiba, masa kita xpasti lagi kan.. Ya Allah, elakkan diri ini jauh dari jalan-Mu..

Al-Fatihah buat Hana, dan salam terakhir dari Nana buat Hana.. Gonna miss u so much, Hana..

*still in shock sbb Hana ant membe yg rapat kat jepun :(*

Syafiqah Najib said...

siapa kak hana? saye kenal ke kak hanis?